■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 324)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 45:
Ingkari Kebaikan Orang
Contoh ingkari kebaikan orang:
===================
Contoh-contoh "ingkari kebaikan orang yang berbuat baik" itu amat banyak, namun semua contoh tersebut dapat disimpulkan kepada 7 point berikut :
(1) Tidak pernah ucap terima kasih
(2) Tidak pernah balas kebaikan orang kepadanya
(3) Tidak akui kebaikan orang kepadanya sebaliknya menganggap semua kelebihan sebagai usahanya sendiri.
(4) Menyakiti hati orang yang berjasa kepadanya
(5) Tidak mempedulikannya, terutama ketika orang berkenaan memerlukan pertolongan
(6) Derhaka kepada ibu bapa
(7) Derhaka kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Contoh 1:
Anak tidak pedulikan ibu bapa yang telah banyak melakukan pengorbanan demi kebaikannya; mulai melahirkan sehingga menjadi dewasa. Sedangkan Allah Memerintahkan agar setiap insan sentiasa melakukan kebaikan kepada ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara.
Firman Allah:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
"Dan sembahlah Allah, (bertauhidlah kamu kepada Allah) dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.
[An-Nisaa (4) : ayat 36]
Contoh 2:
Isteri berkata kepada suami yang soleh : "Abang tak pernah buat kebaikan apa pun pada saya selama ni" sedangkan si suami telah banyak berkorban untuknya. Si isteri sengaja bercakap demikian untuk menyakiti suaminya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أُرِيتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ ، قَالُوا : بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ : بِكُفْرِهِنَّ ، قِيلَ : يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ، قَالَ : يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ .
“Aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kekufuran mereka. ” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka (suami masing-masing), kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ”
[ Imam Al-Bukhari]
Bersambung siri 325 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment