■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 309)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 41:
Suka kepada orang fasiq
======================
Definisi
=======
Menurut bahasa:
Fasiq ( فَسَقَ) berasal dari kata فَسَقَ – يَفْسُقُ – فُسُوْقًا yang membawa erti keluar, langgar sumpah, engkar perjanjian, keluar dari sesuatu keadaan kepada keadaan lain, menyimpang dari jalan lurus, keluar dari keta'atan, melanggar peraturan, ma'siat
Menurut istilah:
Diringkas dan dirumus maknanya : Fasiq adalah perbuatan engkar kepada Perintah Allah, melakukan dosa besar atau mengekalkan perbuatan dosa kecil tanpa Taubat.
Suka kepada orang fasiq bermaksud:
Perasaan gembira terhadap orang yang berbuat maksiat, kemungkaran atau kekejian. Tiada sedikitpun perasaan takut kepada Allah di atas perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang fasiq.
Penjelasan:
==========
Berikut beberapa perkara penting yang wajib diketahui berhubung dengan istilah fasiq dan yang berkaitan dosa besar dan dosa kecil:
(1) Orang fasiq adalah orang yang melakukan dosa besar walaupun sekali saja (seperti tinggalkan solat, tinggalkan puasa Ramadhan, enggan bayar zakat, derhaka kepada Ibu bapa, derhaka kepada Mursyid yang Siddiq, melakukan zina, minum arak, judi, tenung nasib, makan riba', makan harta anak yatim secara batil, merampas hak Muslim lain, menipu daya, membuat fitnah, mengumpat, caci maki, membunuh jiwa tanpa haq, menyeru kepada kejahatan, lari dari medan Jihad, melakukan syirik khafi — Tawakkal pada makhluq, Ujub, Riya', Sum'ah, Takabbur ... bahkan banyak lagi.
(2) Melakukan dosa kecil berterusan tanpa penyesalan dan tanpa Taubat yang sungguh-sungguh juga termasuk fasiq kerana ia berubah menjadi dosa besar. Apabila seseorang yang telah berdosa melakukan Taubat Nasuha (taubat sungguh-sungguh menepati 7 syarat taubat), tetapi pada zaman kemudian dia ulangi kerana tuntutan hawa nafsunya di luar kawalan dirinya, maka ini adalah dosa baru yang memerlukan Taubat Nasuha yang baru.
(3) Meremehkan dosa kecil adalah dosa besar. Seperti katanya:
" Tak apa kamu melakukan hal itu kerana ianya cuma dosa kecil ". Ungkapan ini menjadi dosa besar kerana dia memandang ringan keengkaran kepada Allah.
(4) Berani terhadap Allah / tidak sedikit pun takut ketika melakukan dosa kecil akan menyebabkan nya menjadi dosa besar. Orang ini tidak mempunyai sifat _khauf_ (takut), dia hanya semata-mata roja' (harap) Rahmat Allah tanpa sedikit pun takut pada Allah. Maka dia binasa dengan sangkaan dia.
(5) Melakukan dosa kecil terang-terangan tanpa malu akan membawa kepada dosa besar. Seperti wanita yang dedahkan auratnya tanpa sedikitpun malu atau takut. Memakai pakai ketat atau lutsinar sehingga nampak bentuk tubuh seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita zaman ini adalah termasuk di dalam istilah "dedahkan 'aurat yang menjadikan fasiq yang amat berat dosanya.
(6) Menganjurkan majlis mungkar (seperti majlis tari menari campur lelaki wanita atau majlis nyanyian wanita di hadapan lelaki ajnabi) adalah termasuk dosa besar yang membawa kepada kefasikan.
Bersambung siri 310 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment