SIRI 446
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rumusan dan Penutup
sambungan....
Rumus 2: Manusia di turunkan ke muka bumi untuk menerima dugaan dan cubaan beberapa waktu sebelum dipanggil kembali.
2.1 Allah Ta'ala turunkan manusia ke alam terendah (Alam Dunia atau dipanggil Alam Ajsam)
2.2 Allah Ta'ala himpunkan sekalian ruh manusia di Alam Lahut. Ketika sampai masanya yang Allah Ta'ala tetapkan, ruhnya akan Di-Tiupkan ke dalam perut ibunya.
2.3 Sebelum masuk ke dalam janin, setiap ruh insan akan menempuh beberapa lapisan alam. Setiap alam berperanan untuk memberi kekuatan pada ruh.
Berkata Ghawthul A'zham Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:
“Empat ribu tahun selepas Di-Ciptakan Cahaya Muhammad, Allah Ciptakan Arasy daripada Cahaya Mata Muhammad. Dia Ciptakan makhluq yang lain daripada Arasy. Kemudian Dia Hantarkan ruh-ruh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.”
Firman Allah:
ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين
“Kemudian Kami Turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah.”
[Surah At-Tin (95): Ayat 5]
Dia Hantarkan Cahaya itu daripada tempat ia Di-Ciptakan, dari Alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi Ke-Esaan, bagi Wujud Mutlaq, kepada alam Nama-Nama Ilahi, kenyataan Sifat-sifat Ilahi, alam bagi 'aqal asbab kepunyaan ruh yang meliputi (Ruh Universal). Di sana Dia Pakaikan ruh-ruh itu dengan pakaian Cahaya. Ruh-ruh ini dinamakan Ruh Sultani (ruh pemerintah).
Dengan berpakaian Cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan Ruh Ruhani.
Kemudian Dia Arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘ruh manusia’.
Kemudian daripada dunia ini Dia Ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
Firman Allah:
مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى
“Kemudian Kami Jadikan kamu dan kepadanya kamu akan Di-Kembalikan dan daripadanya kamu akan Di-Bangkitkan sekali lagi.”
[Surah Ta Ha (20) : Ayat 55]
Selepas peringkat-peringkat ini Allah Memerintahkan ruh-ruh supaya memasuki badan-badan dan dengan Kehendak-Nya mereka pun masuk.
Firman Allah:
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى
“Maka apabila Aku Sempurnakan kejadiannya dan Aku Tiup padanya Ruh-Ku…”
[Surah Shad (38) : Ayat 72]
[Tamat Nukilan kitab: Sirrul-Asrar Fi-Ma-Yahtaju Ilayhil-Abrar]
Bersambung siri 447 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment