SIRI 404
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 27: Analogi Ubat dan Doktor Pakar
Ini suatu analogi bagi mendekatkan faham akan kedudukan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Doktor Ruhani yang sangat pakar mengetahui sekalian penyakit hati manusia dan sangat Arif berkenaan ubat dan penawar baginya.
Analogi…
Jika kamu memiliki segudang ubat bagi mengubati berbagai penyakit manusia seperti demam, selsema, batuk, sakit mata, sakit telinga, sakit perut, sakit jantung, sakit kepala, luka-luka dan lain-lain, kamu tak mungkin menggunakan ubat-ubat tersebut sewenang-wenangnya. Kamu perlukan doktor perawat untuk mengesahkan penyakit kamu. Setelah mengesahkan penyakit kamu, doktor akan berikan ubat yang sesuai pada kadar yang sesuai dan untuk jangka waktu yang diperlukan untuk sembuh. Kamu tak boleh mengambil ubat tersebut menurut fikir aqal kamu kerana kemungkinan ubat yang kamu sangka penawar itu sebenarnya racun pembunuh. Kamu juga tak boleh mengambil ubat tersebut melebihi “dos” yang diberikan oleh Doktor kerana ia boleh membawa kemudaratan yang lebih atau membawa maut.
Jika penyakit kamu serius sehingga tak mampu dirawat oleh Doktor biasa, kamu perlukan Doktor pakar untuk merawatnya. Kamu takkan mampu merawatnya sendiri. Doktor biasa pun tak mampu merawatnya disebabkan pengetahuannya tak sampai ke peringkat “pakar”.
Jika penyakit kamu tersangat serius sehingga nyawa terancam, kamu perlukan rawatan Doktor pakar di hospital pakar berserta penjagaan rapi di bilik jagaan yang terkawal di ICU, CCU, ICCU dengan kawalan yang sangat rapi dan dirawat oleh Doktor pakar. Kamu akan ditahan di pusat jagaan tersebut dan dirawat sehingga kamu sembuh.
Bersambung siri 405 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment