SIRI 445
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rumusan dan Penutup
Rumus 1: Nur Muhammad Ciptaan Allah yang Pertama.
1.1 Allah Ta'ala menciptakan Nur Muhammad dari Cahaya Wajah-Nya sebagai Ciptaan Pertama.
1.2 Maksudnya: Sebelum Penciptaan Nur Muhammad, hanya Wujud Zat Allah semata-mata yang Laisa-Kamithlihi Syai'un. Tiada Wujud sebarang makhluq, hanya Tuhan Rabbul Jalil semata-mata. Kemudian Allah Ciptakan Nur Muhammad.
1.3 Setelah Allah Ciptakan Nur Muhammad, kemudian Allah Ciptakan pula sekalian makhluq yang lain daripada Nur Muhammad.
1.4 Inilah pegangan yang benar menurut Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar.
1.5 Adapun Golongan yang menafikan kebenaran ini adalah Golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Mereka adalah Golongan Wahhabi, Syi'ah (rafidhi), Mujassimah dan Golongan Sesat yang lain — 72 Golongan sesat. Ditambah dengan Golongan sesat zaman ini yang terdiri daripada Golongan Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lain-lainnya.
Berkata Ghawthul A'zham Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:
“Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang Di-Sukai-Nya dan Semoga kamu memperoleh Ke-Redhaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya Menciptakan Cahaya Muhammad daripada Cahaya Suci Keindahan-Nya.
Dalam Hadith Qudsi Allah Ta'ala berfirman:
“Aku Ciptakan Ruh Muhammad daripada Cahaya Wajah-Ku.”
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan Sabda Baginda ﷺ:
“Mula-mula Allah Ciptakan Ruhku. Pada permulaannya Di-Ciptakan-Nya sebagai Ruh Suci.”
“Mula-mula Allah Ciptakan Qalam.”
“Mula-mula Allah Ciptakan 'Aqal.”
Apa yang dimaksudkan sebagai Ciptaan Permulaan itu ialah Ciptaan Hakikat kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, iaitu Kebenaran tentang "Muhammad" yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan Nur, Cahaya Suci, kerana dia Di-Persucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat Jalal Allah.
Allah Yang Maha Tinggi Ber-Firman:
قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, Cahaya dan kitab yang menerangkan.”
[Al-Maidah (5) : Ayat 15]
Dia dinamakan 'Aqal yang meliputi ('Aqal Universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.
Dia dinamakan Qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Ruh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya.
Baginda Sallallahu Alaihi Wa-Sallam menyatakan hal ini dengan Sabda Baginda ﷺ:
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku.”
Allah Yang Maha Tinggi Menciptakan sekalian ruh-ruh daripada Ruh Baginda Sallallahu Alaihi Wa-Sallam di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.
"Muhammad" adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam Alam Arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.”
[Tamat Nukilan kitab: Sirrul-Asrar Fi-Ma-Yahtaju Ilayhil-Abrar]
Bersambung siri 446 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment