SIRI 443
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat
sambungan....
Di sana wujud perbezaan ketara antara Bai’at kepada Pemerintah dengan Bai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Sebahagian daripadanya kami telah huraikan di dalam bahagian-bahagian yang telah lalu.
Perbezaan paling utama adalah:
Bai’at bentuk pertama sentiasa berubah-ubah mengikut Sistem Pemerintahan yang menguasai dunia dan negara bangsa. Bai’at kepada Pemerintah hanya sah dan layak dilakukan ketika Kekuasaan di tangan seorang Khalifah yang memerintah secara ‘adil menurut Undang-undang Allah. Dan tidak berlaku Bai’at ketika dunia dikuasai oleh Pemerintah kafir dan Undang-undang Kafir.
Hal ini berbeza dengan Bai’atkepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Bai’at akan terus berlaku di dalam Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kerana mereka yang benar-benar memegang Kekuasaan di dalam Warisan ini hanyalah hamba-hamba Allah yang Bertaqwa. Allah Ta’ala Memilih mereka secara khusus, sebagaimana kami huraikan pada fasal Fakta dan Dalil-dalil kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sila rujuk semula untuk mendapat gambaran yang tepat).
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sentiasa di dalam Petunjuk dan Pemeliharaan Allah Ta’ala (Mahfuz) dan pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. Bagi mereka tiada suatu kepentingan apa pun di dunia ini. Mereka hanya memimpin manusia kepada Allah. Mereka mendidik manusia menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa menurut Sistem Warisan Rasulullah ﷺ yang diterima dan dipindahkan dari satu Generasi Mursyid kepada Generasi berikut dan berikutnya tanpa putus sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya daripada dinodai oleh segala pendapat nafsu manusia atau iblis.
Hal tersebut jauh berbeza dengan Pemerintah Negara bangsa dunia yang sentiasa berubah-ubah di antara yang Taqwa atau fasiq atau sesat atau kafir. Sistem pemerintahan dan undang-undangnya juga berubah-ubah antara Sistem Islam yang hakiki dengan Sistem Kuffar.
Bersambung siri 444 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment