SIRI 427
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 7: Mursyid palsu
sambungan.....
Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu
Sambungan...
(5) Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki
Mereka melakukan meditasi seperti yoga dengan tangan terbuka, lalu membaca Asmaul Husna tertentu untuk menarik rezeki dari Langit. Mereka mendakwa Rezeki Allah itu luas dan boleh diperoleh dengan cara meditasi.
(6) Reiki, Kundalini, Cakra
Golongan ini melakukan meditasi (cara orang kafir) mengaktifkan lataif-lataif sehingga mengaku boleh menerbitkan Cahaya Lataif dan terus mengenal Allah. Tidak syak lagi semua ini hanya mainan iblis kerana tak mungkin seseorang kenal Allah dengan jalan “meditasi” ajaran kafir. Yang datang hanyalah jelmaan iblis dalam rupa Ulama atau Wali.
(7) Golongan Menyedut Tenaga dan Ruh Alam
Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dan lain-lain sebangsa dengannya melakukan meditasi menyatukan tenaga dalam badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan. Mereka mengambil konsep tersebut ubah suai dengan ayat Al-Qur’an. Kemudian mendakwa boleh mencapai Ma’rifat. Sangat besar penipuan mereka.
(8) Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib
Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk mengeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit. Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya sembuhkan berbagai penyakit.
(9) Pengkaji Toriqat dan Ma’rifat
Golongan ini hanya sibuk mengkaji tanpa sebarang amal ibadah yang Di-Syari’atkan. Mereka mengkaji sendiri kitab-kitab Sufi yang tinggi lalu berbahas menurut aqal dan nafsu mereka.
Mereka mendakwa maklumat berkenaan Toriqat yang ada padanya sahaja yang benar dan selain mereka sebagai sesat. Mereka menuduh Kaifiyyat Zikir pada Toriqat yang Mu’tabar sebagai sesat sedangkan mereka hanyalah professor-profesor bodoh yang berbahas menurut pemikiran aqal yang sempit dan bisikan nafsu dan iblis. Mereka tak pernah berguru dengan Pewaris Nabi yang Siddiq dan tak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut Disiplin Ahli Ma’rifat, tetapi sangat berani mendakwa diri sebagai pemegang kebenaran. Tiada syak lagi mereka adalah pasukan iblis yang membawa kekacauan kepada orang awam atau masyarakat Islam yang masih di dalam kebingungan memahami Hakikat Agama.
Bersambung siri 428 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment