Wednesday, April 29, 2026

SIRI 400


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia sambungan.....


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka.”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Oleh kerana bahaya besar inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, serta berpegang teguh dengan mereka adalah Fardhu Ain.  Setiap Muslim diperintah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan mujahadah sungguh-sungguh melawan nafsu sehingga terhapus segala penyakit hati ini.  Kewajipan ini bukan hanya kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada mereka mempunyai berbagai ijazah atau masters atau PhD.  Mereka juga wajib berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi membuang segala penyakit hati mereka.  Bahkan mereka ini lebih perlu sungguh-sungguh mujahadah kerana berbagai penyakit takabbur dan riya’ yang sentiasa menguasai hati mereka.


Secara umum, mereka yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kelebihan llmu, banyak ibadah, memiliki kekuatan tubuh, kekayaan, kecantikan, kekuasaan, pangkat dan kedudukan dan lain-lain, lebih banyak dikuasai penyakit hati kerana kewujudan Riya’, ‘Ujub dan Takabbur yang lebih kuat mencengkam hati mereka.  Bahaya yang lebih besar bakal menimpa orang-orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini jika mereka tidak membersihkan hati mereka kerana mereka lazimnya akan condong kepada kezaliman, kefasikan atau kesesatan.


Hal ini bukan omongan kosong kerana begitulah terbukti di dalam sejarah kemanusiaan.  Perhatikan bagaimana orang-orang yang diberikan kelebihan-kelebihan duniawi berupa kekuasaan, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, akhirnya binasa kerana sombong, takabbur, riya’ atau lain-lain penyakit hati yang membinasakan. Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  401 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 401 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...