SIRI 437
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at
Kebanyakan orang Islam memahami Bai'at pada sudut yang sempit, iaitu Bai'at untuk masuk Islam atau Bai'at kepada Khalifah semata-mata. Sedangkan Bai'at yang sebenar yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah TIDAK terhad kepada kedua bentuk itu kerana di antara Rasulullah ﷺ dan Sahabat telah berlaku Bai'at di dalam banyak keadaan yang berbeza-beza dan tujuan yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun dasar dan matlamat Bai'at tidak terkeluar dari Prinsip-prinsip Asasnya iaitu: Kesucian Hati dan mencapai Tauhid yang hakiki, Taqwa dan Maqam Ihsan, serta meninggikan Syi’ar Allah atas muka bumi.
Pertama: Bai'at Untuk Beriman kepada Allah dan Tidak Derhaka Kepada Rasulullah ﷺ (Bai’atul Aqabah Pertama)
Beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan apa pun, kamu tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, dan tidak derhaka kepada Rasulullah ﷺ.
Sayyidina Ubadah bin Samit Radhiallahu Anhu berada pada saat terjadi Bai’atul Aqabah berkata, Rasulullah ﷺ mengambil Janji Setia orang-orang Ansar di Aqabah; maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Kemarilah, hendaklah kamu berbai’at (Janji Setia) kepadaku untuk tidak akan berbuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak derhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf (baik). Barang siapa yang menepati Bai'at (Janji Setia) ini, maka ia akan mendapatkan Ganjaran dari Allah. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Ta’ala menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Ta’ala mahu, maka Allah boleh jadi menghukumnya; jika Allah Ta’ala mahu, maka Dia ampuninya.”
[Imam Bukhari,Imam Muslim, Imam Tabary]
Ke-2: Bai’at Untuk Pertahankan Rasulullah ﷺ (Bai’atul Aqabah kedua)
Rasulullah ﷺ membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mengajak kepada Allah, berikan semangat akan Islam, kemudian Baginda ﷺ berkata: “Aku membai’at kamu melindungiku sebagaimana kamu melindungi wanita dan anak-anak kamu.”
[Imam Tabary- Tarikh Tabary, Imam Ibnu Ishaq-Sirah Ibnu Hisyam]
Ke-3: Bai’at untuk dirikan Solat dan Nasihat buat Muslim (Bai’atul Aqabah ketiga)
Berkata Sayyidina Jabir bin Abdullah Radhiallahu Anhu:
“Aku telah berbai’ah kepada Nabi ﷺ untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberikan nasihat buat setiap Muslim.”
[Imam Bukhari]
Bersambung siri 438 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment