Monday, May 04, 2026

SIRI 433


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....


9.1 Pengenalan Berhubung dengan Bai’at

sambungan....



Keenam: Allah Ta’ala janjikan Syurga Tanpa Hisab.

Orang-orang beriman yang benar-benar berpegang teguh dengan  Bai’at (Janji Setia) mereka sampai akhir nafas mereka, maka Allah Ta’ala janjikan mereka dengan Masuk Syurga tanpa Hisab.  Kalimah “اَجْرًا عَظِيْمًا” (Kemenangan Besar), ditafsirkan dengan pengertian “Masuk Syurga tanpa Hisab”.  Janji Allah ini (Masuk Syurga tanpa Hisab) bukan sahaja berlaku ketika hayat Rasulullah ﷺ, tetapi akan berterusan pada setiap zaman berikutnya sampai Qiamat.  Ertinya siapa sahaja dari kalangan orang Islam yang berbai’at kepada Wakil Rasulullah ﷺ, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan kemudian berjuang sungguh-sungguh ikhlas mempertahankan kesucian Agama, maka mereka tergolong ke dalam Janji tersebut (Masuk Syurga tanpa Hisab).  Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Menyempurnakan Janji-Nya.


Ketujuh: Ahlus Sunnah terpelihara sampai Qiamat melalui Bai’at dan Talaqqi Musyafahah.

Bai’at (Janji Setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dengan Mursyid Pewaris Nabi dan mengambil Ilmu terus dari lisan beliau) adalah Tunjang kesinambungan Tradisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah; mulai dari Sahabat Nabi ﷺ, turun-temurun dari satu generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada generasi Mursyid yang Siddiq berikutnya, dan berikutnya sambung-menyambung tanpa putus sampai Qiamat. 


Kaedah perpindahan Ilmu Warisan Rasul ﷺ melalui  Bai’at (Janji Setia), Talaqqi Musyafahah (menghadap Guru Mursyid dan menerima dari lisan beliau) dan Limpahan Nur Rabbaniyyah (Cahaya Ketuhanan) ke dalam dada Pewaris Nabi ini adalah keunggulan Ilmu Ahlus Sunnah yang tetap terpelihara kesuciannya di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Dan inilah bukti kukuh bahawa Warisan Rasulullah ﷺ selamat di tangan Masyaikh Ahlus Sunnah.  Islam tetap terpelihara kesucian dan keasliannya dan tiada tercemar oleh anasir-anasir nafsu atau bisikan-bisikan syaitan atau kepentingan politik atau kerana nafsu Penguasa-penguasa fasiq.  Ahlus Sunnah tetap selamat di bawah Naungan Rahmat Allah dan akan terus memerintah dunia hingga Qiamat.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda ﷺ Mi'raj kepada Tuhannya.  Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda ﷺ di balik tiga ribu tabir hijab.  Baginda ﷺ tidak membuka Rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda ﷺ yang sangat cinta dengan Baginda ﷺ.  Melalui penyebaran dan keberkatan Rahsia inilah Islam (Ahlus Sunnah) akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat.”

[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]


Sedangkan Golongan sesat – Syi’ah (Rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Mujassimah, Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain sudah tercemar ilmu mereka kerana campur aduk dengan falsafah kafir, sistem politik kafir, pendapat nafsu dan aqal sempit manusia serta bisikan-bisikan syaitan.


Maka binasalah sekalian pemimpin-pemimpin mereka berserta pendokong-pendokong buta mereka.  Wal Iyazubillah.  Moga Allah Ta’ala Selamatkan Ummat akhir zaman yang penuh dengan kelemahan dan hidup di dalam kegelapan.


Bersambung siri 434 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...