■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 304)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 39:
Puji makhluq tanpa haq
sambungan.......
Rawatan dan Penjagaan
==================
(1) Sebelum memuji seseorang teliti terlebih dahulu sama ada orang berkenaan benar-benar layak dipuji. Dan apabila memujinya jangan berlebih-lebihan.
(2) Setiap kali puji seseorang, pastikan ianya semata-mata kerana Allah dan bukan kerana suatu kehendak bersifat duniawi. Jauhi semua bentuk riya', pura-pura atau bertujuan mengampu atau lain-lain yang membawa kepada syirik (syirik khafi).
(3) Orang yang menerima pujian perlu lebih waspada agar mereka tidak menjadi megah, 'ujub, takabbur atau lainnya yang membawa kepada syirik (syirik khafi). Dan juga mohon perlindungan Allah dari semua macam musibah akibat pujian orang kepadanya, khususnya penyakit Al- 'Ain.
(4) Cara-cara melindung diri dari terkena penyakit Al-'Ain:
Pertama : Untuk diri sendiri lazimkan membaca doa perlindungan:
Baca surah-surah berikut, tiup pada tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh.
Surah Al-Fatihah 1x
Surah Ikhlas 3x
Surah Al-Falaq 1x
Surah An-Nas 1x
ayat Kursi 7x
Kedua: Untuk anak-anak kecil baca doa perlindungan dan tiup kepada anak-anak kecil:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ
Hadith Rasulullah ﷺ:
Baginda mendoakan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain Radhiallahu anhu (sewaktu mereka kecil) dengan doa:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ
“Aku meminta perlindungan untuk kalian dengan Kalimat Allah yang sempurna, dari gangguan syaitan dan racun, dan gangguan ‘ain yang buruk”. Lalu Nabi bersabda: “Dahulu ayah kalian (Nabi Ibrahim) meruqyah Ismail dan Ishaq dengan doa ini”
[Imam Abu Dawud]
Ketiga : Jika sudah terkena Al-Ain, mandikan pesakit Al-Ain dengan air wudhu (atau air mandian) orang yang menyebabkan Al-Ain
Rasulullah ﷺ. bersabda:
Sesungguhnya penyakit ‘ain itu benar adanya, maka berwudhu' lah untuknya!”. ‘Amir bin Rabi’ah (yang menjadi asbab terkena penyakit Al-'Ain kepada Sahl bin Hunaif) lalu berwudhu' untuk disiramkan bekas wudhu' nya kepada Sahl. Maka Sahl pun sembuh (dari penyakit 'Ain) lalu berjalan bersama Rasulullah ﷺ.”
[Imam Malik]
Keempat : Jika tidak diketahui orang yang menyebabkan Al-Ain, Ruqyahkan dia dengan ayat Qur'an dan Zikir
Hadith Rasulullah ﷺ:
Dari Ummu Salamah Radhiallahu anha berkata: “Rasulullah ﷺ pernah melihat seorang anak perempuan di rumah Ummu Salamah yang pada wajahnya ada kehitam-hitaman. Baginda pun berkata, ‘Ruqyahlah dia, kerana dia tertimpa ‘ain’.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Kelima: Apabila kamu memuji orang lain, pastikan ia berserta Tauhid (kembalikan pujian itu kepada Allah) dan doakan keselamatan untuknya
Rasulullah bersabda:
“jika salah seorang dari kalian melihat pada diri saudaranya suatu hal yang menakjubkan maka doakanlah keberkatan baginya, karena ‘ain itu benar adanya”
[Imam An-Nasai]
Keenam : Kembalikan pujian kepada Allah jika menerima pujian manusia:
Doa Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu:
Ketika menerima pujian manusia, Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu baca doa berikut:
"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka."
[Imam Al Baihaqi]
Ketujuh: Jumpa Ahli Ma'rifat untuk ruqyahkan
Pesakit yang menderita Al-Ain yang tak sembuh-sembuh setelah ikhtar bermacam cara, perlu jumpa Ahli Ma'rifat dan ambil air Penawar dari mereka."
Bersambung siri 305 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment