Thursday, April 30, 2026

SIRI 403


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 26: Rasulullah ﷺ di-pimpin Oleh Jibril Alaihis Salam


Mulai Wahyu Pertama sehinggalah kepada Isra’ Mi’raj, dan sampai akhir hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ sentiasa di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam.  Sejak Baginda ﷺ Di-Utus menjadi Rasul, Baginda ﷺ sentiasa bertanya kepada Jibril Alaihis Salam darihal sesuatu hal yang Baginda ﷺ tidak memahaminya.  Pada peristiwa  Isra’ Mi’raj, Jibril Alaihis Salam memimpin Baginda ﷺ sepanjang perjalanan sehingga ke Sidratul Muntaha. 


Apakah hikmah dan rahsia tersirat di sebaliknya? 


Mengapakah Rasulullah ﷺ Di-Taqdirkan untuk di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam sedangkan Maqam Rasulullah ﷺ lebih tinggi daripada Jibril Alaihis Salam?


Apakah hikmahnya Rasulullah ﷺ bertanya sesuatu kepada Jibril Alaihis Salam darihal perkara Ghaib sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibul-Asrar (Pemilik Rahsia Ketuhanan) yang jauh lebih tinggi Ilmu Baginda ﷺ berbanding sekalian makhluq yang wujud? 


Sesungguhnya di dalam kejadian-kejadian tersebut tersimpul Rahsia tersirat, iaitu setiap manusia memerlukan Pemimpin Keruhanian untuk mengenal Allah.  Jika Rasulullah ﷺ yang demikian hebat Ilmu Baginda ﷺ mengenal Allah Di-Taqdirkan untuk di-pimpin, apa lagi manusia awam yang sangat jahil?  Renungkan!


Bersambung siri 404 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 420 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...