SIRI 439
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sambungan....
9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at
sambungan....
Ke-6: Bai’at Berulang kali
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Hai Salamah, tidakkah engkau berbai’at?” “Saya sudah pada Ba’iat yang pertama ya Rasulullah,” jawabku. Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Lakukanlah juga pada Ba’iat yang kedua!”
[Imam Bukhari]
Ke-7: Ba’iat Untuk Jihad
Dari Sayyidina Anas _Radhiallahu Anhu_, beliau berkata; “Rasulullah ﷺ berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah ﷺ melantunkan sebuah bait syair;” “Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan Akhirat, maka Ampunilah kaum Ansar dan Muhajir.” Serta-merta para Sahabat menyahut dengan bait syair; “Kita adalah yang _berbai'at_ kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat.”
[Imam Bukhari]
Hadith Rasulullah ﷺ:
Sayyidina Ya'la bin Umayyah Radhiallahu Anhu berkata; “aku datang kepada Rasulullah ﷺ bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata;” “Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah,” kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku membai’atnya untuk berjihad kerana hijrah telah terputus.”
[Imam An Nasai]
Ke-8: Bai’at Wanita
Hadith Rasulullah ﷺ:
Dari Sayyidina ‘Urwah _Radhiallahu Anhu_ bahawa Sayyidatina Aisyah Radhiallahu Anha, telah memberitahu kepadanya mengenai Bai'at Rasulullah ﷺ kepada para wanita. Beliau berkata; “Tidaklah Rasulullah ﷺ menyentuh tangan wanita sama sekali kecuali Baginda ﷺ mengambil Sumpah atasnya,” maka apabila Baginda ﷺ telah mengambil Sumpah atasnya, Baginda ﷺ berkata: “Pergilah, aku telah membai'at kamu semua!”
[Imam Abu Daud]
Bersambung siri 440 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment