SIRI 402
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 25 : Hanya Mursyid memiliki Perisai Hapuskan Tipu daya halus Iblis dan kuncu-kuncunya
Firman Allah Ta'ala:
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk, keji, ma'siat, mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : Ayat 39-40]
Firman Allah Ta'ala:
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) Jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."
[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]
Iblis dan kuncu-kuncunya mempunyai ribuan helah bagi menyesatkan manusia. Hanya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq mengetahui akan sekalian tipu daya iblis yang sangat halus dan licik ini. Hanya mereka Di-Kurniakan Ilmu membezakan di antara seruan Allah yang suci dengan bisikan syaitan. Hanya mereka Di-Kurniakan perisai dan senjata bagi hapuskan tipu daya tersebut.
Inilah sebabnya orang-orang Islam wajib berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, termasuk mereka yang memiliki gulungan Ijazah Universiti yang hebat-hebat – tetap wajib merendahkan diri di hadapan Guru yang Arif sehingga mereka mencapai keselamatan dari tipu daya iblis dan kuncu-kuncunya. Sejarah membuktikan berapa banyak orang bergelar “Ulama” disesatkan oleh iblis dengan tipu helah liciknya. Demikian lagi pada zaman ini berapa ramai orang-orang yang bernama Ustaz, Ustazah, Kiyai, Profesor, PhD, Drs, jatuh kepada perangkap iblis – menjadi pendokong Wahhabiyyah (khawarij) atau Syi’ah (rafdhi) atau Sekular dan Liberal pembela ideologi kufur. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 403 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment