■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
( Siri 317 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 44:
Muliakan Sultan, Amir,
Pemerintah Zalim
.... sambungan....
Dalil-dalil
=========
Dalil 1:
Firman Allah تَعَالَى
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
[Hud (11) ; Ayat 113]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran. Semua makna ini berdekatan. Ibnu Zaid berkata : Firman Allah "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "
[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]
Dalil 2
Hadith Rasulullah ﷺ:
Ketika Rasulullah ﷺ melewati daerah Hajar, Baginda bersabda,“Janganlah kamu memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Karena apa yang menimpa mereka boleh juga menimpa kamu.” Lalu Baginda menutup kepala Baginda dengan kain selendangnya, dan mempercepat perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu.”
[Imam Bukhari]
Dalil 3
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasiq, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai, penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”
[Imam At-Tabrani]
Dalil 4
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Akan ada sesudah-ku amir-amir (pemimpin) yang berdusta dan zalim. Maka barang siapa membenarkan mereka dengan kedustaannya dan menolong mereka atas kezalimannya, maka tidaklah dia daripada-ku dan tidak aku daripadanya. Dan dia tidak akan datang ke haudh (Telaga Rasulullah ﷺ)"
[Imam At-Tirmizi]
Dalil 5
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Barang siapa memuliakan orang fasiq, maka sesungguhnya dia telah menolong meruntuhkan Islam."
[imam Ath-Thabrani]
Dalil 6
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.”
[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]
Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya. Dan ia tidak sanggup merubahnya. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda : “La’nat (azab) akan turun kepada orang yang menghadirinya.” Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 318 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment