Monday, May 04, 2026

SIRI 430


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 8: Panduan Mencari Mursyid yang Siddiq

sambungan...



Pertama: Syarat Mursyid:

Perhatikan dan teliti Syarat-syarat Mursyid (10 Syarat) yang Siddiq sebagaimana kami terangkan.


Kedua: Tanda Mursyid:  

Lihat tanda-tanda kebenaran mereka dengan rasai sendiri kesan-kesan di dalam hati akan kebenaran mereka ketika duduk di dalam Majlis-majlis umum mereka. 


Ketiga: Solat Hajat Mohon Petunjuk Allah:  

Lakukan solat hajat dan istikharah pada malam Tahajjud, dan mohon pada Allah Menunjukki Guru Mursyid Pewaris Nabi yang akan Memimpinnya kepada Allah.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Keruhanian (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) yang Sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil dua rakaat di waktu malam Tahajjud, untuk memohon Petunjuk Allah Ta'ala.  Dia kemudiannya memohon kepada Allah Menunjukki manusia-manusia suci ini yang akan Memimpinnya kepada Jalan Kebenaran.  Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia Memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada Kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan Cahaya Ketuhanan.  Dan yang akan membuka kepada kejadian-kejadian ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya.  Dengan berbuat demikian, In Shaa Allah seseorang akan mendapat Jawapannya dari Allah Ta'ala.”

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]


Keempat: Pegang Teguh Setelah Bai’at:

Setelah ikuti semua panduan di atas lalu Di-Tunjukki oleh Allah akan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq itu, kemudian kamu Bai'at dengannya, dengan keyakinan yang teguh, maka pegang teguhlah sampai mati.  Jika datang keraguan selepas itu, ia adalah dari bisikan syaitan.  Sekali pun kamu melihat suatu pada sangkaan kamu bertentangan dengan hukum, ia cuma sangkaan kamu bukan kebenaran, maka hendaklah palingkan kepada kebaikan.  Ini kerana tujuan seorang Pewaris Nabi yang Siddiq tidak lain melainkan menolong muridnya sepanjang perjalanan sehingga selamat sampai kepada Allah.  Sangkaan yang datang setelah wujud keyakinan mengandungi tipu daya iblis.  Ini sebabnya kata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu; 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

Di antara adab-adab penuntut ilmu (murid) adalah:

“Jangan sekali-kali Su’uz-zon terhadap Shaikhmu mengenai tindakan yang kelihatannya mungkar atau tidak Di-Redhai Allah menurut pandanganmu, sebab Shaikh kamu lebih mengerti rahsia-rahsia yang terkandung dalam tindakannya.”

[Bidayatul Hidayah]


Berkata Imam Ghazali lagi Radhiallahu Anhu:

“Hendaklah murid itu bersikap kepada Gurunya seumpama tanah kering yang disirami hujan Iebat.  Maka meresaplah ke seluruh bahagiannya dan meratalah keseluruhannya air hujan itu.  Manakala Guru itu menunjukkan jalan belajar kepadanya, hendaklah dita'ati dan tinggalkanlah pendapat sendiri.  Ini kerana meskipun Guru itu bersalah, tetapi lebih berguna baginya dari kebenaran dirinya sendiri.  Sebab, pengalaman mengajari yang halus-halus, yang ganjil didengar tetapi besar faedahnya (dari pengalaman keruhanian yang telah ditempuh oleh Guru pada waktu yang panjang).  Berapa banyak orang sakit yang dipanasi, dirawat oleh doktor dengan menambah panas pada waktu tertentu supaya kekuatannya bertambah sampai batas yang sanggup menahan pukulan ubat.  Maka hairanlah orang yang tak berpengalaman tentang itu.”

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 431 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...