SIRI 396
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 23 : Kitab dan Sunnah Tanpa “Wakil Allah”, Manusia Akan Menjadi Sesat
Kitab dan Sunnah Nabi tanpa “Wakil Allah” yang benar-benar Arif mengenal Allah, akan menyebabkan manusia terpesong dari Jalan Benar, iaitu mereka akan terpesong dari Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sebenar.
Sejarah Ummat terdahulu membuktikan hal ini. Manusia yang asalnya beriman, berpaling dan menjadi kafir sebaik sahaja Nabi mereka wafat. Sehingga apabila kesesatan dan kekafiran telah merata atas dunia, maka Allah Ta’ala Utuskan lagi seorang Rasul untuk kembalikan mereka kepada Tauhid. Demikian zaman berputar dan berulang lagi keadaan yang sama. Utusan Allah silih berganti dizahirkan untuk selamatkan manusia sepanjang zaman.
Persoalan terpenting di sini:
Mengapakah mereka menjadi sesat dan kafir meskipun di tangan mereka wujud Kitab Allah dan Sunnah Nabi mereka? Rahsia terpenting untuk dijadikan renungan di sini adalah:
Kewujudan “Wakil Allah” yang bersifat _Rabbani_ adalah suatu ketentuan Allah yang pasti bagi keselamatan manusia. Tanpa “Wakil Allah” ini manusia pasti sesat menuruti nafsu dan iblis. Tanpa mereka manusia akan mentafsirkan Kitab Allah berdasarkan pendapat aqal mereka atau menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Hal yang sama berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. Orang-orang Islam berpecah-pecah menjadi fasiq, sesat atau kafir. Wal Iyazubillah. Mereka mentafsirkan Al-Qur’an dan hadith menurut nafsu dan bisikan syaitan. Mereka campur adukkan Islam dengan falsafah-falsafah kafir dan menerbitkan Ilmu Ketuhanan yang batil. Orang-orang bergelar “Ulama” menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah demi mendapatkan dunia yang hina.
Penguasa-penguasa menjadi zalim dan fasiq. Mereka menggantikan Undang-undang Allah dengan undang-undang yang dicipta oleh “Ulama-ulama” jahat. Mereka menamakannya “Undang-undang Islam” tetapi mereka sendiri mentadbir mengikut selera nafsu mereka. Mereka habiskan wang rakyat dengan minum arak, perempuan dan muzik.
Bersambung siri 397 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment