■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 302)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 39:
Puji makhluq tanpa haq
sambungan.......
Contoh 4:
Seorang ibu memuji-muji anaknya yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaannya sebagai "anak yang bijak", "anak yang hebat", "anak pintar" dan sebagainya tetapi lupa kepada Allah dan tidak menyandarkan kejayaan anaknya kepada Allah, maka ini adalah pujian yang mengandungi kesyirikan (syirik khafi).
Contoh 5:
Seorang penuntut Universiti mencatat rekod dunia sebagai saintis terkemuka dunia, lalu seluruh ummat memuji-muji kepandaiannya sebagai manusia hebat dan cemerlang tetapi mereka tidak ingat kepada Allah Yang Mengurniakan kecemerlangan, maka masuklah mereka kepada kesyirikan (syirik khafi) tanpa mereka sedari.
Contoh 6:
Memuji-muji pemimpin yang berjaya membawa negara kepada kecemerlangan tanpa menghubungkannya kepada Kurnia Allah, maka ini jelas kesyirikan (syirik khafi) dan kekufuran (kufur Ni'mat).
Contoh 7:
Ketika berkunjung ke rumah sanak saudara yang baru melahirkan anak, para pengunjung terpesona melihat bayi lalu berkata:
"comelnya anak ini...."
"wah cantiknya baby ini...."
"matanya bulat menarik..."
"kulit putih melepak..."
dan berbagai ucapan takjub melihatnya.
Pujian-pujian kepada anak tersebut dilontarkan tanpa sandarkannya kepada Allah. Mereka takjub dengan keindahan makhluq tetapi lupa kepada Yang Maha Menciptakan keindahan. Inilah makna pujian kepada makhluq tanpa Tauhid, maka ucapan-ucapan seperti ini mengandungi kesyirikan. Akibat paling buruk dan bahaya paling besar kepada bayi yang dipuji dengan kesyirikan ini adalah penyakit al-'Ain (penyakit terkena pandangan mata jahat).
Penjelasan ringkas Penyakit al-'Ain:
________________
Penyakit al-'Ain disebut sebagai penyakit "terkena pandangan mata jahat." Mengapa dikatakan "pandangan mata jahat"?
Pujian tanpa Tauhid berserta ini dikatakan sebagai "pandangan mata jahat" kerana penyakit ini terhasil dari pandangan yang mengandungi kesyirikan. Meskipun orang yang memandang dan memuji itu tidak ada niat jahat tetapi perlakuan tersebut berlawanan dengan Tauhid, iaitu kesyirikan (syirik khafi) maka ianya termasuk jahat dan buruk.
Kanak-kanak yang terkena penyakit al-'Ain ini akan mengalami berbagai komplikasi kesihatan, di antaranya : demam panas, sawan, menangis tak berhenti, badannya lemah dan timbul berbagai penyakit kulit.
Jika anak yang terkena penyakit al-'Ain tidak dirawat segera, kesannya akan berpanjangan sampai dia dewasa dan menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti bipolar, skizo, stress, kemarahan melampau, sesak nafas, asthma, cancer, dan berbagai penyakit kulit.
Apabila dihalusi semua akibat buruk yang tersebut adalah sama seperti mereka yang terkena gangguan jinn syaitan, saka atau sihir. Ini bermakna yang sebenarnya penyakit al-'Ain mempunyai hubungan dengan pengaruh jinn syaitan. Pandangan mata jahat manusia (kesyirikan) dijadikan panah beracun yang ditimpakan oleh syaitan ke atas orang yang dipuji dengan kesyirikan. Wal Iyazubillah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ
“Al-Ain itu benar-benar wujud. Jika ada sesuatu yang boleh mendahului Taqdir, nescaya al-‘ain akan mendahuluinya”
[Imam Muslim]
Nota:
"Penjelasan lanjut bagaimana Syaitan mempunyai peranan di dalam penyakit al-'Ain dan cara-cara rawatan dan penjagaan akan dijelaskan pada bahagian akhir. In Shaa Allah."
Bersambung siri 303 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment