■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
( Siri 314 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 43:
Enggan Sedekah Takut Miskin
======================
Definisi
=======
Enggan sedekah kepada Fi Sabilillah atau kepada faqir miskin dengan alasan akan kurang hartanya atau takut menjadi miskin. Dan ini dosa besar.
Penjelasan
==========
(1) Allah Ta'ala Yang Maha Mengurniakan Rezeki kepada manusia, sebahagian mereka mendapat rezeki yang melimpah ruah menjadi kaya-raya. Sebahagian lain memperoleh rezeki pertengahan (cukup-cukup makan) dan lain-lain sangat kurang rezekinya.
(2) Semua orang beriman di Perintahkan mengeluarkan sedekah mengikut kemampuannya.
(3) Orang yang kaya raya perlu mengeluarkan sedekah lebih dari nilai sedekah yang dikeluarkan oleh orang yang kurang rezekinya. Orang yang rezekinya sedikit perlu juga sedekah mengikut kemampuannya sebagai tanda Syukur kepada Allah.
(4) Orang yang enggan menghulurkan sedekah untuk Fi Sabillah atau orang lain yang sangat memerlukan adalah termasuk orang yang bakhil.
(5) Orang yang enggan bersedekah kerana takut jatuh miskin adalah dia termasuk orang yang tidak mensyukuri Ni'mat Allah, tidak percaya kepada Janji-janji Allah dan sebaliknya percaya kepada bisikan syaitan.
Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:
"Takut miskin dan bakhil adalah sebab orang enggan bersedekah (Untuk Fi sabilillah atau untuk manusia lain yang memerlukan). Mereka menggenggam tangan , terlalu berhemat dan gemar menyimpan harta. Allah mengancam orang-orang seperti ini dengan siksaan berat".
[Al-Zawaajir]
Bersambung siri 315 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment