SIRI 448
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rumusan dan Penutup
sambungan....
Rumus 5: Al-Qur'an serta Sunnah Rasulullah ﷺ terdiri dari dua bahagian; Pertama: Syari'at (fiqh) Kedua: Toriqat (Tasawwuf).
5.1 Kedua-dua bahagian Ilmu ini wajib diamalkan.
5.2 Kedua-dua Ilmu ini — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) hanya ada pada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Maka wajib atas setiap orang Islam mencari mereka dan Bai'at dengan mereka.
5.3 Telah sepakat Ulama: Barang siapa amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan abaikan Toriqat (Tasawwuf) maka dia menjadi Fasiq. Barang siapa amalkan Toriqat (Tasawwuf) sahaja dan abaikan Syari'at (fiqh), maka dia termasuk orang Zindiq.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
(Mujaddid Agung sepanjang zaman)
“Dua macam Ilmu yang diturunkan kepada kita. Pertama, Ilmu Zahir disebut Syari'at. Kedua, Ilmu Batin disebut Ma'rifat (yang terhasil dari Toriqat). Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadukan (amalkan sekaligus dan jangan abaikan satu pun daripadanya) dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat. Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar-Rahman : Ayat 19 dan 29. Dengan Ilmu Zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara Ilmu Zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan Ilmu Batin (Toriqat Rasulullah ﷺ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah: " وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
Berkata Imam Malik Radhiallahu Anhu:
“Amalkan fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq. Amalkan Tasawwuf tanpa fiqh adalah Zindiq. Barang siapa menghimpun keduanya itulah _muhaqqiq_ (yang benar)."
[Nukilan kitab: Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat]
Bersambung siri 449 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment