SIRI 441
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.6 Kefahaman Yang Benar Terhadap Bai'at di Zaman Rasulullah ﷺ
Paparan berkenaan macam-macam Bai’at menjadi bukti jelas bahawa Bai’at di zaman Rasulullah ﷺ BUKAN semata-mata Bai’at untuk masuk Islam, tetapi meliputi hampir semua bentuk Keimanan, Ibadah dan Jihad.
Beberapa rumusan penting dari pemerhatian terhadap Bai’at Sahabat kepada Rasulullah ﷺ:
(1) Kesemua peristiwa Bai’at para Sahabat kepada Rasulullah ﷺ, memberi petanda pentingnya Bai’at di dalam membangunkan jiwa Ummat kepada Keimanan dan Ketaqwaan.
(2) Hati insan sentiasa berbolak-balik, ada kalanya baik bersemangat dan ada kalanya lemah tidak bermaya. Maka Bai’at berulang-ulang atau memperbaharui Bai’at kepada Rasulullah ﷺ menjadi ledakan semangat baru kepada Mujahadah dan Perjuangan mendirikan Tauhid di dalam hati.
(3) Kesemua Bai’at tersebut sama ada untuk mempertahankan IMAN, atau bersungguh-sungguh di dalam IBADAH atau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah ﷺ, kesemuanya menuju matlamat yang SATU iaitu meninggikan Kalimah Allah bagi mencapai Ke-Redhaan Allah.
(4) Kefahaman yang benar terhadap keseluruhan Bai’at ini amat penting kerana ianya berkait dengan kesinambungan Bai’at yang berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.
(5) Barang siapa ingkar akan wujudnya Bai’at kepada Khalifah-khalifah Rasulullah ﷺ yang Taqwa setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, maka dia telah terang-terangan menentang Allah dan Rasul-Nya.
Bersambung siri 442 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment