SIRI 401
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 25 : Hanya Mursyid memiliki Perisai Hapuskan Tipu daya halus Iblis dan kuncu-kuncunya
Sebagaimana kami jelaskan pada bicara “Fakta-fakta berkenaan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq”, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah hamba Allah dan Kekasih Allah yang menempuh perjalanan yang panjang (mujahadah puluhan tahun) dengan melawan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Mereka mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sampai ke Maqam Mukasyafah .
Apabila seseorang telah tahqiq di dalam Tauhid yang suci murni, maka akan terbuka sekalian Rahsia Ketuhanan dan rahsia-rahsia kehambaan, termasuk di dalamnya rahsia-rahsia kejadian iblis dan syaitan serta cara-cara makhluq halus ini membisikan kejahatan dan penentangan terhadap Allah. Mereka tersangat Arif mengetahui tipu daya iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya dan diberi kekuatan oleh Allah untuk menghapuskan segala gangguan Iblis dan kuncu-kuncunya.
Orang alim “kitab” (yang mahir di dalam fiqh sahaja) atau ustaz, ustazah, Muallim, Hafiz Qur’an atau kiyai pondok sekalipun tidak mempunyai pengetahuan berkenaan tipu daya halus iblis dan syaitan. Akibatnya mereka seringkali tertipu dengan berbagai helah iblis dan kuncu-kuncunya. Jika mereka sendiri tertipu dengan hasutan iblis, maka mana mungkin mereka memimpin Ummat?
Perhatikan sejarah kesesatan orang-orang alim yang mahir di dalam Fiqh, setengah dari mereka Hafiz Qur’an dan selalu berpuasa Sunnat, mendirikan Tahajjud dan ibadah-ibadah lain yang kelihatan hebat pada pandangan umum, namun mereka tewas kepada iblis dan syaitan dan kuncu-kuncunya.
(1) Pelopor kepada fahaman, doktrin, falsafah dan ajaran sesat berjumlah 72 golongan adalah terdiri dari orang-orang alim yang mahir berhujjah.
(2) Golongan Khawarij (sekarang dinamakan Wahhabiyyah) adalah orang Islam yang berdiri Tahajjud, berpuasa sunnat yang banyak, solat sunnat yang banyak.
(3) Pembunuh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah adalah seorang hafiz Qur’an yang mengajar Qur’an kepada orang Islam.
(4) Hajjaj Yusuf As Saqafi menyerang Makkah dan membunuh ribuan Ummat Islam yang tak berdosa adalah panglima Islam.
(5) Ustaz-ustaz politik yang memberikan fatwa yang bertentangan dengan hukum serta menyelewengkan ayat-ayat Qur’an kepada kebatilan dan menjualnya dengan harga yang murah adalah orang alim syari’at dan petah berhujjah berkenaan undang-undang Islam.
Kesemua mereka yang tersebut di atas adalah “orang alim yang mahir di dalam fiqh” serta “orang yang abid” tekun mengerjakan Ibadah, namun mereka terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan sehingga menjadi sesat dan menyesatkan Ummat. Sudah tentu ramai hairan dan tertanya-tanya mengapa orang alim, hafiz Qur’an, orang abid pun menjadi sesat. Jawapan lengkap kepada kemusykilan ini sudah dijawab di dalam Risalah bertajuk:
“Mengapa Orang Alim (fiqh), Hafiz Qur’an, Ahli ibadah Terkena gangguan Jinn Syaitan”. Sila rujuk.
Ringkasnya mereka tewas kepada tipu daya syaitan yang amat halus sekira-kira tidak disedari oleh kebanyakan manusia termasuk orang yang alim di dalam fiqh dan ahli Ibadah. Mereka tidak mempunyai pengetahuan berkenaan cara-cara iblis masuk ke dalam hati membisikan berbagai kejahatan, kekeliruan dan kesesatan.
Bersambung siri 402 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment