SIRI 390
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 14: Sabda Rasulullah ﷺ
“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”
[Imam Ahmad, Imam Abu Dawud]
Penjelasan:
Menurut tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat yang tinggi dan mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna. Ikan di lautan, dan semut di sarang mengenali mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Dalil 15: Sabda Rasulullah ﷺ
"Jadikan dirimu itu berserta Allah, jika engkau tak Kuasa berserta Allah, maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang berserta Allah, maka sesungguhnya dia menyampaikan akan kamu kepada Allah."
[Imam Abu Daud]
Penjelasan:
Menurut Tafsiran dan Syarah Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:
Yang dimaksudkan dengan “orang yang berserta Allah” adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang telah Di-Angkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya, sebagaimana Firman-Nya:
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
"Allah Meninggikan Darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang Di-Beri Ilmu Pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”
[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]
Iaitu dikenali sebagai Maqam Quddus (kesucian hati dan ruh yang sempurna), Maqam Ma’rifat (Tauhid yang sempurna, jauh dari segala macam syirik khafi, mazmumah, ghaflah, aghyar), Maqam Mukasyafah (Terbuka hati dan ruh dan Sirriyah kepada Ketuhanan), Maqam Taqwa (ketundukan yang sempurna), Maqam Ihsan (Ubudiyyah yang sempurna).
Merekalah Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, yang benar, yang benar-benar layak memimpin manusia kepada Allah Ta’ala. Hadith Rasulullah ﷺ ini memerintahkan orang-orang beriman mencari Pewaris Nabi yang Siddiq dan berserta dengan mereka. Mudah-mudahan mereka memperoleh hati yang benar-benar suci bersih menghadap Allah Zahir dan Batin.
Sesungguhnya Hadith Rasulullah ﷺ ini adalah penguat kepada Perintah Allah yang Memerintah agar semua orang beriman berserta dengan orang yang Siddiq. وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
Bersambung siri 391 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment