Monday, April 22, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 328)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....




Penjelasan (sambungan)


(4) Pada zaman internet yang serba maju, Ummat Islam terdedah kepada jutaan maklumat, khabar, kisah, pengetahuan yang datang dari berbagai penjuru dunia.  Sebahagian daripadanya mengandungi "racun" yang membinasakan keyakinan dan pegangan Ummat Islam. Sebahagian lagi membawa kepada fahaman dan doktrin batil dan sesat. Sebahagian lagi mengandungi unsur-unsur kepalsuan, adu domba, fitnah dan permusuhan.


(5) Orang yang menyebarkan apa saja berita yang dibaca atau didengarinya tanpa usul periksa dan meneliti kebenarannya menurut Pegangan Ahlus Sunnah akan jatuh kepada beberapa dosa besar, di antaranya :


(i)  Dosa sebarkan doktrin batil dan sesat Aqidah seperti fahaman Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), sekular (liberal) dan lain-lain berjumlah 72 Golongan sesat Aqidah. 


(ii) Dosa sebarkan fahaman sesat di dalam keruhanian seperti golongan batiniah, golongan hakikat palsu, golongan wali palsu,  dan lain- lain berjumlah 11 golongan (menurut fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu). 


(iii) Dosa sebarkan maklumat batil dan tuduhan palsu kepada  "Ahli Sufi", "Ulama Billah",  "Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq" sehingga masyarakat memandang serong kepada mereka sedangkan mereka (Ahli Sufi, Mursyid, Ulama Billah, Ahli Ma'rifat adalah Pewaris Nabi yang sebenar yang dipilih oleh Allah bagi memimpin Ummat kepada Allah). 


(iv) Dosa melakukan tuduhan palsu sehingga seseorang atau suatu kelompok terfitnah dan buruk namanya.


(v) Dosa sebarkan permusuhan di kalangan Ummat. 


(vi) Dosa membesar-besarkan politik kepartaian demokrasi yang fasiq sehingga masyarakat berpecah belah. 


(6) Dosa yang terkena akibat perbuatan "sebarkan berita tanpa usul periksa" akan menjadi dosa jariah (dosa berterusan sampai Qiamat selagi terjadi penyebaran kepalsuan berkenaan).  Ertinya meskipun orang berkenaan sudah mati, tetapi maklumat fasiq, batil, sesat yang telah disebarkannya akan terus tersebar sehingga dia mendapat saham dosa penyebaran tersebut.  Wal Iyazubillah


(7) Pada zaman kini maklumat palsu, berita palsu, fahaman batil dan sesat hanya mengambil masa 2 saat untuk berpindah ke seluruh dunia.  Sekali kamu pindahkan berita palsu ke dalam internet, maka ia tersebar ke seluruh dunia secepat kilat dan tak ada peluang kamu menarik baliknya.  Ertinya dosa yang kamu sebarkan melalui internet akan membawa dosa jariah (dosa berterusan sampai Qiamat) dan kamu akan mendapat bahagian dosanya meskipun kamu sudah masuk kubur.


(8) Orang beriman yang sebenar beriman sentiasa waspada, hati-hati, dan sentiasa meneliti setiap apa yang dia sampaikan kepada manusia, terutama berita, khabar, ilmu, maklumat berkenaan Agama, hukum-hakam Agama, halal haram, Perintah dan larangan.  Orang beriman tidak akan bercakap dan menulis melainkan setelah dia yakin dengan ainul yaqin (keyakinan pasti berdasarkan pandangan mata-hati)


(9) Punca seseorang Islam jatuh kepada kepalsuan, kebatilan dan kesesatan adalah kerana tidak mempunyai kefaman yang benar berkenaan Ahlus Sunnah yang benar.


(10) Untuk memperoleh kefahaman yang benar dan keyakinan yang hakiki berkenaan Agama (Ahlus sunnah yang benar),  jalan selamat adalah dengan cara mencari Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq yang yang benar-benar mewarisi Nabi zahir dan batin. 


Bersambung siri 329 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 327)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

=====================


Definisi-definisi

=============


Tajuk perbincangan ini mempunyai hubungan erat dan meliputi banyak dosa lain, maka wujud keperluan menjelaskan semua istilah yang berkaitan.


Definisi an-naba' ( النبأ ) :

An-naba' ( النبأ ) berasal dari kata ( نَبَأَ   ) bererti berita, khabar, makluman, pemberitahuan


Definisi al-fasiqun:

Fasiq berasal dari kata  ( فَسَقَ)  "fasaqa"  bererti keluar dari sesuatu keadaan kepada keadaan lain, menyimpang dari jalan lurus, keluar dari keta'atan, engkar sumpah, melanggar peraturan, ma'siat, 


Dari segi Istilah :

Dirumuskan secara ringkas, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen), fasiq adalah perbuatan melakukan dosa besar atau mengekalkan perbuatan dosa kecil tanpa Taubat.  


Definisi at-tabayyun:

Tabayyun berasal dari kata ( تَبَيَّنَ - يَتَبَيَّنُ) bermaksud : menjadi jelas, menjadi terang, memeriksa, mencari kejelasan, mencari kepastian,  memastikan kebenaran suatu hal, 


Dari segi istilah :  

kebenaran  suatu berita setelah pemeriksaan rapi dan saksama, mengetahui kebenaran dengan yakin setelah melakukan penyelidikan.


Definisi al-haq:

Perkataan   Haqq, al-haqq,     haqqun  (  حق)  berasal  dari  kata    dasar حق – يحق – حقا bererti benar, kebenaran, tetap, tepat.


Menurut istilah :

Al-Haqq mempunyai berbagai maksud mulai dari merujuk kepada Allah Ta'ala, Al-Qur'an Kalamullah Teragung, Agama Islam, Tauhid hakiki, kebenaran mutlaq dari Allah dan Rasul-Nya, Ahlus Sunnah yang tulen.  Di dalam skop perbincangan ini dijuruskan pengertian kepada makna "pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen"  kerana satu-satunya kelompok dan pegangan yang benar-benar mewarisi Al-Qur'an dan Sunnah adalah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang tulen sedangkan kelompok-kelompok lain adalah kelompok batil dan sesat.


Definisi al-batil:

Batil atau batal adalah setiap suatu yang bertentangan dengan kebenaran, iaitu bertentangan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya.  Ditumpukan perhatiannya kepada "pegangan" dan "i'tiqad", maka dikatakan setiap yang  "batil" itu adalah setiap hal yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah.


Definisi zalim:

Zalim berasal dari kata Arab   (  ظلم     يظلم    ظلما ) bermaksud :    gelap, tidak adil, bengis, kejam, menindas, menekan, menganiaya orang, tiada peri kemanusiaan, melampaui batas, jauh dari kebenaran, menuruti jalan kebatilan, tidak meletakkan suatu pada tempatnya


Dari segi Istilah:

Zalim adalah kegelapan hati, kebatilan, kesesatan, jauh dari Petunjuk Allah, jauh dari kebenaran, melampaui ketentuan Agama (menentang Allah, Rasul-Nya dan Ulama Pewaris Nabi) dan melampaui tatacara hidup kemanusiaan.

     

Semua macam istilah yang tersebut ini terkait kepada dosa "sebarkan berita tanpa usul periksa" atau "menyebarkan apa sahaja yang didengari".


Penjelasan:

==========


(1) Di dalam bicara kali ini kita akan melihat besarnya dosa yang menimpa seseorang yang memindahkan atau menyebarkan "khabar" atau "maklumat" tanpa usul periksa.


(2) sesungguhnya Allah Ta'ala melarang keras (ertinya dosa besar) perbuatan menyebarkan suatu "khabar" yang didengar atau dibacanya  tanpa menyelidiki kebenarannya terlebih dahulu. 


(3) Rasulullah ﷺ mengancam seseorang memindahkan terus apa sahaja yang didengarnya kepada orang lain (tanpa menyelidiki kebenarannya) sebagai pendusta (sifat munafiq). 


Bersambung siri 328 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, March 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 326)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 45:

Ingkari Kebaikan Orang



Rawatan dan Penjagaan:

==================


(1) Sentiasa melihat Ni'mat dan Rahmat Allah dan mensyukurinya. Jangan sesekali mengkufurinya.


(2) Seiring dengan Syukur kepada Allah, maka wajib juga syukur kepada manusia yang menjadi asbab Pertolongan, Rahmat dan Ni'mat Allah itu sampai.


(3) Jangan sesekali anggap manusia tak perlu disyukuri atas alasan semua Ni’mat dari Allah.  Ini tipu daya nafsu dan syaitan.


(4) Cara mensyukuri Allah (dan jauhi kufur Ni'mat) adalah dengan cara :

● Syukur dengan hati:  Banyakkan Zikrullah dalam hati.  Sentiasa melihat Rahmat dan Kurnia yang amat banyak kepadanya. 


●Syukur dengan lisan: Banyakkan zikir jihar (keluar suara).  Selalu syukur kepada Allah atas Kurnia-Nya yang Maha Luas.


●Syukur dengan Perbuatan : Sedekah sebanyak-banyaknya menurut kadar Rezeki yang Allah Kurniakan. (Orang kaya sedekah lebih), 

Bantu hamba-hamba Allah yang memerlukan pertolongan


(5) Cara mensyukuri hamba Allah yang menjadi asbab Pertolongan Allah sampai.


● Syukur dengan hati: hargai sekalian pertolongan hamba Allah dan bersyukur

● Syukur dengan lisan : Ucap terima kasih dan hormatinya 

● Syukur dengan perbuatan: Balas segala kebaikannya dengan apa saja yang termampu


Dengan melakukan yang demikian maka terhindarlah dari termasuk orang yang derhaka atau kufur Ni’mat kepada hamba-hamba Allah yang menjadi asbab Pertolongan Allah sampai kepada kita.


Bersambung siri 327 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 325)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 45:

Ingkari Kebaikan Orang





Contoh 3:

Tidak pernah keluarkan belanja kepada orang yang telah banyak melakukan pengorbanan kepadanya.


Sabda Rasulullah ﷺ:


وَمَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ


"Dan barangsiapa yang berbuat padamu kebaikan,  maka balaslah dia (dengan kebaikan dan syukur)" 

[Imam Abu Dawud, Imam Nasa'i,  Imam Ahmad]


Contoh 4: 

Salikin (murid pada jalan Ma'rifat) tidak beradab kepada Gurunya, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Contoh 5:

Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat) tidak pernah khidmat kepada Gurunya, Pewaris Nabi yang Siddiq,  dan tak pernah terfikir untuk sempurnakan khidmatnya.


Contoh 6:

Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat)  derhaka kepada Gurunya (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq), atau memfitnahnya atau menyakitinya dengan berbagai perlakuan buruk kepadanya.  Dan ini merupakan sebesar-besar dosa sesama makhluq selepas Rasulullah ﷺ


Mengapakah penderhakaan kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq itu dikatakan sebagai kekufuran yang membawa  dosa amat besar?


Jawapannya:

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Wakil Allah dan wakil Rasulullah ﷺ yang sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Mereka sentiasa memimpin manusia (orang beriman) kepada Allah.  Mereka tiada kepentingan apa pun atas dunia ini.  Setiap hari, setiap saat, setiap keadaan... mereka hanya memikirkan cara-cara selamatkan manusia dari kekufuran, kefasikan dan kesesatan.  Ringkasnya setiap Mursyid Pewaris Nabi menanggung Amanah Kerasulan. Maka derhaka kepada mereka adalah penderhakaan dan dosa yang amat besar setelah dosa kepada Rasulullah  ﷺ. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu : 

Di antara adab-adab penuntut ilmu (murid) adalah :

"Jangan sekali-kali su’uz-zan (jahat sangka) terhadap Shaikhmu mengenai tindakan yang  kelihatannya mungkar atau tidak diredhai Allah menurut pandanganmu, sebab Shaikh kamu lebih mengerti rahsia-rahsia yang terkandung dalam tindakannya."

[Bidayatul Hidayah]



Kata Imam Ghazali lagi :

"Hendaklah murid itu bersikap kepada gurunya seumpama tanah kering yang disirami hujan Iebat. Maka meresaplah ke seluruh bahagiannya dan meratalah keseluruhannya air hujan itu.   Manakala guru itu  menunjukkan jalan belajar kepadanya, hendaklah dita'ati dan tinggalkanlah  pendapat sendiri.  Ini kerana  meskipun guru itu bersalah, tetapi lebih berguna baginya dari kebenarannya sendiri.  Sebab, pengalaman mengajari yang halus-halus, yang ganjil didengar tetapi besar faedahnya. (dari pengalaman keruhanian yang telah ditempuh oleh Guru pada waktu yang panjang). 

Berapa banyak orang sakit yang dipanasi, dirawat  oleh doktor dengan menambah panas pada waktu tertentu supaya kekuatannya bertambah sampai batas yang sanggup menahan pukulan ubat.  Maka hairanlah orang yang tak berpengalaman tentang itu.”

[Ihya Ulumuddin]



Berkata Shaikh Ahmad Al-Khomasykhanawi Radhiallahu anhu .

Jangan membantah pembicaraan Mursyidnya, sekalipun menurut dirinya, Mursyidnya salah sedang dia benar.  Bahkan hendaknya berkeyakinan bahwa salahnya mursyid itu lebih kuat (benar) dari pada apa yang benar menurut dirinya.  Dan tidak memberi isyarat (keterangan) jika tidak ditanya.

[Jami’ul Ushul fil Aulia’]



 Al Imam Abdullah Al Haddad Radhiallahu anhu berkata: 

“Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah  berubahnya hati gurunya  kepadanya.  Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali gurunya telah redha kembali ". 

[Adab Bi Sulukil Murid]



Kata Imam Nawawi Radhiallahu anhu: 

"Derhaka kepada orang tuamu dosanya boleh dihapus dengan Taubat, tapi derhaka kepada Guru (Mursyid mu) tidak ada satu pun yang dapat menghapusnya"

[At-Tahzib Wal Asma']


Bersambung siri 326 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 324)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 45:

Ingkari Kebaikan Orang



Contoh ingkari kebaikan orang:

===================


 Contoh-contoh "ingkari kebaikan orang yang berbuat baik" itu amat banyak, namun semua contoh tersebut dapat disimpulkan kepada 7 point berikut :


(1) Tidak pernah ucap terima kasih

(2) Tidak pernah balas kebaikan orang kepadanya

(3) Tidak akui kebaikan orang kepadanya sebaliknya menganggap semua kelebihan sebagai usahanya sendiri.

(4) Menyakiti hati orang yang berjasa kepadanya

(5) Tidak mempedulikannya, terutama ketika orang berkenaan memerlukan pertolongan

(6) Derhaka kepada ibu bapa

(7) Derhaka kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Contoh 1:

Anak tidak pedulikan ibu bapa yang telah banyak melakukan pengorbanan demi kebaikannya;  mulai melahirkan sehingga menjadi dewasa.  Sedangkan Allah Memerintahkan agar setiap insan sentiasa melakukan kebaikan kepada ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara.


Firman Allah:

 وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا


"Dan sembahlah Allah, (bertauhidlah kamu kepada Allah) dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun.  Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

[An-Nisaa (4) : ayat 36]


Contoh 2:

Isteri berkata kepada suami yang soleh : "Abang tak pernah buat kebaikan apa pun pada saya selama ni"  sedangkan si suami telah banyak berkorban untuknya.  Si isteri sengaja bercakap demikian untuk menyakiti suaminya.


Rasulullah ﷺ bersabda:


  أُرِيتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ ،  قَالُوا :  بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ :  بِكُفْرِهِنَّ ،  قِيلَ : يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ، قَالَ :  يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ .


“Aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali.  Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita.  Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kekufuran mereka. ” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka (suami masing-masing), kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” 

[ Imam Al-Bukhari]


Bersambung siri 325 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 323)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 45:

Engkari Kebaikan Orang



Dalil-Dalil

========


Firman Allah:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfirman; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

[Ibrahim (14) : ayat 7]


Sabda Rasulullah ﷺ:


"Yang paling bijak (baik dan banyak) bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling bijak (baik dan banyak ) bersyukur kepada manusia.” 

[Iman Ath-Thabrani]


Sabda Rasulullah ﷺ:

من لم يشكر الناس لم يشكر الله "


“Barang siapa yang tidak bersyukur (terima kasih) kepada manusia, bererti ia tidak bersyukur kepada Allah”. 

[Imam Ahmad, Imam Baihaqi]


Sabda Rasulullah ﷺ:


لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ


“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi siapa yang tidak bersyukur (berterima kasih)  pada manusia.” 

[Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi]



Sabda Rasulullah ﷺ:


وَمَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ


"Dan barangsiapa yang berbuat padamu kebaikan,  maka balaslah dia (dengan kebaikan dan syukur) " 

[Imam Abu Dawud, Imam Nasa'i,  Imam Ahmad]


Bersambung siri 324 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 322)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 45:

Engkari Kebaikan Orang



(5) Bersyukur (berterima kasih) adalah satu daripada bermacam-macam Ibadah yang diwajibkan oleh Allah Ta'ala ke atas manusia.   "Syukur Ni'mat"  dikaitkan dengan IMAN dan lawannya "kufur Ni'mat"   dikaitkan dengan AZAB yang pedih.   


(6) Barangsiapa Syukur kepada Allah dan kemudian Syukur (terima kasih) kepada hamba-hamba Allah yang menjadi asbab Pertolongan Allah sampai kepadanya, maka sesungguhnya dia telah syukur kepada Allah sebagaimana tuntutan-Nya.  Sebaliknya barangsiapa tidak syukur (terima kasih) kepada insan-insan yang menjadi asbab pertolongan Allah sampai kepadanya, maka sesungguhnya dia telah kufur kepada Allah.  Inilah yang dikatakan "engkar kepada kebaikan orang lain yang berbuat baik padanya adalah dosa besar." Inj juga bermaksud : orang ini tidak bersyukur kepada Allah pada hakikanya, bahkan dia telah kufur Ni'mat.


(7) Sesungguhnya, Kekasih Allah yang paling berjasa kepada sekalian manusia bahkan seluruh alam adalah Junjungan Besar Sayyidina Muhammad ﷺ, maka WAJIB atas setiap orang benar-benar beriman untuk syukur kepada Baginda dengan banyakkan Solawat atas Baginda. 


(8) Sesudah itu, insan yang paling banyak pengorbanan dan jasanya kepada kita adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Beliau habiskan seluruh hidup beliau untuk  pimpin Ummat (murid, salikin) kepada Allah. Pimpinan beliau tidak terhenti pada dunia tetapi sampai Akhirat. Ketika Perhimpunan di Mahsyar, ketika sekalian manusia sibuk dengan hal sendiri, ketika setiap manusia melarikan diri dari saudara masing-masing, termasuk ibu bapa, suami, anak-anak.... tiada yang sedia membantu. Hamba Allah yang datang menarik tangan kita hanyalah Mursyid yang pimpin kita ketika di dunia. Beliau pimpin kita bergabung dengan Panji-Panji Rasulullah ﷺ, kemudian masuk Syurga tanpa hisab.


(9) Kemudian dari itu adalah ibu bapa yang berjasa melahirkan kita, membesarkan kita sampai dewasa. Sesudah itu hamba-hamba Allah yang lain, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai  yang hulurkan berbagai pertolongan kepada kita.


(10) Allah Ta'ala Perintahkan agar semua orang beriman sentiasa mensyukuri (terima kasih) kepada kesemua mereka yang menjadi asbab berbagai Nikmat Allah sampai kepada kita. Barangsiapa tidak bersyukur (tidak terima kasih) kepada hamba-hamba Allah ini, maka mereka telah kufur engkar kepada Allah. Wal Iyazubillah.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Perhitungan sebahagian dosa besar oleh Ulama dalam hal ini memang agak jauh tetapi dapat didekatkan dengan membawanya kepada pengingkaran pada pemberian Allah sebab, secara hakiki bahwa yang berbuat kebaikan adalah Allah Ta'ala. Dapat juga dibawa pada pengingkaran terhadap pemberian orang yang berbuat baik yang wajib dijaga, seperti pemberian nafkah suami."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 323 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 15 - AKHIR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Fasal 15 :   Khotimah Demikianlah kami m...