Monday, May 04, 2026

SIRI 426


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....


Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan...



Golongan-golongan tersesat dari Jalan Keruhanian yang disebutkan oleh Imam Jilani رضي الله عه , seperti di atas adalah golongan yang wujud pada zaman beliau.  Kelompok-kelompok ini terus wujud sehingga sekarang dan akan terus wujud sehingga akhir zaman kerana pada hakikatnya mereka adalah kelompok-kelompok yang mengikuti bisikan iblis La’natullah yang sedaya upaya menyesatkan menusia! 


Pada zaman ini, sekurang-kurangnya 11 (sebelas) golongan yang telah menyelewengkan maksud Ilmu Ma’rifat dan menyamar seperti Ahli Ma’rifat dan Sufi sedangkan mereka ini sama seperti di atas termasuk golongan tertipu dan menipu daya.


(1)   Golongan Silat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Golongan ini campur adukkan ilmu silat dengan sebahagian amalan Toriqat lalu mengakuinya sebagaiMa’rifat.  Tujuan mereka adalah memperoleh kekuatan fizikal melalui keruhanian.  Mereka melakukan meditasi atau ritual tertentu bagi memperoleh ilmu kebal.  Mereka gemar menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan ilmu kebal seperti tetak tak lut, bengkokkan besi keras dengan jari dan lain-lain untuk memperlihatkan seolah-olah mereka benar.  Sedangkan perbuatan ini jelas kebatilannya.  Ini BUKAN Ma’rifat sebaliknya pertunjukan ilmu sihir.  Yang dikatakan Ma’rifat adalah Tauhid yang hakiki di dalam hati serta Ubudiyyah setulus hati.  


(2)   Golongan Perawat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Kelompok ini lebih kurang serupa dengan Golongan no. (1) di atas iaitu mereka salah guna Ilmu Toriqat untuk kepentingan duniawi atau kerana memenuhi keseronokan nafsu.  Tujuan mereka bukan mengenal Allah dan Ubudiyyah tetapi mempunyai niat-niat yang menyimpang dan tujuan-tujuan lain selain Allah. 


Perbezaannya dengan yang pertama tadi adalah bidang yang mereka ceburi.  Bidang kelompok ini adalah bidang perubatan dan rawatan.  Mereka menamakan diri mereka sebagai Perawat Ma’rifat tetapi cara mereka adalah cara-cara bomoh atau dukun atau pawang. 


(3) Golongan Ilmu Kebatinan Sesat

Ini adalah golongan yang berangan-angan mencapai maqam tinggi dan menganggap setiap suatu memadai dengan niat.  Tidak perlu susah payah melakukan ibadat.  Mereka mendakwa ibadat itu untuk orang maqam rendah.  Mereka sudah mencapai maqam tinggi, maka tak perlu melakukan ibadat.  Menurut dakwaan mereka yang batil lagi, orang yang sampai Maqam Tuhan tak perlu solat dan ibadah lain. 


(4)   Golongan Ilmu Haqiqat Palsu

Golongan ini sentiasa memandang _haqiqat_ semata-mata.  Walaupun mereka minum arak, berjudi, tenung nasib atau lain-lain, bagi mereka semua itu tidak salah kerana semua Di-Taqdirkan. 


Bersambung siri 427 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...