SIRI 438
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at
sambungan....
Ke-4: Bai’at Untuk Jauhi Syirik, Keji dan Mungkar
Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
“Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan Janji Setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka serta tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah Janji Setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah Ta’ala untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Al-Mumtahanah (60) : Ayat 12]
Ke-5: Bai’at Kepada Amir atau Khalifah atau Pemimpin yang Taqwa
Hadith Rasulullah ﷺ:
Sayyidina Ubadah bin Samit Radhiallahu Anhu berkata: “Rasulullah ﷺ telah memanggil kami, lalu kami pun memberi Bai’at kepada Baginda ﷺ,” kemudian Ubadah berkata: “Di antara perkara yang diminta kami Bai’at adalah: Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah ﷺ) dalam perkara yang kami suka atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap Amir (Pemimpin atau Khalifah) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang Muslim (kepada Pemimpin mereka) dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat ma’siat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.”
[Imam Bukhari]
Bersambung siri 439 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment