SIRI 436
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.4 Haqiqat Bai’at
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai'at itu adalah pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang membai’atkannya.
Seseorang Pemimpin yang menerima Bai'at dari manusia lain sama ada beliau itu Rasul, Warisatul Anbiya’, Khalifah, atau Pemimpin lainnya, hanyalah sebagai Wasilah (yang menyambung atau memimpin kepada Allah). Ertinya pada zahirnya hamba-hamba Allah Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sedangkan pada haqiqatnya mereka Sumpah dan Janji Setia kepada Allah.
Di sini kita melihat suatu ciri unggul Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu bertawassul kepada seseorang yang Di-Kasihi Allah untuk memperoleh kebaikan dari Allah Ta’ala.
Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan Taat Setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan Taat Setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan Taat Setia itu untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan Janji Setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
[Al-Fath (48) : Ayat 10]
Firman Allah ini adalah mengandungi Kalimah-Kalimah Agung, suatu Pengisytiharan Sejagat berhubung dengan Rahsia Bai'at. Mereka (Ummat Islam yang benar-benar beriman) yang Bai'at Janji Setia kepada Rasulullah ﷺ adalah di dalam Perhatian Allah yang khusus. Allah Ta’ala menjanjikan Ganjaran Besar bagi mereka yang sungguh-sungguh menyempurnakan janji mereka.
Ganjaran yang Di-Janjikan itu BUKANLAH harta benda duniawi atau kemewahan kekayaan atau pangkat kedudukan di sisi manusia. Tetapi jauh lebih mulia dari itu iaitu Syurga Melihat Wajah-Nya ketika di dunia ini lagi. Dan di Akhirat mereka Di-Janjikan Masuk Syurga tanpa Hisab – bertali-tali masuk Syurga dengan berpegang kepada Mursyid kepada Mursyidnya, sambung- menyambung sampai Rasulullah ﷺ.
Jika Ganjaran Besar yang Di-Janjikan itu berupa harta benda duniawi atau pangkat kedudukan di sisi manusia, sudah tentu para Sahabat lebih layak menerimanya. Tetapi ternyata para Sahabat kebanyakannya dhaif dan miskin. Tetapi mereka kaya dengan IMAN. Kaya dengan TAUHID, kaya MA’RIFAT. Sebaliknya mereka kaya di Akhirat. Mereka sudah Di-Perlihatkan oleh Allah Ganjaran yang menanti mereka di Akhirat. Bahkan mereka telah Di-Bukakan Mata Hati untuk Melihat Allah di dunia ini lagi.
Bersambung siri 437 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment