SIRI 395
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 22 : Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:
sambungan.....
Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
Para ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya. Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan. Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan Pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi ﷺ : “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Imam Ad-Dailami].
[Tamat nukilan -- Sirrul Asrar]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Dan sebelum Rasulullah ﷺ wafat, Baginda telah menetapkan para Khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke Jalan Allah. Begitulah seterusnya sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang Salik (hamba Allah yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid) mutlak memerlukan seorang Mursyid.”
[Khulasah at-Tasaniff Fit-Tasawwuf]
Maksud di sini:
Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, akan tetap wujud “Wakil Allah” yang menyeru manusia kepada Tauhid, menyucikan batin mereka daripada kesyirikan (syirik khafi) melalui Zikrullah serta Mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan-Nya sehingga manusia benar-benar mencapai Keimanan sejati. Mereka ini yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat. Merekalah Khalifah Rasulullah ﷺdi dalam erti kata yang sebenar.
Setiap Muslim wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq ini, pegang kepada mereka sungguh-sungguh dan berjuang bersama mereka, kerana mereka adalah Pewaris Nabi yang Benar, yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala dengan selamat.
Mereka tiada kepentingan apa pun pada dunia ini. Mereka menjauhkan diri dari semua bentuk dunia politik kotor dan keji yang sudah berleluasa di atas muka bumi. Mereka bukan pengampu yang menagih dunia yang hina. Mereka BUKAN pendusta yang mengubah-ubah Ayat Allah mengikut hawa nafsu. Sebaliknya mereka hamba-hamba Allah yang benar-benar Taqwa dan takut kepada Allah. Pada setiap saat mereka memandang wajah Allah dan di dalam Pimpinan Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Bersambung siri 396 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment