Friday, November 03, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 317 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir,

Pemerintah Zalim

.... sambungan....



Dalil-dalil

=========


Dalil 1:

Firman Allah تَعَالَى


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.  Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) ; Ayat 113]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran.  Semua makna ini berdekatan.  Ibnu Zaid berkata :  Firman Allah  "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "

[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]



Dalil 2

Hadith Rasulullah ﷺ:

Ketika Rasulullah ﷺ melewati daerah Hajar, Baginda bersabda,“Janganlah kamu memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Karena apa yang menimpa mereka boleh juga menimpa kamu.”   Lalu Baginda menutup kepala Baginda dengan kain selendangnya, dan mempercepat perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu.”

[Imam Bukhari]


Dalil 3

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasiq, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong.  Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai,  penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”

[Imam At-Tabrani]


Dalil 4

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Akan ada sesudah-ku amir-amir (pemimpin) yang berdusta dan zalim.  Maka barang siapa membenarkan mereka dengan kedustaannya dan menolong mereka atas kezalimannya, maka tidaklah dia daripada-ku dan tidak aku daripadanya.  Dan dia tidak akan datang ke haudh (Telaga Rasulullah ﷺ)"

[Imam At-Tirmizi]



Dalil 5

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Barang siapa memuliakan orang fasiq, maka sesungguhnya dia telah menolong meruntuhkan Islam."

[imam Ath-Thabrani]


Dalil 6

Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu.  Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.”

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya.  Ini kerana Nabi ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”    Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin]



Bersambung siri 318 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

 🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 316 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, 

Pemerintah Zalim

=====================



Definisi:

========


Dari segi bahasa :

Zalim berasal dari kata Arab   (  ظلم     يظلم    ظلما ) bermaksud :    gelap, tidak adil, bengis, kejam, menindas, menekan, menganiaya orang, tiada peri kemanusiaan, melampau batas, jauh dari kebenaran, menuruti jalan kebatilan, tidak meletakkan suatu pada tempatnya. 


Dari segi Istilah:

Zalim adalah kegelapan hati, kebatilan, kesesatan, jauh dari Petunjuk Allah, jauh dari kebenaran, melampaui ketentuan Agama (menentang Allah, Rasul-Nya dan Ulama Pewaris Nabi) dan melampaui tatacara hidup kemanusiaan.

     

Dengan pengertian ini :

Orang yang zalim adalah orang yang keluar dari landasan Agama yang haq, menyimpang dari Agama yang lurus, dan mengikut jalan kebatilan dan kesesatan dan melakukan berbagai kejahatan termasuk bertindak kejam, menindas, menganiaya, merampas hak orang lain bahkan sampai mencederakan atau membunuh manusia. 



Penjelasan

===========


(1) Secara umum yang dikatakan orang yang zalim adalah orang yang melampaui ketentuan Agama, melawan Allah, Rasul dan Ulama Warisatul Anbiya, iaitu melawan peraturan, undang-undang dan hukum yang telah ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah.  


(2) Di antara manusia yang banyak melakukan kezaliman atas muka bumi adalah Pemimpin-pemimpin, Raja-raja, Sultan, Amir-amir, Pegawai-pegawai iaitu mereka yang memegang kuasa.  Mereka menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menindas dan menzalimi manusia. 


(3) Sejaran ummat Islam menunjukkan hal ini.  Apabila seseorang manjadi Amir atau Sultan, dia sewenang-wenang melakukan berbagai kezaliman ke atas rakyat.


(4) Terdapat larangan khusus masuk ke tempat orang zalim, terutama pemimpin-pemimpin zalim kerana La'nat dan Kemurkaan Allah turun ke atas mereka. 


(5) Dilarang keras memuliakan orang zalim kerana mereka adalah musuh Allah dan musuh bagi sekalian orang beriman. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu

"Ketahuilah kiranya, bahawa kamu bersama amir-amir, sultan dan pegawai-pegawai dan orang-orang zalim mempunyai tiga hal:

Hal pertama:  Iaitu yang terburuk, ialah kamu masuk ke tempat mereka.

Hal kedua :  Iaitu yang kurang buruk dari itu ialah mereka masuk ke tempat kamu.

Hal ketiga :  Iaitu yang lebih selamat, ialah kamu mengasingkan diri dari mereka.  Maka kamu tidak melihat mereka dan mereka tidak melihat kamu.

Ada pun hal pertama, iaitu masuk ke tempat mereka, maka ia tersangat dicela pada Agama. Mengenai hal demikian terdapat ancaman berat berdasarkan Hadith dan athar.  Ada pun Hadith iaitu tatkala Rasulullah ﷺ menyifatkan amir-amir yang zalim, Baginda bersabda, "Maka barang siapa mencampakkan mereka, nescaya terlepaslah dia dan barang siapa mengasingkan diri dari mereka, nescaya selamatlah dia atau hampir selamat.  Dan barang siapa bersekutu dengan mereka dalam keduniaan, maka dia termasuk sebahagian dari mereka (amir-amir zalim) — Imam At-Thabrani."

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 317 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

 🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 315 ) 

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 43:

Enggan Sedekah kerana Takut Miskin

sambungan....




Dalil-Dalil

=========


Kewajipan Syukur kepada Allah


Firman Allah:


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu Berfirman:  Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

[Ibrahim (14) : Ayat 7]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang,  dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar.  Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya.  Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan."

[Imam At-Tirmidzi]



Sedekah itu tambah-tambahkan rezeki


Firman Allah Ta'ala:


مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِىسَبِيْلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فىِ كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاغِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seumpama suatu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi orang yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengetahui.” 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 261]



Sedekah tidak mengurangkan rezeki


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sedekahkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan untuk diri dan enggan sedekah).  Jika tidak,  Allah akan menghilangkan berkah rezeki  tersebut.  Janganlah menghalangi Anugerah Allah untukmu.  Jika tidak, maka Allah akan menahan Anugerah dan Kemurahan untukmu.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Tetap sedekah meskipun sempit rezeki


Firman Allah Ta'ala:


لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِۦ  وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُۥ فَلْيُنفِقْ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ  لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَا  سَيَجْعَلُ ٱللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.  Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.  Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.

[At-Talaaq (65) : Ayat 7]



Enggan sedekah kerana takut miskin adalah dari bisikan Syaitan


Firman Allah Ta'ala:


الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) ; sedang Allah menjanjikan untukmu Keampunan daripada-Nya dan Kelebihan Kurnia-Nya.  Dan Allah Maha Luas Limpah Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui” 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 268]


Bersambung siri 316 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 314 ) 

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 43:

Enggan Sedekah Takut Miskin

======================



Definisi

=======

Enggan sedekah kepada Fi Sabilillah atau kepada faqir miskin dengan alasan akan kurang hartanya atau takut menjadi miskin.  Dan ini dosa besar.



Penjelasan

==========


(1) Allah Ta'ala Yang Maha Mengurniakan Rezeki kepada manusia, sebahagian mereka mendapat rezeki yang melimpah ruah menjadi kaya-raya. Sebahagian lain memperoleh rezeki pertengahan (cukup-cukup makan) dan lain-lain sangat kurang rezekinya.


(2) Semua orang beriman di Perintahkan mengeluarkan sedekah mengikut kemampuannya.  


(3) Orang yang kaya raya perlu mengeluarkan sedekah lebih dari nilai sedekah yang dikeluarkan oleh orang yang kurang rezekinya.   Orang yang rezekinya sedikit perlu juga sedekah mengikut kemampuannya sebagai tanda Syukur kepada Allah. 


(4) Orang yang enggan menghulurkan sedekah untuk Fi Sabillah atau orang lain yang sangat memerlukan adalah termasuk orang yang bakhil. 


(5) Orang yang enggan bersedekah kerana takut jatuh miskin adalah dia termasuk orang yang tidak mensyukuri Ni'mat Allah, tidak percaya kepada Janji-janji Allah dan sebaliknya percaya kepada bisikan syaitan. 


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Takut miskin dan bakhil adalah sebab orang enggan bersedekah (Untuk Fi sabilillah atau untuk manusia lain yang memerlukan). Mereka menggenggam tangan , terlalu berhemat dan gemar menyimpan harta.  Allah mengancam orang-orang seperti ini dengan siksaan berat".

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 315 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 313 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian:

sambungan......




Contoh-contoh:

==============


Contoh 1

Seorang berkata kepada anak-anak yatim :   "Sepatutnya kalian berterima kasih padaku kerana aku yang banyak hulurkan sumbangan kepada kalian sehingga rumah ini makmur".

Ungkapan ini lazimnya dilontarkan apabila dia tidak dihargai.  Dengan ucapan tersebut, dia telah batalkan amal kebaikan dia, bahkan terkena dosa besar akibat mengungkit pemberiannya. 



Contoh 2

Orang yang banyak melakukan sedekah untuk Masjid berkata :  "Masa dulu tak ada apa pun kat masjid ini.  Akulah yang banyak sedekah sampai dapat macam-macam kemudahan.  Kalian patut contohi aku."

Zahirnya kelihatan seperti menunjukkan contoh kepada orang lain supaya bersedekah namun di sebaliknya adalalah sum'ah dan mengungkit-ungkit sedekah yang batalkan sekalian ganjaran dan jatuh kepada dosa besar. 



Contoh 3

Seorang dermawan berkata :   "Ustaz-ustaz semua puji aku sebab aku seorang je yang bagi sedekah banyak pada ustaz-ustaz tu"



Contoh 4 

Seseorang yang pernah menolong seseorang miskin sehingga berjaya di dalam perniagaannya : "Kalau lah bukan aku yang banyak bantu kau dulu, tentu kau merempat di jalanan." 


Contoh 5

Seseorang yang marah kepada penerima bantuannya berkata, " Kau jangan jadi seperti "kacang lupakan kulit".  Jangan lupa siapa yang tolong kau selama ini."    Walaupun zahirnya kelihatan seperti memberi nasihat, namun di dalam ucapan itu terkandung "mengungkit".  Maka hilanglah segala ganjarannya berubah menjadi sebuah dosa besar.


Bersambung siri 314   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, October 23, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 312 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian:

sambungan......




Dalil-dalil:

=========


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنًّ۬ا وَلَآ أَذً۬ى‌ۙ لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ


Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada Jalan (Agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[Al-Baqarah (2) : Ayat 262]


Firman Allah:


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْكَافِرِينَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti (perasaan penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."

[Al-baqarah (2) : Ayat 264]



Berkata Imam Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dalam ayat pertama Allah jelaskan bahawa orang yang menafkahkan sesuatu untuk keperluan di Jalan Allah hanya diterima tidak diikuti dengan umpatan dan ungkit apa yang telah dinafkahkan.  Ayat kedua menjelaskan tentang gugurnya sedekah kerana umpatan, menyakiti hati orang yang diberi, kerana riya' dan tidak didasarkan kepada keimanan kepada Allah."

[Al-Zawaajir]


Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari Qiamat, Allah tidak akan melihat mereka serta tidak juga menyucikan (dosa-dosa) mereka, dan mereka akan mendapat seksa yang pedih… Abu Dzar berkata: Mereka pasti kecewa dan rugi! Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda: al-musbil (orang yang melabuhkan pakaian dengan riya'), al-mannan (orang yang suka mengungkit pemberiannya), dan al-munaffiqu  (orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah bohong).”

[Imam Muslim]


Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” 

[Imam Ahmad]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Perbuatan menyebut-nyebut kebaikan ini adalah dosa besar yang dapat dibuktikan melalui Hadith Imam Muslim dan Imam Hadith lainnya.  Orang yang menyebut-nyebut kebaikan ini tidak akan dilihat oleh Allah, tidak pula disucikan, dan bagi mereka azab yang sangat pedih."

[Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri 313   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 311 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian

==============



Definisi

========


Menurut bahasa:  

Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) — ungkit, membangkitkan, menaikkan, menyebut-nyebut pemberian. 


Menurut istilah :

Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) adalah : mengungkit, menyebut-nyebut,  membangkitkan kembali  kebaikan yang pernah dilakukannya (sama ada sedekah, pertolongan atau lainnya) di hadapan orang yang telah menerima kebaikan tersebut atau di belakangnya.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) adalah menghitung-hitung pemberiannya (menyebut-nyebut kebaikannya  berupa sedekah, pertolongan, dan lain-lain) kepada orang yang menerimanya, atau menceritakan pemberian itu kepada orang lain yang si penerima tidak suka orang itu mengetahuinya.”

[Al-Zawaajir]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Makna dari  "مَنَّا" (manna) adalah : menyebutkan kebaikan untuk menyindir orang yang menerima kebaikan (sedekah) dan meminta pujian darinya.  Contohnya seseorang berkata: "Aku telah berbuat kebaikan padamu atau aku telah membantumu menjadi orang kaya atau lain-lain seperti itu.  Beberapa Ulama lain mengertikan kata ini dengan:  selalu membicarakan kebaikan yang telah diperbuatnya hingga terdengar oleh orang yang menerima kebaikan tersebut dan menyakiti hatinya."

[Tafsir Qurtubi]


Kata sebahagian Ulama:

“ Ungkapan " اَلْمَنَّا "   (Al-manna)  di ambil dari kata  " مِنَّةُ "  (Minnah)_, iaitu ni'mat.  _Mannan adalah menyebut-nyebut nikmat kepada yang diberi serta membanggakan diri.  Kata ini bererti memotong atau berkurang apabila menyebut-nyebut pemberian.  Ini kerana pahala yang dimiliki pemberi akan terpotong atau mengurangi."



Penjelasan:

========


(1) Mengungkit  atau menyebut-nyebut pemberian berupa sedekah atau hadiah atau pertolongan lain kepada seseorang hamba Allah merupakan dosa besar.


(2) Seseorang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya inginkan pujian orang lain, ingin di hargai,  ingin terkenal sebagai dermawan, ingin dipuji sebagai orang mulia dan diangkat sebagai orang terhormat. 


(3) Orang yang suka mengungkit pemberian atau kebaikan yang pernah dilakukannya, batal lah segala kebaikannya dan jatuh kepada beberapa dosa besar, khususnya Syirik (syirik khafi).   Di antara dosa besar tersebut adalah:  Takabbur,  'riya, 'ujub, sum'ah, tawakkal bi ghairillah dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah atau pemberian lainnya. 


(4) Sebahagian orang yang gemar mengungkit ini tidak menyedari bahawa ia merupakan dosa besar lantaran kejahilannya.  Sebahagian lagi mengetahuinya dengan terang akan keharamannya tetapi tetap melakukannya demi keangkuhan dan kemuliaan dirinya.  


(5) Setiap Ibadah termasuk sedekah atau kebajikan lainnya wajib dilakukan dengan ikhlas, iaitu semata-mata mencari Redha Allah.  Orang seperti ini diberi berita gembira bahawa ganjarannya digandakan dengan beberapa lipat.  Tetapi apabila seseorang melakukannya dengan tujuan kemegahan atau kesombongan atau rasa diri bagus atau untuk mendapat pujian atau lain-lainnya, maka terhapuslah semua kebaikannya dan hilanglah apa saja yang dijanjikan.  


(6) Tajuk "Ungkit pemberian" ini dimasukkan ke dalam Risalah ini kerana hubungan rapatnya dengan "Penyakit-penyakit hati" yang membawa kepada berbagai dosa besar yang tidak disedari. 


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

“Sebahagian Ulama menyimpulkan beberapa bahaya mengungkit-ungkit sedekah iaitu:              

Pertama, mengurangi pahala atau bahkan membatalkannya.  Kedua, termasuk akhlaq yang buruk.                                                                                                                                                                              Ketiga, ancaman keras bagi pelakunya.  Keempat, menyusahkan dan menyakiti bagi pelakunya.  Kelima, menyebabkan Kemurkaan Allah Ta'ala.  Keenam, sifat itu menyerupai sifat orang yang munafiq.”

[Al-Zawaajir]

Bersambung siri 312     اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Thursday, October 19, 2023

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 310)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 41:

Suka kepada orang fasiq

sambungan.....


(7) Memulai suatu tradisi buruk yang akibatkan dosa berterusan akan menjadikannya dosa besar dan kefasikan.  Misalnya mendirikan pentas bertujuan mengadakan majlis-majlis mungkar.  Orang yang mendirikan pentas akan mendapat saham dosa berterusan selama pentas tersebut digunakan untuk kemaksiatan.  Atau seseorang menulis suatu risalah, buku, majalah atau lainnya yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka ianya menjadi dosa jariah yang berterusan dosanya sampai dalam kuburnya.


(8) Ketua atau Pemimpin yang menjadi ikutan orang ramai melakukan dosa terang-terangan akan menjadikannya dosa besar,  seperti memakai seluar pendek di khalayak umum atau berambut panjang seperti wanita atau menghampiri Pemerintah untuk mendapat habuan dunia...semua ini adalah perbuatan fasiq.  


(9) Setiap orang kafir adalah fasiq tetapi tidaklah semua orang yang fasiq itu menjadi kafir, walaupun tidak dinafikan orang yang fasiq itu selangkah lagi untuk masuk kepada kekafiran.


(10) Orang fasiq berbeza dari kafir atau Sesat Aqidah.  Orang fasiq yang masih berpegang kepada Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah yang benar (tulen) serta benar-benar meyakini akan kebenarannya adalah orang beriman dan dia termasuk juga di kalangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen). 


(11) Orang fasiq dilarang menjadi Wali nikah atau Saksi di dalam pengadilan.



Dalil-dalil larangan:

=================


Dalil1 :  Firman Allah:


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka (jika kamu berbuat demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.  Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

[Hud (11) ; Ayat 113]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka."

[Tafsir Ibn Abbas]



Dalil 2 :  Rasulullah  ﷺ bersabda:

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu.  Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.”

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya.  Ini kerana Nabi ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”  Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]



Dalil 3 :  Kaedah Fiqh


Kaedah Fiqh menyebut:   Ar-ridha bil fisqi fisqun (Redha dengan kefasikan adalah kefasikan). Kaedah ini disepakati oleh sekalian Ulama.

[Imam Fakhruddin Ar-Razi, Tafsir A-Kabir]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Menyukai kefasikan sama seperti melakukan kefasikan.  Demikian membenci orang soleh.  Kedua-duanya dosa besar."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 311 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 309)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 41:

Suka kepada orang fasiq

======================


Definisi

=======


Menurut bahasa:

Fasiq ( فَسَقَ)  berasal dari kata   فَسَقَ – يَفْسُقُ – فُسُوْقًا  yang membawa erti keluar, langgar sumpah, engkar perjanjian, keluar dari sesuatu keadaan kepada keadaan lain, menyimpang dari jalan lurus, keluar dari keta'atan, melanggar peraturan, ma'siat


Menurut istilah:

Diringkas dan dirumus maknanya : Fasiq adalah perbuatan engkar kepada Perintah Allah, melakukan dosa besar atau mengekalkan perbuatan dosa kecil tanpa Taubat.  


Suka kepada orang fasiq bermaksud:

Perasaan gembira terhadap orang yang berbuat maksiat, kemungkaran atau kekejian.  Tiada sedikitpun perasaan takut kepada Allah di atas perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang fasiq.



Penjelasan:

==========


Berikut beberapa perkara penting yang wajib diketahui berhubung dengan istilah fasiq dan yang berkaitan dosa besar dan dosa kecil:


(1) Orang fasiq adalah orang yang melakukan dosa besar walaupun sekali saja  (seperti tinggalkan solat, tinggalkan puasa Ramadhan, enggan bayar zakat, derhaka kepada Ibu bapa, derhaka kepada Mursyid yang Siddiq, melakukan zina, minum arak, judi, tenung nasib, makan riba', makan harta anak yatim secara batil, merampas hak Muslim lain, menipu daya, membuat fitnah, mengumpat, caci maki, membunuh jiwa tanpa haq, menyeru kepada kejahatan, lari dari medan Jihad, melakukan syirik khafi — Tawakkal pada makhluq, Ujub, Riya', Sum'ah, Takabbur ...  bahkan banyak lagi.


(2) Melakukan dosa kecil berterusan tanpa penyesalan dan tanpa Taubat yang sungguh-sungguh juga termasuk fasiq kerana ia berubah menjadi dosa besar.  Apabila seseorang yang telah berdosa melakukan Taubat Nasuha (taubat sungguh-sungguh menepati 7 syarat taubat), tetapi pada zaman kemudian dia ulangi kerana tuntutan hawa nafsunya di luar kawalan dirinya, maka ini adalah dosa baru yang memerlukan Taubat Nasuha yang baru.


(3) Meremehkan dosa kecil adalah dosa besar.  Seperti katanya:  

" Tak apa kamu melakukan hal itu kerana ianya cuma dosa kecil ".   Ungkapan ini menjadi dosa besar kerana dia memandang ringan keengkaran kepada Allah.


(4) Berani terhadap Allah / tidak sedikit pun takut ketika melakukan dosa kecil akan menyebabkan nya menjadi dosa besar.  Orang ini tidak mempunyai sifat _khauf_ (takut), dia hanya semata-mata roja' (harap) Rahmat Allah tanpa sedikit pun takut pada Allah.  Maka dia binasa dengan sangkaan dia.


(5) Melakukan dosa kecil terang-terangan tanpa malu akan membawa kepada dosa besar. Seperti  wanita yang dedahkan auratnya tanpa sedikitpun malu atau takut.  Memakai pakai ketat atau lutsinar sehingga nampak bentuk tubuh seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita zaman ini adalah termasuk di dalam istilah "dedahkan 'aurat yang menjadikan fasiq yang amat berat dosanya.


(6) Menganjurkan majlis mungkar (seperti majlis tari menari campur lelaki wanita  atau majlis nyanyian wanita di hadapan lelaki ajnabi) adalah termasuk dosa besar yang membawa kepada kefasikan.


Bersambung siri 310 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, October 17, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 308)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 40:

Menakut-nakuti orang Islam

sambungan.......



Contoh 2: Pemerintah Islam menakut-nakuti Ulama Pewaris Nabi yang siddiq dan orang beriman


Pada hayat Rasulullah ﷺ, golongan yang benar-benar menentang Baginda adalah golongan kafir Quraisy, Yahudi dan Nasrani.  Mereka menakut-nakuti orang-orang beriman dengan berbagai ancaman. 


Pada zaman-zaman kemudiannya golongan yang menjadi ancaman kepada Ummat Islam yang benar-benar beriman  bukan sahaja terdiri dari golongan kafir, tetapi yang lebih dekat adalah orang Islam sendiri, terutama orang-orang memegang kuasa pemerintahan. 


Pemerintah-pemerintah fasiq menakut-nakuti Ulama Ahlus Sunnah dengan penjara dan penyiksaan.  Mana-mana Ulama Ahlus Sunnah yang enggan berikan fatwa menurut kehendak nafsu pemerintah diancam dengan hukuman-hukuman berat.  Orang yang sampaikan kebenaran diugut dengan penangkapan dan penjara.


Catitan penting:

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ulama Mu'tabar,  "kebenaran" dan "Agama yang lurus"  adalah Ahlus Sunnah yang dipimpin oleh Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.  Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang benar inilah dikenali sebagai Ahli Sufi atau Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin.  Mereka sentiasa di dalam Pimpinan Allah  dan Rasul-Nya. Dengan pengkhususan ini, ulama politik, ulama as-su, ulama dunia yang menjual Agama demi kepentingan nafsu bukanlah "ulama Pewaris Nabi" dan tidak termasuk di dalam kelompok Ahlus Sunnah sebaliknya mereka adalah pendusta dan perosak Agama.



Contoh 3: Ahli politik menakut-nakuti Ummat dengan virus  buatan


Barangkali inilah pembohongan paling besar bertujuan menakut-nakuti orang Islam seluruh dunia. Yahudi telah merancang dengan begitu halus sehingga pemimpin politik jatuh ke perangkap mereka. AJK masjid, pengerusi Masjid, Menteri Agama, Pegawai Agama dan lain-lain dikerah untuk mempertahankan pembohongan yang direka oleh Yahudi. 


Tiga tahun Ummat Islam hidup di dalam ketakutan.  Perniagaan ditutup kononnya untuk elakkan penyebaran kuman.  Masjid- masjid ditutup dengan alasan ia menjadi tempat penyebaran penyakit.  Wa Iyazubillah.  


Semua pihak yang terlibat di dalam perancangan jahat Kafir dan munafiq untuk menakut-nakuti orang Islam akan menanggung dosa subahat.... sama ada dia Raja atau Sultan atau  Perdana Menteri atau menteri-menteri atau lain-lain yang memegang kuasa.


Bersambung siri 309 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 307)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 40:

Menakut-nakuti orang Islam

sambungan.......



Contoh-contoh

=============


Contoh 1: Khawarij (Wahhabiyyah) mengancam Ummat Islam

Mereka ini mengaku Islam, mengaku percaya kepada Allah dan Rasul, rajin beribadah, rajin puasa sunnat, sebahagian dari mereka hafal Qur'an dan Hadith, ada yang jadi ustad, ustazah, petah bersyarah berkenaan Agama, mereka menyombong diri dengan sangkaan ibadah mereka lebih baik dari dari Ummat Islam lain, tetapi malang mereka terkeluar dari Agama.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Apakah yang menyebabkan Golongan Khawarij (wahhabiyyah) yang mengaku Muslim dan tekun beribadah keluar dari Agama?  Mengapakah mereka terkeluar dari Islam walaupun mereka petah bercakap berkenaan Al-Qur'an dan mengaku beribadah lebih dari orang lain?


Ini kerana Khawarij (Wahhabiyyah) ini tertipu dengan bisikan Syaitan.  Syaitan menjadi pemimpin mereka, membisikkan kebatilan sehingga mereka berani menentang dan menghina Rasulullah ﷺ dan pada zaman-zaman berikutnya menentang dan menghina Ulama Warisatul Anbiya'.  Mereka berlagak seperti orang yang hebat di dalam Agama sehingga menuduh Ummat Islam sebagai kafir, pembuat bid'ah sesat, pembuat khurafat dan penyembah kubur dan lain-lain sepertinya. 


Permulaan penentangan dan penghinaan ini adalah daripada orang Islam bernama Zul Khuwaishirah mengherdik dan menghina Rasulullah ﷺ dengan kata-kata biadab sehingga Sayyidina Umar mohon izin kepada Rasulullah ﷺ untuk menebas lehernya.  Namun Rasulullah ﷺ melarang Sayyidina Umar berbuat demikian kerana bimbang orang kafir akan menggunakannya sebagai alasan untuk menuduh Baginda membunuh pengikutnya sendiri. 


Kemudian pada zaman Pemerintahan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, mereka mengganas lagi dengan menuduh Sayyidina Ali dan pendokong-pendokong beliau (Ahlus Sunnah) sebagai kafir.


Kemudian pada abad ke-12 Hijriyyah bangkit orang bernama Muhammad ibn Abdul Wahhab, memerangi siapa sahaja yang tidak menganut fahaman Wahhabiyyah sebagai kafir.  Ibnu Abdul Wahhab dan pengikut-pengikut dia menakut-nakutkan Ummat Islam dengan pedang dan pembunuhan.  Bahkan sebahagian Ummat Islam sememangnya menjadi korban pedang manusia durjana  ini. 


Pada zaman sekarang Wahhabiyyah mengancam Ummat Islam dengan berbagai tuduhan yang keji.  Mereka menuduh Ummat Islam (Ahlus Sunnah) sebagai penyembah kubur, pembuat bid'ah sesat dan khurafat.  Mereka menuduh Sambutan Maulid Nabi sebagai bid'ah sesat.  Mereka menuduh amalan ziarah kubur, tawassul, tasawwuf, Toriqat Rasulullah ﷺ sebagai bid'ah sesat. 


Adakah mereka ini insaf dan bertaubat?

Tidak! Khawarij (Wahhabiyyah) akan terus-menerus melakukan kekacauan dan menakut-nakuti Ummat Islam dengan berbagai tuduhan jahat kerana pada hakikatnya Khawarij (Wahhabiyyah) adalah pengikut-pengikut Iblis.


Demikianlah sejarah golongan Khawarij (wahhabiyyah) sentiasa melakukan kekacauan dan menakut-nakuti Ummat Islam dengan pedang dan berbagai tuduhan kafir dan sesat. 


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Akan muncul sekelompok manusia dari arah timur, yang membaca Al-Qur'an, tapi tidak melewati tenggorokan mereka. Setiap kali generasi mereka putus, muncul generasi berikutnya hingga generasi akhir mereka akan bersama Dajjal," 

[Imam At-Thabrani]


Bersambung siri 308 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Saturday, October 14, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 306)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 40:

Menakut-nakuti orang Islam

sambungan.......



Dalil-dalil larangan

===============


Dalil 1 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Janganlah seseorang di antara kamu mengacukan senjata kepada saudaranya kerana sesungguhnya kamu tidak tahu boleh jadi syaitan merenggut (nyawanya) melalui tangannya sehingga mengakibatkannya masuk ke jurang api neraka.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Dalil 2 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Barangsiapa mengacukan senjata tajam kepada saudaranya, maka para malaikat akan melaknatnya sampai dia meninggalkan perbuatan tersebut, walaupun saudara tersebut adalah saudara kandung se bapak dan se ibu.” 

[Imam Muslim]



Dalil 3 : Rasulullah ﷺ  bersabda: 

"Jangan kamu menakut-nakuti seorang Muslim kerana tindakan menakut-nakuti seorang Muslim adalah sebuah kezaliman besar."

[Imam At-Thabarani]



Dalil 4 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti muslim yang lain.” 

[Imam Abu Dawud]



Dalil 5 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah, tidak beriman. “Sahabat bertanya, “Siapa wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Yang tetangganya tidak aman dari keburukannya” 

[Imam Bukhari]



Dalil 6 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Tidak masuk Syurga orang yang tetangganya tidak aman dari keburukannya.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad]



Dalil 7 : Sabda Rasulullah ﷺ:

“Yang disebut dengan Muslim sejati adalah orang yang selamat orang muslim lainnya dari lisan dan tangannya.”  

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Dalil 8 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Tidak masuk Syurga orang yang tetangganya tidak aman dari keburukannya” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad]



Dalil 9 : Sabda Rasulullah ﷺ:

“Seorang mu’min yang sempurna adalah orang yang manusia merasa aman darah mereka dan harta mereka dari gangguannya.”

[Imam At-Tirmizi]



Dalil 10 : Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tidak boleh seorang dari kamu mengambil barang saudaranya, baik bergurau maupun serius.” 

[Imam Abu Dawud]


Bersambung siri 307 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

    🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 305)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 40:

Menakut-nakuti orang Islam

=====================



Definisi menakut-nakuti (  ‌يُرَوِّعَ )

========================


Dari segi bahasa:

Ungkapan " ‌يُرَوِّعَ  "  berasal dari kata  ( رَوَّعَ - يُرَوِّعُ) yang membawa maksud menakut-nakuti, menggemparkan, mengancam, mengugut, menjadikan kegelisahan, kebimbangan


Dari segi istilah:

Seseorang melakukan tindakan mengancam nyawa seorang Muslim atau ugut untuk menyiksanya atau ugut untuk menodai kehormatannya atau ugut untuk merampas harta bendanya, melalui ucapan lisan atau dengan menggunakan senjata atau cara-cara lain sehingga orang Islam tersebut hidup di dalam ketakutan, sama ada ia dilakukan dengan sungguh-sungguh atau sekadar gurauan. 




Penjelasan:

==========


(1) Sekalian Ummat sudah memahami bahawa hukum menumpahkan darah, meragut kehormatan dan harta benda seseorang Muslim adalah haram berdosa besar.   


(2) Menakut-nakuti (mengancam) nyawa seseorang Muslim atau mengancam untuk menyakitinya atau mengancam untuk merampas hak-haknya juga haram dan berdosa besar.  Maksudnya:  Bukan saja perbuatan merampas hak seorang Muslim itu haram dan berdosa besar tetapi  "menakut-nakutinya" juga haram dan berdosa besar.


(3) Menakut-nakuti (mengancam) seseorang Muslim secara gurauan juga haram.  Isyarat Rasulullah dalam Hadith Baginda  "walaupun orang yang mengancam itu saudaranya sendiri" menunjukkan hal ini. 


(4) Menakut-nakuti Pandakwah Muslim dengan berbagai hukuman berat (seperti mengancam untuk menangkap dan memenjarakannya) adalah termasuk di dalam pengertian "menakut-nakuti" orang Islam.


(6) Menakut-nakuti orang Islam dengan virus PALSU dan sistem Vaksinasi palsu (seperti yang berlaku pada akhir zaman ini) adalah jelas haram dan berdosa besar.  Mana-mana pihak yang subahat di dalam perbuatan ini sama ada dia Pemerintah (raja, sultan, perdana menteri, menteri besar atau lainnya) atau Penguasa Keselamatan (polis, tentera dan lain-lain), atau Penguasa Agama (mufti, qadhi) atau pakar-pakar Perubatan (doktor, jururawat dan lain-lain) akan menanggung dosa subahat dan menyebarkan ketakutan. 


(7) Di antara tanda-tanda Mukmin adalah sentiasa kasih sayang kepada saudaranya ; sama ada saudaranya sendiri dan kaum Muslimin seluruhnya.  Maka tak mungkin dia bersifat memusuhi, menyakiti atau mengancam kaum Muslimin.  Hanya orang kafir dan munafiq sahaja yang memusuhi dan mengancam orang beriman.


(8) Punca seseorang berani melakukan perbuatan  menakut-nakuti orang Islam lain adalah kerana wujudnya penyakit hati yang amat serius, iaitu Takabbur, bongkak, rasa diri hebat atau rasa diri mempunyai kekuatan. 


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:

“Hadith ini (Hadith berkenaan dosa besar menakut-nakuti seseorang Muslim)  menegaskan kehormatan seorang Muslim, keharaman yang sangat keras ( والنهي الشديد ) untuk menakuti dan mengancamnya serta menunjukkan sikap yang menyakitinya.  Ungkapan Rasulullah :  " sekalipun dia adalah saudaranya se ayah dan se ibu"   ini menunjukkan kekerasan larangan dan keluasan larangan tersebut terhadap siapa pun baik dia yang dituduh maupun yang tidak dituduh, dan sama saja bentuk ancaman tersebut, sama ada yang bersifat gurauan atau main-main atau serius.  Sebabnya tindakan menakut-nakuti seorang Muslim haram dalam segala keadaan dan yang demikian itu didahului senjata sebagaimana riwayat lain.  Laknat malaikat atas tindakan tersebut menunjukkan keharaman,” 

[Syarah Sahih Muslim]


Bersambung siri 306 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

    🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, October 10, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 304)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 39:

Puji makhluq tanpa haq

sambungan.......



Rawatan dan Penjagaan

==================


(1) Sebelum memuji seseorang teliti terlebih dahulu sama ada orang berkenaan benar-benar layak dipuji.  Dan apabila memujinya jangan berlebih-lebihan.


(2) Setiap kali puji seseorang, pastikan ianya semata-mata kerana Allah dan bukan kerana suatu kehendak bersifat duniawi.  Jauhi semua bentuk riya', pura-pura atau bertujuan mengampu atau lain-lain yang membawa kepada syirik (syirik khafi).


(3) Orang yang menerima pujian perlu lebih waspada agar mereka tidak menjadi megah, 'ujub, takabbur atau lainnya yang membawa kepada syirik (syirik khafi).  Dan juga mohon perlindungan Allah dari semua macam musibah akibat pujian orang kepadanya, khususnya penyakit Al- 'Ain. 


(4) Cara-cara melindung diri dari terkena penyakit Al-'Ain:


Pertama : Untuk diri sendiri lazimkan membaca doa perlindungan:

Baca surah-surah berikut, tiup pada tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh.


Surah Al-Fatihah  1x

Surah Ikhlas          3x

Surah Al-Falaq      1x

Surah An-Nas        1x

ayat Kursi               7x



Kedua: Untuk anak-anak kecil baca doa perlindungan dan tiup kepada anak-anak kecil:


 أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ


Hadith Rasulullah ﷺ:

Baginda mendoakan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain Radhiallahu anhu (sewaktu mereka kecil) dengan doa:

 أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

“Aku meminta perlindungan untuk kalian dengan Kalimat Allah yang sempurna, dari gangguan syaitan dan racun, dan gangguan  ‘ain yang buruk”.  Lalu Nabi bersabda: “Dahulu ayah kalian (Nabi Ibrahim) meruqyah Ismail dan Ishaq dengan doa ini”

[Imam Abu Dawud]



Ketiga : Jika sudah terkena Al-Ain, mandikan pesakit Al-Ain dengan air wudhu (atau air mandian) orang yang menyebabkan Al-Ain


Rasulullah ﷺ. bersabda:

Sesungguhnya penyakit ‘ain itu benar adanya, maka berwudhu' lah untuknya!”.  ‘Amir bin Rabi’ah (yang menjadi asbab terkena penyakit Al-'Ain kepada Sahl bin Hunaif) lalu berwudhu' untuk disiramkan bekas wudhu' nya kepada Sahl. Maka Sahl pun sembuh (dari penyakit 'Ain) lalu berjalan bersama Rasulullah ﷺ.” 

[Imam Malik]



Keempat : Jika tidak diketahui orang yang menyebabkan Al-Ain, Ruqyahkan dia dengan ayat Qur'an dan Zikir


Hadith Rasulullah ﷺ: 

Dari Ummu Salamah  Radhiallahu anha berkata: “Rasulullah ﷺ  pernah melihat seorang anak perempuan di rumah Ummu Salamah yang pada wajahnya ada kehitam-hitaman.  Baginda pun berkata, ‘Ruqyahlah dia, kerana dia tertimpa ‘ain’.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Kelima: Apabila kamu memuji orang lain, pastikan ia berserta Tauhid (kembalikan pujian itu kepada Allah) dan doakan keselamatan untuknya


Rasulullah   bersabda:

“jika salah seorang dari kalian melihat pada diri saudaranya suatu hal yang menakjubkan maka doakanlah keberkatan baginya, karena ‘ain itu benar adanya” 

[Imam An-Nasai]



 Keenam : Kembalikan pujian kepada Allah jika menerima pujian manusia:


Doa Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu:

Ketika menerima pujian manusia, Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu baca doa berikut:

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka." 

[Imam Al Baihaqi]



Ketujuh: Jumpa Ahli Ma'rifat untuk ruqyahkan

Pesakit yang menderita Al-Ain yang tak sembuh-sembuh setelah ikhtar bermacam cara, perlu jumpa Ahli Ma'rifat dan ambil air Penawar dari mereka."


Bersambung siri 305 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 303)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 39:

Puji makhluq tanpa haq

sambungan.......



Pengecualian:

Pujian yang harus dan Sunnat:

======================


Sebagaimana kami katakan pada awal tajuk ini, pujian makhluq kepada makhluq tidaklah semuanya haram.  Sebahagiannya harus, bahkan ada yang sunnat.


Pujian yang harus:

_______________

Pujian yang harus adalah pujian seorang kepada seseorang yang lain dengan yang berserta Tauhid di dalamnya.  Ertinya ketika kamu memuji seseorang,  wajib atas kamu i'tiqad bahawa sekalian pujian itu kembali kepada Allah kerana Dia Maha Kuasa Mengurniakan kelebihan-kelebihan pada makhluq.  Apa sahaja keistimewaan yang ada pada makhluq adalah Kurniaan Allah dan bukan milik mutlaq orang yang dipuji. 


Sebaliknya pujian kepada makhluq tanpa sandarkan kelebihan itu kepada Allah, maka jadilah syirik (syirik khafi) yang mengakibatkan berbagai dosa besar sebagaimana sudah dijelaskan.


Sementara itu orang yang dipuji mempunyai tanggungjawab menjaga hati daripada jatuh kepada kesyirikan (syirik khafi), iaitu jauhkan daripada 'ujub, 'riya, atau besarkan diri. 


Berkata Imam al-Nawawi Radhiallahu anhu:

"Dan pada hadith ini (Hadith pujian Malaikat penjaga pintu langit kepada Rasulullah ﷺ ketika peristiwa Mi'raj),  terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman dari perasaan ‘ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah."

[Syarah Sahih Muslim]



Pujian yang sunnat

___________________

Pujian yang sunnat adalah Memuji-muji Rasulullah ﷺ atau para Auliya Allah yang telah masyhur nama mereka di kalangan Ahlus Sunnah dan orang mu'min sejati.  Contoh-contoh pujian yang disunnatkan ini amat banyak di dalam Hadith Rasulullah ﷺ yang menyebut berkenaan pujian Rasulullah ﷺ kepada Sahabat-sahabat Baginda.


Hadith-hadith tersebut menjadi dasar bagi memuji-muji sekalian Auliya Allah yang ternama seperti Imam Ja'afar Siddiq, Imam Hasan Al-Basri, Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Ma'ruf Al-Karhi, Imam Musa Kazim,  Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Abu Yazid Al-Bustami,  Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Asy-Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Rofie, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Abdullah Al-Haddad, Imam Al-Haythami... ringkasnya sekalian Ahli Silsilah Pewaris Nabi yang Siddiq adalah mereka itu semuanya kekasih Allah yang disunnatkan memuji mereka, itba'  kepada Sunnah Rasulullah ﷺ memuji-muji para Sahabat Ridhwanullah. 


Mereka adalah hamba-hamba Allah yang telah diangkat oleh Allah ke Maqam Quddus (maqam kesucian).  Mereka menghadap Allah pada setiap waktu, maka tidaklah wujud pada diri mereka sedikitpun dari syirik (syirik khafi), kesombongan atau kebanggaan.  Semua sifat-sifat kekejian telah musnah.  Pada mereka pujian manusia atau kutukan manusia sama sahaja, mereka tidak meninggi diri kerana pujian dan tidak kebimbangan ketika dilemparkan kutukan.


Namun kesan pujian atau kejian akan dituai oleh orang yang memuji atau mengeji.  Barangsiapa memuji mereka (Auliya Allah), maka pujian itu mendatangkan kebaikan bagi orang yang memuji, dan sebaliknya barangsiapa mengeji atau memusuhi mereka, maka orang yang menentang ini menjadi musuh Allah.  


Hadith Qudsi :

Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman :

"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 304 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Thursday, October 05, 2023

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 302)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 39:

Puji makhluq tanpa haq

sambungan.......



Contoh 4:

Seorang ibu memuji-muji anaknya yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaannya sebagai "anak yang bijak", "anak yang hebat", "anak pintar" dan sebagainya tetapi lupa kepada Allah dan tidak menyandarkan kejayaan anaknya kepada Allah, maka ini adalah pujian yang mengandungi kesyirikan (syirik khafi).


Contoh 5:

Seorang penuntut Universiti mencatat rekod dunia sebagai saintis terkemuka dunia, lalu seluruh ummat memuji-muji kepandaiannya sebagai manusia hebat dan cemerlang tetapi mereka tidak ingat kepada Allah Yang Mengurniakan kecemerlangan, maka masuklah mereka kepada kesyirikan (syirik khafi) tanpa mereka sedari. 



Contoh 6:

Memuji-muji pemimpin yang berjaya membawa negara kepada kecemerlangan tanpa menghubungkannya kepada Kurnia Allah, maka ini jelas kesyirikan (syirik khafi) dan kekufuran (kufur Ni'mat).



Contoh 7:

Ketika berkunjung ke rumah sanak saudara yang baru melahirkan anak, para pengunjung terpesona melihat bayi  lalu berkata:

"comelnya anak ini...."

"wah cantiknya baby ini...."

"matanya bulat menarik..."

"kulit putih melepak..."

dan berbagai ucapan takjub melihatnya.


Pujian-pujian kepada anak tersebut dilontarkan tanpa sandarkannya kepada Allah. Mereka takjub dengan keindahan makhluq tetapi lupa kepada Yang Maha Menciptakan keindahan.  Inilah makna pujian kepada makhluq tanpa Tauhid, maka ucapan-ucapan seperti ini mengandungi kesyirikan.  Akibat paling buruk dan bahaya paling besar kepada bayi yang dipuji dengan kesyirikan ini adalah penyakit al-'Ain (penyakit terkena pandangan mata jahat). 


Penjelasan ringkas Penyakit al-'Ain:

________________


Penyakit al-'Ain disebut sebagai penyakit "terkena pandangan mata jahat."   Mengapa dikatakan "pandangan mata jahat"?


Pujian tanpa Tauhid berserta ini dikatakan sebagai "pandangan mata jahat" kerana penyakit ini terhasil dari pandangan yang mengandungi kesyirikan. Meskipun orang yang memandang dan memuji itu tidak ada niat jahat tetapi perlakuan tersebut berlawanan dengan Tauhid, iaitu kesyirikan (syirik khafi) maka ianya termasuk jahat dan buruk. 


Kanak-kanak yang terkena penyakit al-'Ain ini akan mengalami berbagai komplikasi kesihatan, di antaranya : demam panas, sawan, menangis tak berhenti, badannya lemah dan timbul berbagai penyakit kulit.  


Jika anak yang terkena penyakit al-'Ain tidak dirawat segera, kesannya akan berpanjangan sampai dia dewasa dan menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti bipolar, skizo, stress, kemarahan melampau, sesak nafas, asthma, cancer, dan berbagai penyakit kulit. 


Apabila dihalusi semua akibat buruk yang tersebut adalah sama seperti mereka yang terkena gangguan jinn syaitan, saka atau sihir.  Ini bermakna yang sebenarnya penyakit al-'Ain mempunyai hubungan dengan pengaruh jinn syaitan.  Pandangan mata jahat manusia (kesyirikan) dijadikan panah beracun yang ditimpakan oleh syaitan ke atas orang yang dipuji dengan kesyirikan. Wal Iyazubillah.


 Rasulullah  ﷺ bersabda:


 الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ


 “Al-Ain itu benar-benar wujud.  Jika ada sesuatu yang boleh mendahului Taqdir, nescaya al-‘ain akan mendahuluinya” 

[Imam Muslim]


Nota:

"Penjelasan lanjut bagaimana Syaitan mempunyai peranan di dalam penyakit al-'Ain dan cara-cara rawatan dan penjagaan akan dijelaskan pada bahagian akhir. In Shaa Allah."


Bersambung siri 303 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 301)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 39:

Puji makhluq tanpa haq

sambungan.......



Contoh-Contoh

============


Contoh 1:

Memuji Pemimpin zalim, fasiq atau kafir, seperti katanya : "engkau orang mulia" atau "engkau pemerintah hebat" atau "engkau pemurah", "moga engkau panjang umur" dan lain-lain sepertinya adalah bentuk pujian yang dilarang keras kerana berlaku subahat kepada kezaliman, kefasikan atau kekafiran.  Telah terdahulu huraian kami berkenaan "Larangan subahat kepada kemungkaran".   Dengan ini barangsiapa memuji orang zalim, fasiq atau kafir maka dia telah menyokong perbuatan mungkar,  layak baginya siksaan Allah. 


Sabda Rasulullah ﷺ

"Sesungguhnya Allah Ta'ala Murka apabila orang fasiq dipuji".

[Imam Bayhaqi]


Berkata Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu anhu:

"Barangsiapa berdoa untuk orang zalim, dengan panjang umurnya, maka sesungguhnya dia menyukai orang zalim itu berbuat ma'siat kepada Allah."

[Ihya Ulumuddin]



Contoh 2:

Memuji seseorang kiyai atau muallim atau ustaz dengan pujian yang berlebihan seperti katanya : "engkau orang alim, tiada lagi orang alim seperti engkau di negeri ini" sedangkan pujian tersebut tak layak bagi orang yang dipuji.  Ucapan pujian itu semata-mata kerana riya' seolah-olah dirinya pandai menilai orang alim. Atau dia mempunyai niat-niat yang lain bertujuan menjilat.


Pujian tidak haq ini membawa kepada beberapa dosa besar yang lain iaitu : riya', dusta, kesaksian palsu, bersifat munafiq dan rosak Tauhidnya.  


Muallim atau kiyai atau ustaz yang menerima pujian akan terbuai di dalam pujian, maka terjadi pada dirinya berbagai penyakit 'ujub, takabbur dan rosak Tauhidnya.  


Sebagaimana kami katakan, di dalam hal ini kedua-dua pihak ; yang memuji dan yang dipuji akan sama-sama rosak Tauhid dan ibadahnya.  Isyarat Rasulullah  ﷺ di dalam hadith Baginda:


Sabda Rasulullah  ﷺ:

“Celaka engkau, engkau telah memotong leher saudaramu! Celaka engkau, engkau telah memotong leher saudaramu!” Nabi mengulanginya beberapa kali.

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


 Contoh 3:

Di dalam pemerintahan negara, pegawai bawahan memuji-muji ketua mereka semata-mata bertujuan mendapatkan habuan dunia, pangkat dan kedudukan.  Mereka ini samalah seperti yang disebut pada contoh2 di atas, zahirnya kelihatan berbuat baik, berjinak-jinak dan memuji-muji tetapi pujian tersebut mengandungi racun kesyirikan.    


Hal ini bukan cerita kosong tetapi benar-benar telah berlaku dan sedang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin politik. 


Sejak zaman Pemerintahan Mulkan Addhan, (selepas tamatnya Pemerintahan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah) pemimpin-pemimpin yang zalim dan fasiq memerintah  dikelilingi oleh pegawai-pegawai pengampu yang menagih pangkat dan kedudukan.  Tidak ketinggalan di dalamnya orang-orang berpakaian "ulama as-su, qadhi, mufti"  menjadi penjilat kepada pemerintah untuk terus mendapat tempat di hati khalifah.


Pada zaman ini kerja-kerja mengampu, menjilat, bermuka-muka di kalangan ahli-ahli politik berparti politik tetap bersambung, sama ada parti politik yang "mempergunakan nama Islam" atau parti politik lainnya.


Bersambung siri 302 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Wednesday, October 04, 2023

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 300)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 39:

Puji Makhluq Tanpa Haq

sambungan.......



Dalil 2: Hadith Rasulullah ﷺ


 Rasulullah ﷺ  bersabda,

“Jika kamu melihat seseorang yang terlalu suka memuji maka lemparkanlah pasir di hadapan muka mereka”, 

[Imam Muslim]


Dalil 3: Hadith Rasulullah ﷺ

"Seorang lelaki berdiri memuji salah seorang Gabenor, lalu Miqdad ibnu Aswad melemparkan pasir ke wajahnya dan berkata: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah  ﷺ  untuk melemparkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” 

[Imam Muslim]


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu :

"Sebahagan Ulama mengamalkan Hadith tersebut menurut teksnya, iaitu jika ada yang memuji depan wajahnya, maka mereka melemparkan debu (pasir) ke mukanya sesuai dengan hakikat Hadith tersebut.  Sedangkan Ulama lain memberi makna Hadith "melemparkan pasir" bahawa pujian tersebut di tolak.  Pendapat lain mengatakan :  Jika kamu dipuji, maka ingatlah kamu berasal dari tanah maka bersifatlah dengan tawadhu’ dan jangan merasa 'ujub.  Namun tafsiran terakhir itu lemah.

[Syarah Sahih Muslim]



Dalil 4 : Rasulullah ﷺ. bersabda:

Sesungguhnya penyakit ‘ain itu benar adanya, maka berwudhu' lah untuknya!”.  ‘Amir bin Rabi’ah (yang menjadi asbab terkena penyakit Al-'Ain kepada Sahl bin Hunaif) lalu berwudhu' untuk disiramkan bekas wudhu'nya kepada Sahl. Maka Sahl pun sembuh (dari penyakit 'Ain) lalu berjalan bersama Rasulullah ﷺ.” 

[Imam Malik]


Dalil 5 : Hadith Rasulullah ﷺ:

“ Rasulullah ﷺ memerintahkan Amir untuk berwudhu.  Lalu Amir membasuh wajah dan kedua tangannya hingga sikunya, dan membasuh kedua lututnya dan bagian dalam sarungnya.  Lalu Nabi memerintahkannya untuk menyiramkannya kepada Sahl” 

[Imam Ibn Majah]


Kisah ringkasnya:

Amir bin Rabi’ah memuji tubuh Sahl bin Hunaif yang sedang mandi dengan kata-kata memuji tubuh Sahl:

"Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita pingitan.” 


Kemudian Sahl terus jatuh terbaring dan sakit. 


Apabila sampai berita ini kepada Rasulullah ﷺ, maka Baginda perintahkan Amir untuk berwudhu,   mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya, lalu disiramkan kepada Sahl,


Maksud di sini:

Memuji seseorang tanpa Tauhid berserta pujian tersebut (tidak menyandarkan Pujian tersebut kepada Allah), maka adalah perbuatan ini adalah Syirik halus (Syirik tersembunyi), yang boleh menjadi asbab terkena penyakit Al-Ain kepada orang yang dipuji. 


Bersambung siri 301 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 299)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 39:

Puji Makhluq Tanpa Haq

sambungan.......



Dalil-Dalil

=========


Dalil Larangan memuji seseorang atau makhluq lain tanpa Tauhid menyertainya atau memuji berlebihan yang tidak layak bagi yang dipuji atau memuji dengan tujuan-tujuan menuntut habuan dunia, atau kerana riya', takabbur dan lainnya yang merosakkan hati. 


Dalil 1 : Hadith Rasulullah  ﷺ:

“Ada seseorang yang memuji orang lain di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Celaka kamu, kamu telah memenggal leher sahabatmu, kamu telah memenggal leher sahabatmu.”  Kalimat ini diucapkan oleh Baginda berulang kali, kemudian Baginda bersabda, 

“Siapa saja di antara kamu yang tidak boleh tidak harus memuji saudaranya, hendaklah dia mengucapkan, “Aku mengira si fulan (itu demikian), dan Allah-lah yang lebih tahu secara pasti kenyataan sesungguhnya, dan aku tidak memberikan pujian ini secara pasti, aku mengira dia begini dan begitu keadaannya”, jika dia mengetahui dengan yakin tentang diri saudara yang dipujinya”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Syarah Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Bahaya (pujian) tersebut berjalan kepada pujian dengan sifat-sifat mutlaq, yang dikenal dengan dalil-dalill.  Seperti katanya: "dia itu orang taqwa, wara', zuhud dsb".   Ada pun apabila dia mengatakan: "aku melihatnya mengerjakan solat di malam hari, bersedekah dan mengerjakan haji, maka ini adalah hal-hal yang diyakini.  Di antara yang demikian katanya:  "Orang itu adil dan menyenangkan", maka hal ini tersembunyi, maka tidak sayugia menetapkan perkara itu padanya, kecuali percubaan yang mendalam."

[Ihya Ulumuddin]


Penjelasan tambahan:

(1) Maksud Imam Ghazali adalah : "Larangan pujian kepada seseorang adalah ketika dia tidak pasti sama ada orang itu benar-benar layak dipuji, maka pada saat itu diam adalah lebih utama dan lebih selamat.   Jika dia (orang yang memuji itu ) pasti, berdasarkan pengalamannya bersama dengan orang yang dipuji itu, maka haruslah dipuji orang yang berkenaan sekira-kira sesuai dengan kelayakannya." 


(2) Maksud kata-kata Baginda : "kamu telah memenggal leher sahabatmu" adalah :

Apabila kamu puji seseorang yang tidak layak dipuji, atau kamu terlebih memujinya sedangkan kelayakannya tidak sesuai, maka kamu akan menyebabkan orang itu menjadi riya',  takabbur, besarkan diri.  Dan lagi orang yang dipuji itu mungkin menyangka dirinya bagus dan tinggalkan amal ibadah. Apabila terjadi keadaan ini, maka kamu telah menyebabkan orang kamu puji itu jatuh kepada kebinasaan Tauhid dan amal ibadahnya, disebut sebagai kinayah "kamu telah memenggal lehernya."


(3) Hadith ini tidak mutlaq mengharamkan pujian kepada hamba Allah yang lain, melainkan membataskan pujian tersebut dengan syarat-syarat tertentu sehingga orang yang dipuji dan orang yang memuji sama-sama selamat daripada fitnah hati, dan selamat Tauhid mereka. 


Bersambung siri 300 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 298)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 39:

Puji Makhluq Tanpa Haq

======================


Definisi

=======

Menurut bahasa: 

Puji ( مَدْحاً) berasal dari kata  ( مَدَحَ - يَمْدَحُ - مَدْحاً ) adalah :  pernyataan penghargaan, menghargai, pandang mulia,  menyanjung, mengagungkan


Menurut istilah :

Pernyataan kesyukuran (terima kasih) atau ucapan penghargaan oleh seseorang kepada orang lain yang menjadi asbab dirinya memperoleh kebaikan atau kepada seseorang yang mempunyai kelebihan, dipandang mulia.  Ada kalanya ucapan tersebut dengan ikhlas, jujur, tawadhu dan penuh Tauhid (keimanan) dan ada kalanya disertai pembohongan, tidak jujur, riya', syirik atau kufur. 


Memuji makhluq tanpa haq:

Memuji makhluq tanpa haq adalah pujian seseorang kepada seseorang yang lain tanpa Tauhid (tanpa sandarkan pujian tersebut kepada Allah), atau pura-pura memuji dengan niat mencapai suatu kebendaan duniawi, atau memuji dengan kesombongan atau riya atau dengan niat jahat.


Penjelasan:

==========


(1) Menurut Ahlus Sunnah terdapat 4 macam pujian:

■ Puji Qadim bagi Qadim — Pujian Allah kepada Diri-Nya sendiri

■ Puji Qadim bagi hadith — Pujian Allah kepada hamba Pilihan-Nya — Rasul, Nabi dan Auliya Allah 

■ Puji Hadith bagi Qadim — Pujian makhluq kepada Allah

■ Puji Hadith bagi Hadith — Pujian sekalian makhluq sesama mereka. 


(2) Semua macam pujian pada hakikatnya kembali kepada Allah dan Milik Allah semata-mata kerana pada hakikatnya makhluq tiada memiliki apa-apa. 


(3) Pujian yang dibicarakan di sini adalah Puji yang keempat, iaitu Puji makhluq bagi makhluq. Dengan demikian kita cuma akan fokus pada pujian makhluq kepada makhluq  di dalam perbincangan ini. 


(4) Puji makhluq bagi makhluq tidak mutlaq haram. Sebahagiannya harus bahkan disunnatkan apabila menepati syarat-syaratnya. 


(5) Memuji Nabi kita Sayyidina Muhammad Rasulullah ﷺ , dan sekalian Nabi yang lain dan sekalian Auliya Allah yang masyhur nama mereka sebagai Kekasih Allah adalah termasuk pujian yang disunnatkan kerana memuliakan orang yang di Muliakan oleh Allah adalah Ibadah.


(6) Puji makhluq bagi makhluq boleh jadi haram, bahkan boleh jatuh syirik apabila melampaui ketentuan hukum yang ditetapkan oleh Ulama Ahlus Sunnah. 


(7) Pujian tanpa Tauhid, iaitu pujian seorang kepada makhluq Allah yang lain tanpa menghubungkannya kepada Allah, jatuh kepada Syirik khafi.  Misalnya seorang memuji bayi yang baru lahir kerana kecantikannya,  tanpa menyandarkannya kepada Allah Yang Menciptakannya, maka ini Syirik khafi.


(8) Pujian  seseorang kepada makhluq  sehingga menyamakannya dengan Allah, maka jatuh murtad tanpa khilaf.  Ini seperti yang dilakukan oleh sebahagian golongan Syi'ah terkeluar dari Agama. 


(9) Orang yang mengharamkan terus pujian makhluq kepada makhluq lain adalah dia penentang Al-Qur'an Hadith dan Ijma' Ulama.


(10) Orang yang menuduh sesat kepada amalan memuji-muji Rasulullah ﷺ ketika bacaan Maulid atau Barzanji atau bacaan-bacaan Solawat lainnya, maka orang menuduh demikian itulah sebenarnya sesat dan di La'nat Allah kerana dia telah menentang Perintah Allah yang menyuruh Ummat Islam banyakkan pujian kepada Baginda.  


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

Pujian itu dilarang pada sebahagian tempat.  Sekiranya seseorang itu berasa aman daripada beberapa keburukan di atas ini, sama ada pada yang memuji atau dipuji, maka tidak ada masalah pada pujian bahkan boleh jadi ia dituntut untuk melakukannya. 

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 299 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Wednesday, September 27, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 297)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....



Penjagaan dan Rawatan

=================


(1) Sesungguhnya di dalam diri setiap manusia wujud dua macam kuasa yang mempengaruhi arah perjalanannya.  Pertama Kuasa Kebaikan yang datang dari "hakikat insan" yang jauh di dalam hati yang suci bersih.  Kedua Kuasa Kejahatan yang datang dari tiupan nafsu-nafsu jahat, syaitan, dunia dan makhluq.  Maka beruntunglah siapa yang sucikan hatinya dan mengikut seruan suci dari hati yang suci.  Dan merugilah siapa-siapa yang mengotori hati dengan mematuhi seruan syaitan dan nafsu-nafsu kejahatan.


(2) Cara-cara sucikan hati diterangkan oleh sekalian Masyaikh  melalui kitab mereka dan waris mereka yang hidup, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang Allah Ta'ala Zahirkan pada setiap zaman — sepanjang zaman sampai Qiamat.  Setiap Muslim wajib mengambil ilmu dari mereka dan menyucikan batin mereka sehingga menjadi hamba-hamba yang di Redhai Allah. 


Orang yang tidak menemui Pewaris Nabi yang Siddiq untuk mengambil rawatan dan penawar bagi segala penyakit zahir dan batin, akan tinggal di dalam hati yang kotor, keji dan syirik.  Sejarah kemanusiaan membuktikan hal ini.  Wal Iyazubillah.


(3) Manusia yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang segera bertaubat dan sentiasa bertaubat mohon keampunan Allah.  Sebaliknya mereka yang sewenang-wenang melakukan dosa dan keras hati untuk bertaubat adalah manusia yang tertipu dengan angan-angan.


(4) Jangan sesekali pandang remeh mana-mana dosa sekalipun, meski pun dosa paling kecil, kerana setiap dosa adalah penentangan kepada Allah.   Sebaliknya anggaplah setiap dosa sebagai sebuah gunung yang besar dan sedia menimpa kamu. 


(5) Orang kaya, hartawan, jutawan, berpangkat, Raja, Sultan, Perdana Menteri, Pegawai-pegawai yang hidup mewah serta melakukan berbagai kefasikan dan kezaliman, jangan sesekali merasa aman dari Azab Allah.  Jangan kamu menyangka kamu memperoleh kesenangan duniawi kerana Allah Kasih kepada kamu sedangkan ia adalah Istidraj.  Yang benar adalah :  Allah Ta'ala biarkan kamu didalam kemungkaran dan dosa-dosa kamu sehingga sampai masanya Allah Ta'ala menyentap nyawa kamu dengan sekali sentap sedang kamu mati di dalam kezaliman.  Wal Iyazubillah. 


(6) Dosa berkaitan dengan HATI terlebih banyak dan terlebih besar berbanding dosa zahir, tetapi kebanyakan orang Islam tidak menyedarinya.  Mereka yang menyedari bahaya DOSA HATI tidak mempedulikannya.


(7) Orang Islam yang abaikan Toriqat-Tasawwuf sentiasa menanggung dosa besar ; Dosa syirik di dalam hati, Dosa mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian). Maka ditakuti mati di dalam keadaan menanggung dosa besar yang banyak sedang dia tidak menyedarinya. Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri 298 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, September 26, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 296)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....




Contoh 10 : Murid engkar kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Sebahagian murid (pada Jalan Ma'rifat) engkar kepada Gurunya kerana menganggap dirinya yang benar dan Gurunya salah.  Murid ini tidak langsung berasa bersalah sebaliknya megah dengan perbuatannya.  Perbuatan murid ini menghantarkan dia kepada dosa besar yang amat berat dan terkena istidraj. Wal Iyazubillah.


Terdapat kisah yang terjadi kepada Rasulullah ﷺ sendiri untuk dijadikan i'tibar.  Seorang Islam yang bernama Zul Khuwaishirah menentang Nabi dengan kata-kata yang amat biadab. 


Hadith Rasulullah ﷺ :

“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radliallahu anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan  (harta rampasan perang Hunain), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah,  berlaku adillah.”  Maka Baginda ﷺ berkata:  "Celaka kamu!. Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku  yang berbuat adil. Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil".  Kemudian 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk penggal batang lehernya!. Sabda Baginda ﷺ : "Biarkanlah dia, kerana dia  memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian dipandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka.  Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya (haiwan buruan).” 

[Imam Bukhari]


Zul Khuwaishirah adalah pelopor kaum Khawarij (wahhabiyyah, Najdiyyah, kaum muda pada zaman ini).  Daripada dia lahir golongan Khawarij yang memerangi Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah.


Golongan Khawarij sentiasa menganggap diri mereka benar  dan orang lain semuanya salah. Mereka halalkan darah kaum Muslimin dan memerangi sekalian Ulama Ahlus Sunnah. 


Inilah kebodohan kaum Khawarij yang menghantarkan mereka kepada kesesatan.  Mereka tertipu dengan ibadah mereka yang banyak.  Mereka sombong dengan ilmu dan ibadah mereka yang sedikit sehingga berani melawan Rasulullah ﷺ sendiri. Sesungguhnya kaum Khawarij adalah golongan yang tertawan oleh Iblis La'natullah. 


Demikian juga sebagai i'tibar.... murid yang menentang Pewaris Nabi yang Siddiq adalah tertipu masuk ke dalam perangkap Iblis La'natullah.  Bahkan mereka terkena istidraj, dan hati akan menjadi gelap.  Hati mereka tertutup dari Cahaya Ilahi, maka tidaklah mereka memperoleh Tauhid yang hakiki.... kecuali mereka Taubat segera dan kembali kepada kesucian hati.


Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu berkata:

"Barangsiapa membuka pintu-pintu mengkritik (engkar) akan Shaikh Mursyidnya dan perlakuan Gurunya itu, maka murid itu akan menerima hukuman dan terhijab dari mendapat limpahan keruhanian dan ilmu Ketuhanan.   Barangsiapa berkata kepada Mursyidnya "kenapa"  tidak akan berjaya selama-lamanya."

[Fataawa Al-Hadithiyyah]


Maksud fatwa Imam Haythami adalah :

Murid yang  bertanya "kenapa" kepada Mursyidnya dengan maksud  "bantahan" atau "penentangan".


Bersambung siri 297 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 295)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....



Contoh 7: Wanita Pamerkan diri di internet

Ramai sekali wanita Muslimah berlumba-lumba mempamerkan wajah dan kecantikan mereka di berbagai media internet — Facebook, Whats up, Tele, Tweet dan lain-lain. Sebahagian mereka mempamerkan diri dengan berbagai gaya yang menggiurkan nafsu lelaki.  Mereka memandang remeh dosa mempamerkan tubuh mereka di internet. 


Contoh 8 : Pemimpin anjurkan pesta tari - menari

Pemimpin Negara atau pemimpin masyarakat atau Guru Besar sekolah atau ketua-ketua Jabatan mengadakan pesta tari menari campur lelaki dan wanita dianggap sebagai perkara biasa sedangkan ia merupakan dosa besar.  Sebagaimana kami nukilkan fatwa Ulama Ahlus Sunnah, sesebuah kemungkaran yang kecil akan menjadi dosa besar apabila ianya dianjurkan oleh Ulama atau Pemimpin yang dijadikan contoh tauladan dan ikutan.


Contoh 9: Orang kaya atau orang berpangkat terus-menerus berbuat kemungkaran dan kezaliman dengan sangkaan dia di Kasihi Allah

Hal ini benar-benar terjadi di kalangan orang Islam sejak dahulu sehingga ke zaman ini.  Mereka bergelumang di dalam berbagai kerja kefasikan, kemungkaran dan kezaliman tetapi Allah tetap berikan mereka kekayaan sehingga mereka menjadi sombong. 


Mereka menyangka mereka di Kasihi Allah kerana terus-menerus menerima limpahan kekayaan, sehingga sering berkata begini : "Tuhan bagi aku menjadi kaya-raya dan mewah sebab dia Kasih padaku. Sedangkan kamu semua miskin papa kedana kerana Tuhan Murka dengan kamu."


Itu sangkaan mereka,  sedangkan hakikatnya mereka telah terkena _istidraj_.  Allah Ta'ala membiarkan mereka bermain-main di dalam kekufuran dan kezaliman sehingga nyawa mereka disentap dengan sekali sentap.  Wal Iyazubillah. 


Firman Allah تَعَالَى


فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ


"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

[Al-An'am (6) : Ayat 44]


Rasulullah ﷺ bersabda:

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: “Bila kamu melihat Allah Ta'ala Mengurniakan pada hamba (kemewahan, kekayaan, kenikmatan) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus melakukan ma'siat (kekufuran, kefasikan, kezaliman) kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahwa yang demikian itu adalah _istidraj_ dari Allah (kelangsungan atau Kurnia Allah di dalam Kemurkaan-Nya).”   Kemudian Rasulullah ﷺ membaca Firman Allah : , فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

[Al-An'am (6) : Ayat 44]     “Maka tatakala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]



Bersambung siri 296 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Wednesday, September 20, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 294)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....



Contoh 5: Membanding-bandingkan beberapa dosa


Orang yang berkata : "Saya buat dosa ini bukan besar mana pun. Tidaklah sampai membunuh atau berzina."  Orang yang mempunyai anggapan demikian melakukan dosa besar.  Ini kerana setiap dosa sama ada besar atau kecil adalah penderhakaan kepada Allah. Jangan sesekali berani berbuat dosa kerana membanding-bandingkannya dengan dosa besar yang lain.  Apabila seseorang memandang kecil suatu dosa kerana membandingkannya dengan dosa lebih besar, maka dia telah melakukan dosa besar.


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Dosa besar itu tujuh sampai sekitar tujuh ratus, Hanya tidak ada dosa besar disertai dengan istighfar (Taubat Nasuha) dan tidak ada dosa kecil bila dikerjakan dengan terus-menerus."

[Imam At-Thabrani — nukilan Imam Haythami didalam Al-Zawaajir]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Di antara sebab-sebab sesebuah dosa kecil menjadi dosa besar adalah memandang enteng sesebuah dosa (meremehkan dosa). 

[Ihya Ulumuddin]


Contoh 6: Meremehkan Ilmu Fardhu 'Ain


Menurut pendirian Ahlus Sunnah, menuntut ilmu fardhu 'Ain adalah wajib. 


Pada zaman ini, ramai orang Islam mengamalkan Islam secara ikut-ikutan, bukan memahaminya dengan cara talaqqi menghadap Guru.  


Misalnya mereka mengerjakan solat berpandukan "cara solat kanak-kanak" yang mereka pelajari ketika di sekolah rendah atau menengah.  Sedangkan cara ini tidak menepati syarat dan rukun solat, ertinya tidak sah solat. 


Menurut pengalaman kami membimbing orang-orang Islam di dalam "Kursus Murnikan Cara Solat", kami dapati hampir semua peserta tidak mengetahui dan memahami syarat-syarat dan rukun Solat dengan betul.  Bahkan Rukun pertama solat pun sudah tunggang langgang.  Inilah buktinya ramai sekali orang Islam mengerjakan solat dengan "cara solat kanak-kanak" yang mereka pelajari dahulu.  Mereka tak pernah mentelaah cara solat yang sempurna menurut syarat dan rukun solat dengan jalan menghadap Guru.  


Demikian lagi mereka tidak mengetahui rukun Iman dengan tepat menurut Ahlus Sunnah, khususnya bab Taqdir Qadha dan Qadar, sedangkan kenyataannya ramai sekali orang alim pun jatuh kepada Golongan sesat — Syi'ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah),  Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 Golongan akibat dari tidak memahami Bab Taqdir — Qadha dan Qadar.  


Semua ini berpunca dari tidak menuntut Ilmu fardhu 'Ain dan tidak mengambilnya dari Guru yang benar-benar Arif, Guru Pewaris Nabi yang siddiq, yang benar-benar menepati Syaratnya. 


Orang yang meremehkan Ilmu Fardhu Ain jatuh kepada beberapa bahaya dosa besar :


Bahaya pertama: Ibadahnya tidak sah


Bahaya kedua: Jatuh kepada kelompok sesat tanpa disedarinya.


Bahaya ketiga: Meremehkan ilmu fardhu Ain itu sendiri merupakan dosa besar.


Semua ini bermaksud orang yang meremehkan ilmu Fardhu Ain melakukan dosa besar berterusan sepanjang hidupnya.


Bersambung siri 295 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 293)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....



Contoh 2: Menceritakan ma'siat waktu muda


Di antara maksud meremehkan dosa adalah seorang yang sudah lanjut usia menceritakan kembali  ma'siat-ma'siat yang pernah dilakukan waktu mudanya.  Atau seseorang yang melakukan ma'siat secara senyap lalu menceritakannya kepada orang lain.  Ini dosa besar kerana membuka aib atau suatu dosa yang telah ditutupi oleh Allah adalah dosa besar. 


Rasulullahﷺ bersabda:

"Setiap Ummatku di Kurniakan Keampunan melainkan golongan " الْمُجَاهِرِينَ "  al-mujahirin (zahirkan dosa yang tertutup). Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam.  Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya:  ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’.  Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.

[Imam Bukhari]


Contoh 3: Seorang bapa membiarkan anak-anak melakukan ma'siat kerana dia juga pernah melakukan ma'siat yang sama


Seorang bapa yang mendapat tahu bahawa anaknya terlibat di dalam berbagai maksiat berkata :  "Tak apa dia muda lagi.  Saya dulu pun buat maksiat macam tu."

Ini dosa besar.  Bahkan orang yang berkata demikian belum bertaubat lagi daripada dosa-dosanya yang lalu.  Ini kerana syarat sah Taubat Nasuha adalah 7 perkara : 


1) Berhenti dari melakukan ma'siat

(2) Menyesal sungguh-sungguh

(3) Berjanji tidak akan ulangi lagi

(4) Gantikan segala haq Allah yang luput

(5) Gantikan sekalian hak insan yang teraniaya

(6) Taubat di dalam tempoh yang diharuskan 

(sebelum nyawa sampai halqum dan sebelum matahari terbit dari Barat)

(7) Ikhlas bertaubat


Contoh 4 : Wanita mendedahkan 'aurat terus-menerus


Wanita-wanita yang dedahkan 'aurat melakukan dosa besar bahkan dosanya berpanjangan kerana terus-menerus melakukan dosa tersebut.  Termasuk di dalam maksud mendedahkan 'aurat adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi masih terdedah 'auratnya seperti berpakaian ketat, menampakkan warna kulit, menampakkan bentuk dada dan punggung, menampakkan betis dan sebagainya. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”

[Imam Muslim]


Bersambung siri 294 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, September 19, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 292)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa besar 38:

Meremehkan Dosa

.....sambungan....



Contoh-Contoh

===========


Contoh 1:  Meremehkan dosa abaikan Toriqat - Tasawwuf

Di antara penyakit besar Ummat Islam pada zaman ini adalah memandang remeh Toriqat dan Tasawwuf, bahkan ada yang sampai mencemuh, menghina, mengejek dan melemparkan berbagai tuduhan keji dan fasiq. Semua ini kecelakaan.  Wal Iyazubillah.


Bacalah dan dengarlah baik-baik, moga Allah Ta'ala masukkan Cahaya-Nya ke dalam hati kamu....!


Toriqat - Tasawwuf adalah Cabang Ilmu yang menjelaskan hal ehwal hati manusia, berkenaan penyakit-penyakit hati manusia, berkenaan dosa-dosa hati manusia yang menjerumuskannya kepada dosa-dosa besar, kefasikan dan kekafiran. 


Toriqat dan Tasawwuf menjelaskan cara-cara kamu memerangi nafsu jahat, bisikan Iblis, dunia dan makhluq yang sentiasa berusaha menyesatkan kamu.  


Toriqat dan Tasawwuf menjelaskan cara-cara menyucikan hati kamu daripada syirik tersembunyi yang membinasakan sekalian amal ibadah dan melumpuhkan IMAN kamu. 


Tanpa mempelajari Ilmu Tasawwuf dan amalkannya menurut disiplin Toriqat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang benar-benar Arif, kamu akan sentiasa bergelumang di dalam kesyirikan (syirik khafi) — Takabbur, 'Ujub, Riya'dan Sum'ah.  Hati kamu sentiasa akan terumbang-ambing di antara keimanan dan kesyirikan.  Kamu akan terjerumus ke dalam dosa-dosa besar  yang kamu tak sedari.  Nafsu dan Syaitan sentiasa menarik kamu kepada kesesatan. Solat kamu dan ibadat kamu penuh dengan riya' dan kelalaian. Bahkan Iman kamu di ambang kehancuran akibat terus-menerus melakukan kesyirikan (syirik hati) 


Apabila akibatnya sedemikian rupa, maka mana mungkin kamu memandang remeh  Toriqat dan Tasawwuf?  Dan mana mungkin kamu memandang remeh dosa abaikan Toriqat dan Tasawwuf?


Barangsiapa memandang remeh hal ehwal hati, penyakit hati, syirik khafi dan sekalian perkara yang membinasakan Ibadah serta melumpuhkan Tauhid ini, maka sesungguhnya dia telah terpedaya dengan bisikan Iblis yang menarik dia kepada kesesatan.  Wal Iyazubillah. 


Imam Ghazali Radhiallahu anhu (Mujaddid Kurun ke-5 Hijriyyah) berkata :

"Sesiapa yang tidak mendapat bahagian di dalam Ilmu kaum Sufi (Tasawwuf dan Toriqat), maka ditakuti mati terkekang lidah (tiada dapat mengucap Kalimah)."

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu (Mujaddid Kurun ke-6 Hijriyyah) :

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Imam Abu Hassan Asy-Syazili Radhiallahu anhu berkata : 

"Barangsiapa yang tiada masuk dan mengetahui akan ilmu ini ya'ni Ilmu Tasawwuf (melalui seorang Mursyid), nescaya dia mati di dalam keadaan mengekalkan dosa-dosa besar tanpa diketahuinya.” 

[Nukilan Imam Ghazali didalam Ihya Ulumuddin]


Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata :

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq. Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq.  Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka itulah kebenaran."

[Nukilan Imam Ghazali didalam Ihya,  Imam Zarruq di dalam Qawaid Tasawwuf, Imam Qusyairi di dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Asy-Sya'rani] 


Amaran sekalian Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf MUJADDID dan MUJTAHID ini cukup untuk menggambarkan beratnya dosa abaikan Tasawwuf dan Toriqat serta pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Maka memandang remeh dosa meninggalkannya adalah dosa besar yang terlebih besar dan berganda-ganda besarnya.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 293 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...