SIRI 51
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
Dalil dari 20-25 adalah Hujjah-hujjah berhubung dengan
kemuncak pencapaian Tauhid -Darjat di dalam Toriqat (Tasawwuf), iaitu Kemuncak
Kesucian, Kemuncak Mengenal Allah, Kemuncak Pencapaian Ma'rifat, Kemuncak
Ubudiyyah yang sempurna iaitu hal keadaan seseorang hamba Allah "
bertemu" dan "melihat"
dan "berserta" Zat Allah Yang Maha Suci.
Maksud "Pertemuan dan Penyaksian" kepada Allah ini
"pandangan keruhanian" dan ianya berlaku ketika dia masih di dunia ini lagi, iaitu
yang terkhusus kepada hamba-hamba Pilihan Allah yang telah benar-benar suci
bersih hatinya hasil mujahadah pada waktu yang sangat panjang dengan asuhan dan
bimbingan Shaikh Mursyid yang Siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.
Sesungguhnya "pertemuan dan penyaksian" kepada Zat
Allah tersebut (ketika di dunia) adalah
pertemuan dan pandangan keruhanian, BUKAN pertemuan fizikal dan BUKAN pandangan
dengan mata kepala. Pandangan kepada
Allah dengan mata kepala hanya berlaku di akhirat besok.
Inilah yang disebut
" Syurga Ma'rifat" — Syurga
yang disegerakan kepada Kekasih-Kekasih Allah.
Syurga melihat Allah, berserta dengan-Nya dan berkasih-kasih
dengan-Nya. Syurga yang di dalamnya
tidak ada istana atau bidadari, tetapi
yang wujud hanya Zat Allah Yang Maha Agung.
Bagi orang awam, apabila disebut Syurga apa yang terbayang
di dalam kepala mereka adalah istana hebat, bidadari, makan minum lazat-lazat
dan segala sesuatu yang disukai. Tetapi
bagi Ahli Ma'rifat semua itu tidak menjadi tujuan atau keinginan. Mereka telah
karam di dalam Lautan Ilahi. Sudah
hilang segala cita-cita.... Harapan mereka hanya satu — Melihat Wajah Allah
yang Maha Suci... dan inilah haqiqat Syurga.
Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu
anhu berkata:
"Itulah umpama satu Syurga padanya tidak ada taman dan
kebun, tidak ada sungai madu dan susu.
Itulah Syurga memandang hanya Wajah Allah.
[ Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
Bersambung siri 52 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment