SIRI 442
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat
Sebahagian Ummat ini beranggapan Bai’at tidak wujud lagi setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. Sebahagian lagi berpegang Bai’at tidak wujud lagi selepas kejatuhan Kerajaan Islam Othmaniyyah dan menafikan terus konsep Bai’at. Golongan ini beranggapan Bai’at itu cuma bagi Khalifah atau Amir yang memerintah Negara.
Semua anggapan ini keliru, jahil dan jelas bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan fatwa Ulama Mu’tabar.
Yang benar adalah: Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Warisan Suci Bai’at ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, Tabiin, Tabiit-Tabiin, Imam-Imam dan Masyaikh Ahlus Sunnah dan Ummat Islam yang mendokong Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seluruhnya. Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang ternama mengambil Bai’at dengan Guru mereka masing-masing yang juga merupakan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Sekurang-kurangnya kita dapat mengenal dua bentuk Bai’at berterusan pada zaman Sahabat, Tabiin, dan generasi Ahlus Sunnah kemudiannya sampai ke hari ini dan akan berterusan sampai Qiamat.
Pertama:
Bai’at kepada Kepala Negara yang memegang Kekuasaan Politik atau Pentadbiran Negara, yang digelar Khalifah yang TAQWA.
Kedua:
Bai’at kepada Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu, Ruhaniyyah dan Rahsia Kenabian yang dikenali sebagai Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Murobbi yang Siddiq (Benar).
Bersambung siri 443 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment