Wednesday, April 29, 2026

SIRI 398


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....




Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia


Sesungguhnya setiap manusia mempunyai penyakit hati atau batin yang amat serius.  Di antara penyakit hati manusia yang paling berat sehingga membawa kebinasaan adalah  Syirik khafi -  Takabbur, Riya’, Ujub, Sum’ah dan Tawakkal Bi-Ghairillah.  Kemudian yang tidak kurang bahayanya adaah Sifat _Mazmumah_ dalam hati – Kazib, Khianat, Ghibah, Namimah, Fitnah, Su-uz-zon, Tajassus,  bahkan banyak lagi penyakit hati yang lain yang benar-benar membinasakan orang Islam. (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Sesungguhnya penyakit dan dosa batin lebih banyak terjadi berbanding dosa zahir.  Boleh dikatakan setiap hari orang Islam terlibat dengan dosa hati atau batin tetapi mereka tidak menyedarinya disebabkan semua itu tersembunyi di dalam hati.  (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Ubat dan Penawar bagi sekalian penyakit batin ini hanya ada pada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka mengenal sekalian penyakit hati manusia dan mengetahui ubat dan penawar yang sesuai bagi penyakit tersebut. Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh pada Jalan Allah sehingga terlatih mengenal segala penyakit hati manusia dan sangat Arif dengan cara-cara merawatnya. 


Orang Islam awam tak mungkin mampu sucikan sendiri segala penyakit hati yang terhimpun di dalam hatinya kerana mereka tidak mempunyai Ilmu berkenaan dengan penyakit hati serta ubat dan rawatan yang sesuai dengan penyakit tersebut.  Bahkan sebahagian besar orang Islam tidak menyedari wujud penyakit-penyakit tersebut.  Mereka sentiasa hidup di dalam sangkaan bahawa mereka sudah baik dan bersih dengan amal ibadah yang mereka lakukan. Setengah-setengahnya menyangka amal ibadah mereka sudah banyak kerana banyak solat Tahajjud, banyak sedekah, banyak mengerjakan Haji  tetapi mereka tak menyedari tersimpul “dosa yang tidak disedari di dalam amal ibadah sekalipun”.  Mereka tertipu dengan diri sendiri. 


Bersambung siri  399 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 401 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...