SIRI 444
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.7 Bai'at Berterusan Sampai Qiamat
sambungan....
Umpamanya pada zaman sekarang kita dapat menyaksikan dunia dikuasai oleh Sistem Kafir dan pemimpin-pemimpin juga terdiri daripada mereka yang fasiq atau kafir kecuali sedikit. Pemimpin-pemimpin politik ini saling berbalah, adu domba, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah sampai akhirnya berbunuh-bunuhan demi menguasai pemerintahan. Maka tak mungkin berlaku Bai'at kepada manusia-manusia seperti itu.
Tetapi Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq terus berlaku pada zaman ini, sebagaimana yang telah berlaku amalan ini sebelumnya, turun-temurun para _Masyaikh Ahlus Sunnah_ mewarisinya daripada Junjungan Mulia Rasulullah ﷺ dalam bentuk yang suci murni tanpa campur tangan nafsu atau syaitan atau mana-mana kuasa dunia atau pemimpin fasiq.
Ringkasnya…
Sistem Warisan Rasul ﷺ sentiasa terpelihara di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan diri mereka sendiri merupakan acuan dari diri Rasulullah ﷺ, maka Bai'at kepada mereka adalah Bai'at yang suci bersih dari pengaruh hawa nafsu atau kepentingan duniawi. Bai'at inilah yang akan kekal berterusan sampai Qiamat tanpa sebarang perubahan.
Sebagaimana kami huraikan juga sebelum ini, melalui Sistem Warisan Suci Rasulullah ﷺ ini berserta Bai'at kepada Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dunia akan sentiasa Di-Limpahi Sinar Islam, Hidayah dan Petunjuk Allah Ta’ala. Meskipun Ummat Islam sentiasa berubah-ubah di antara Dunia Keimanan dan Dunia Kekafiran, namun Sistem Warisan Rasulullah ﷺ dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq akan sentiasa terpelihara. Panji-panji Islam akan tetap berkibar di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sampai Qiamat.
Dengan demikian Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq juga akan berterusan sampai Qiamat.
Berkata Al-Imam, Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:
“Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda ﷺ Mi'raj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda ﷺ di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda ﷺ tidak membuka rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda ﷺ yang sangat cinta dengan Baginda ﷺ. Melalui penyebaran dan keberkatan Rahsia (Rahsia di dalam dada Pewaris Nabi yang Siddiq) inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat.”
[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]
Bersambung siri 445 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment