SIRI 409
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq
sambungan.....
Syarat ke-2: Alim Di Dalam Syari’at
Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ. Seorang Mursyid yang Benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau mengetahui halal haram dan dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf. Dan seluruh pimpinannya terikat kepada Al-Qur'an, Sunnah Nabi ﷺ dan Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah.
Sila rujuk dalil ini dari kata-kata Al-Ghawth Imam Jilani Radhiallahu Anhu pada Syarat 1 di atas.
Syarat ke-3: Mahir Selok-belok Ma’rifat
Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar mahir (sangat dalam Ilmunya) di dalam Ilmu Ma'rifat serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan. Beliau mestilah seseorang yang telah terdidik dengan Ilmu Keruhanian di bawah bimbingan Gurunya yang juga Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmah Ilahiyyah serta kebijaksanaan.
Beliau telah sampai kepada Maqam Musyahadah (penyaksian kepada ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah ﷺ. (Hal ini disahkan oleh Guru yang memimpinnya, BUKAN andaian sendiri atau angan-angan sendiri.)
Mursyid yang Siddiq mesti seorang yang sangat mahir di dalam hal ehwal keruhanian, Di-Kurniakan Khitob, Kasyaf dan Ilham-ilham suci oleh Allah Ta'ala untuk memimpin keruhanian murid-muridnya serta menangkis semua macam gangguan jinn dan syaitan yang cuba menggodanya sehingga Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat) selamat sampai kepada Maqam-maqam Tauhid yang suci murni.
Alim kitab, orang kelulusan Universiti yang memiliki berbagai Ijazah PhD, Ijazah, Profesor, Ahli Usuluddin, Mufti, Pegawai-pegawai Agama atau cendekiawan agama yang lain-lain TIDAK akan mampu melakukan semua ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang rahsia-rahsia Ma'rifat ini. Sedangkan yang benar adalah; sekalian orang alim ini (alim fiqh semata) mereka sendiri memerlukan asuhan seorang Mursyid, untuk keluar dari kesyirikan (Syirik Khafi) dan memperoleh Maqam-maqam Tauhid yang suci.
Maka perhatikanlah dari dalam hati yang ikhlas, tujuan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar adalah mendidik hati dan ruh kamu berdasarkan Syari'at dan Toriqat sehingga kamu benar-benar memperoleh hati yang suci murni dari Bahrul Ahadiyyah (Lautan Ke-Esaan) Allah Ta'ala. Tauhid yang suci murni akan terpancar dari hati kamu tanpa sebarang syirik (Syirik Khafi) atau Mazmumah apa pun. Dan jadilah kamu memperoleh ubudiyyah (ibadah yang penuh ketundukan kepada Allah) yang benar-benar ikhlas.
Sifat ke-3 ini antara sifat terpenting, iaitu Musyahadah Zat (Penyaksian Wajah Tuhan dari pandangan ruh) dan Pimpinan Rasulullah ﷺ kerana tanpa sifat-sifat istimewa ini, tiada bezanya dengan ustaz-ustaz biasa atau orang alim fiqh atau alim kitab.
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:
“Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia Di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan Di-Naikkan ke maqam lebih tinggi serta Di-Sucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.”
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Bersambung siri 410 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment