SIRI 391
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 16 : Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu
“Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaikh (guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]
Berkata beliau lagi:
“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ .”
[Sirrul Asrar]
Berkata beliau lagi:
"Hati adalah ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan. Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus , kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya. Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq. Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian). Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."
[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]
Bersambung siri 392 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment