SIRI 399
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 24 : Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia
Dua bahaya paling besar akibat dari penyakit hati:
Pertama : Terhapusnya amal Ibadah
Kedua : Rosaknya Iman seseorang sehingga jatuh kepada fasiq atau sesat. Wal Iyazubillah.
Begitulah besarnya akibat dosa-dosa hati dan syirik dalam hati manusia. Bayangkan amal ibadah yang dilakukan selama hidup terbang sia-sia begitu saja? Mereka menyangka amal Ibadah mereka banyak tetapi “api” kesyirikan (Syirik khafi – syirik di dalam hati) dan dosa mazmumah telah memakan segala kebaikannya sehingga habis. Mereka menyangka mereka ahli Jihad, mereka menyangka mereka orang alim, mereka menyangka mereka ahli ibadah yang hebat tetapi mereka tidak menyangka atau sememangnya tidak tahu yang sekalian kebajikan mereka terbang melayang begitu sahaja hanya kerana satu dosa syirik khafi atau kerana satu dosa khianat atau lain-lainnya.
Sesungguhnya Dosa syirik khafi (syirik dalam hati) lebih ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku kepada Ummat Baginda berbanding dengan Syirik terang-terangan, kerana orang beriman mana pun tidak sesekali sembah berhala atau patung atau matahari atau lain-lain yang berupa berhala kebendaan, tetapi mereka seringkali terpedaya dengan syirik dalam hati. Bahaya besar tersembunyi yang sedang menyelubungi orang Islam dapat diperhatikan daripada Firman Allah dan Hadith Rasulullah ﷺ.
Firman Allah Ta'ala:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌۭ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌۭ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًۭا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍۢ مِّمَّا كَسَبُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan Riya' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan (segala amal soleh terhapus dan menjadi sia-sia) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
Firman Allah Ta'ala:
الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
“(Maka celakalah) bagi orang-orang yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”
[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]
Bersambung siri 400 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment