Monday, September 04, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 282)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

....Sambungan.....

Rasulullah  ﷺ  bersabda:

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

“Suatu hari aku pernah berboncengan bersama Nabi ﷺ, lalu Baginda bersabda, ‘Wahai ghulam, sungguh aku akan mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah!  Niscaya Dia akan menjagamu.  Jagalah Allah! Niscaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu.  Apabila kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah!  Apabila engkau memohon pertolongan maka mintalah kepada Allah!  Ketahuilah, seandainya umat manusia bersatu untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu kecuali sesuai yang telah Allah tentukan untukmu. Seandainya mereka bersatu untuk menimpakan suatu mudarat kepadamu, nescaya tidak akan membahayakanmu kecuali sesuai yang telah Allah tetapkan akan menimpamu.  Pena telah diangkat dan lembaran telah kering’.” 

[Imam At-Tirmizi]

Sabda Rasulullah ﷺ :                   

“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.”  Mereka berkata  :  "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal?  Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?"   Jawab Baginda :  "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya."   Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala  [Al-Lail (92) ; ayat 5-10] :

 فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥) وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧) وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨) وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Ada pun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga.  Ada pun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan."

[Imam Bukhari]

Rasulullah  ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara:  Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia.  Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Syurga sehingga jarak antara dirinya dengan Syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia ke dalam Neraka.  Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Neraka sehingga jarak antara dirinya dengan Neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Syurga, maka masuklah dia ke dalam Syurga.” 

[Imam Muslim]

Bersambung siri 283  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 283)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

....Sambungan.....

Hadith Rasulullah  ﷺ :

Sayyidina Umar Radhiallahu anhu  bertanya Nabi ﷺ  :

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh Baginda : "Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.  Lalu dibalas oleh Umar:  "Jika demikian, adakah kita harus menyerah sahaja?"  Baginda Bersabda:  "Beramallah wahai Ibnu al-Khattab.  Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan.  Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (Syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli Syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli Siksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke Neraka."

[Imam Ahmad]

(5) Persoalan Taqdir ini sememangnya memeningkan bagi kebanyakan orang Islam awam.  Pendirian yang selamat ketika menghadapi persoalan Taqdir adalah : 

Pertama :  Apabila seseorang berada pada jalan yang benar, jalan lurus, jalan yang di Redhai Allah (iaitu Ahlus Sunnah), maka banyakkan Syukur kepada Allah dan terus istiqomah, pegang teguh Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.  

Sebaliknya barangsiapa berada pada jalan-jalan kesesatan (selain Ahlus Sunnah), hendaklah segera Taubat dan bergabung dengan Ahlus Sunnah yang benar iaitu satu-satunya Jalan Allah dan Rasul-Nya yang benar.  Inilah Bahtera Rasulullah ﷺ yang akan terus belayar merentas zaman sampai Akhirat. 

Ke-2 :  Ketika kamu memperoleh berbagai Nikmat Allah, katakan : Sesungguhnya semua Nikmat ini dari Kurnia Tuhanku. Aku wajib bersyukur".  Maka bersyukurlah atas Kurniaan-Nya.  JANGAN sesekali mengaku atau mendabik dada mengakui semua Nikmat itu hasil dari kebaikan yang kamu kerjakan.  Jika demikian kamu akan binasa kerana yang demikian itu sifat Takabbur yang di Murkai Allah. 

Ke-3 :  Ketika datang berbagai dugaan seperti kemiskinan, kecelakaan atau musibah yang lain, katakan :  Sesungguhnya ini dugaan Allah untuk hapuskan dosa-dosaku yang banyak.  Aku mesti bersabar dan bertaubat.

Ke-4 :  Ketika datang keraguan berkenaan Taqdir palingkan segera kepada Allah.....katakan Allah lebih Mengetahui tentang kamu. Katakan : "Ketentuan Allah padaku yang terbaik."

Ke-5 : Jika datang bisikan : "Kamu tak perlu ikut hukum-hakam semua sebab Allah telah tentukan tempat engkau di dalam Syurga atau Neraka, jadi tak guna pun kau beramal."  

Itu adalah bisikan nafsu dan Syaitan, maka katakan : 

"Allah Ta'ala menunjukkan aku jalan kebaikan mengikut Ahlus Sunnah, dan Dia menunjukkan aku Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka aku mesti pegang teguh dengan Perintah Allah, aku mesti istiqomah dengan semua Perintah Allah dan pegang teguh dengan Pewaris Nabi yang Siddiq.   In shaa Allah aku termasuk hamba-hamba yang di Redhai-Nya."

Bersambung siri 284  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 281)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

....Sambungan.....

Rawatan dan Penjagaan:

(1) Sesungguhnya persoalan Taqdir, Af'al Allah dan Af'al makhluq menjadi perdebatan orang-orang Islam sehingga sebahagian orang Islam jatuh kepada fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah (72 golongan).   Sebagaimana kami memperingatkan berulangkali, hal penyelewengan ini bukan sahaja terkena kepada orang Islam awam tetapi juga cerdik pandai Agama, bahkan pelopor bagi golongan sesat ini adalah orang cerdik pandai Agama bergelar "ulama".  Dengan demikian setiap Muslim wajib memerhatikan dari mana dia mengambil ilmunya. 

(2) Perlakuan "menentang Taqdir" atau "menyalahkan Taqdir" atau menganggap "Taqdir yang Allah tentukan sebagai tidak adil" atau "tidak meredhai Taqdir" atau barang sebagainya merupakan sebahagian daripada persoalan Aqidah, yang menjerumuskan kepada kebinasaan. 

(3) Setiap manusia Muslim wajib menuntut Ilmu Tauhid (dan juga ilmu fardhu 'Ain yang lain) daripada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Atau daripada seseorang yang pernah menuntut daripada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Ini kerana hanya Mursyid yang Siddiq sahaja mewarisi Ilmu Nabi Zahir dan Batin dan hanya mereka sahaja sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.

(4) Hendaklah yakin bahawa tiada suatu pun kejadian berlaku di atas muka bumi melainkan ianya merupakan Taqdir Ketentuan Allah pada Azali.  Setiap Taqdir berlaku di atas Ilmu, Iradat  dan Qudrat Allah Ta'ala. 

Ilmu Allah bermaksud :  Allah Ta'ala Maha Mengetahui apa-apa kejadian yang akan berlaku, tempat berlakunya, masa berlakunya dan segala yang berkait dengan kejadian tersebut, dari Ilmu-Nya Yang Maha Luas sejak Azali lagi.  Dia Yang Maha Menetapkan Segala suatu pada Azali, maka mustahil Dia tidak tahu apa yang Dia telah tetapkan. 

Iradat Allah adalah :  Kehendak Allah sejak Azali berkenaan suatu yang di Kehendaki-Nya berlaku pada manusia atau makhluq lain seluruhnya.  Kelahiran, kehidupan, kematian semuanya ketentuan Allah pada Azali.  Kelangsungan alam dunia, perjalanan planet-planet, matahari, bulan, bintang-bintang, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami atau bencana lainnya adalah menurut Kehendak Allah yang tertulis di Luh-Mahfuz. 

Qudrat Allah adalah :  Kekuasaan Allah yang menjadikan setiap suatu pada kadar, ukuran dan masanya sesuai dengan ketetapan-Nya pada Azali.  Tidak ada sesiapa pun mampu mengubah ketetapan tersebut. Tiada kuasa manusia mana pun mampu mengubah segala suratan Taqdir di Luh-Mahfuz.

Bersambung siri 282  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 280)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

.....Sambungan.....

Contoh 6

Allah Ta'ala menguji orang-orang beriman dengan berbagai musibah — kesakitan, kemalangan, kematian ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dll.  Oleh kerana tak tahan dengan penderitaan yang dialami mereka sering mengeluarkan kata-kata menyalahkan Taqdir dan tidak meredhai ketentuan-Nya.  Misalnya seseorang berkata : 

"Apalah nasibku. Lepas ini siapa yang akan jaga aku dan bagi aku makan." 

atau dia berkata :  "Tuhan tak adil, mengapa dia mengambil orang yang aku sayang."  

atau dia berkata :  "Aku sudah tunaikan semua kewajipan, kenapa Tuhan tak kabulkan doaku."

Sesungguhnya semua ucapan tersebut atau ucapan-ucapan lain sepertinya adalah ucapan-ucapan kufur yang boleh membinasakan Iman seseorang.  

Sebagaimana kami huraikan di dalam Bab Taqdir —  ketentuan Allah ke atas makhluq, Allah Ta'ala memperbuat sesuatu menurut Kehendak-Nya, bukan menurut kemahuan makhluq. Semua Ketentuan Allah mengandungi hikmah dan rahsia-rahsia yang sangat tersembunyi yang tidak diketahui oleh manusia. Ketika ditimpa suatu musibah, jika mereka bersabar dan tawakkal penuh kepada Allah sambil berusaha menurut Perintah-Nya, maka mereka dijanjikan dengan tiga macam kebaikan :

Pertama : Dihapuskan dosa (dosa kecil)

Kedua :  Diberikan ganjaran pahala.

Ketiga :  Diberikan kebaikan Darjat keimanan. 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” 

[Imam Bukhari]

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yang tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yang disebabkan oleh orang lain) dan kerisauan, hatta duri yang mencucuknya kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Senantiasa ujian itu menerpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.”

[Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan oleh Allah Ta'ala dosa-dosanya, seperti sebatang pohon yang menggugurkan daunnya." 

[Imam Muslim]

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu derajat dan akan dihapus satu kesalahannya."

[Imam Muslim]

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat derajatnya atau menghapus kesalahannya."

[Imam Muslim]

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan dan bahkan juga kekalutan yang menimpa seorang mukmin, melainkan dengan semua itu dihapuskan sebahagian dosanya." 

[Imam Muslim].

Bersambung siri 281  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 279)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

.....Sambungan.....

Contoh 4

Seorang abid (taat beribadah), sentiasa puasa sunnat dan hidupkan solat malam, dan jauhi sekalian ma'siat, merasa hairan melihat jirannya yang tak kuat ibadah tetapi sangat kaya-raya dan hidup mewah. Mereka sering melancong ke sana sini dengan penuh keriangan.  Maka timbul sangkaan di dalam hatinya bahwa Allah tidak adil. Dia menyangka dirinya yang selalu ta'at dan sungguh-sungguh beribadah sepatutnya mengecapi kebahagiaan tersebut.  

Sesungguhnya si abid ini tertipu. Allah Ta'ala Kurniakan berbagai Nikmat kepada manusia bukan kerana amal ibadahnya, bukan kerana kebaikan yang diperbuatnya dan bukan kerana ketinggian kedudukannya pada pandangan mata manusia. Tetapi ianya adalah semata-mata kerana Rahmat-Nya yang Maha Luas.  Keadaan kamu yang miskin dan dhaif, meskipun kamu melakukan ketaatan merupakan dugaan Allah ke atas kamu. Jika kamu bersabar dan terus cekal hati di dalam ubudiyyah kepada Allah Ta'ala, maka kamu akan mencapai kejayaan. Sebaliknya jika kamu merungut dan menyalahkan Taqdir, maka pintu kebinasaan terbuka luas untuk kamu.  Wal Iyazubillah.

Firman Allah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar”. 

[Al Baqarah (2) : Ayat 155]

Contoh 5

Terkait dengan contoh 4 di atas, orang Islam secara umumnya hidup di dalam kepayahan, kemiskinan atau serba kekurangan. Sedangkan orang-orang fasiq, zalim dan kafir hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan kaya-raya. Sehingga timbul rasa tak puas hati dikalangan orang-orang Islam.  Mereka tidak redha dengan Ketentuan Allah. Mereka sering mempersoalkan di dalam hati mengapa Allah Ta'ala Memberikan kekayaan kepada orang-orang kafir sedangkan mereka terang-terangan menentang Allah dan Rasul-Nya.   Bagi orang-orang Islam awam ini, memadai peringatan Allah ini...!

Firman Allah :

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦۤ أَزۡوَٲجً۬ا مِّنۡہُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَہُمۡ فِيهِ‌ۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰ

"Dan janganlah engkau melirik (menujukan) pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih kekal."

[Ta-ha (20) : Ayat 131]

Rasulullah ﷺ bersabda:

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: “Bila kamu melihat Allah Ta'ala Mengurniakan pada hamba (kemewahan, kelazatan, kenikmatan) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus melakukan ma'siat (kekufuran, kefasikan, kezaliman) kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahwa yang demikian itu adalah istidraj dari Allah (kelangsungan atau Kurnia Allah di dalam Kemurkaan-Nya).”   Kemudian Rasulullah ﷺ membaca Firman Allah : , فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

[Al-An'am (6) : Ayat 44]     “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]

Bersambung siri 280  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

( Siri 278)

■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

.....Sambungan.....

Contoh-contoh tidak redha dengan Taqdir

==============================

Berikut adalah beberapa contoh yang lazim terjadi di kalangan manusia berhubung dengan ketentuan Allah yang berlawanan dengan kehendak, cita-cita dan harapan mereka. Manusia menyangka mereka mesti memperoleh sesuatu yang mereka inginkan. Apabila gagal mencapainya, mereka terus menyalahkan Taqdir. Mereka mempersoalkan keadilan Allah.  Mereka mempertikaikan suatu nasib buruk yang menimpa mereka. 

Contoh 1

Dua orang pelajar sekolah atau Universiti sama-sama belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Seorang mendapat kejayaan cemerlang sedangkan seorang lagi gagal atau tidak berjaya mencapai keputusan cemerlang seperti kawannya. Orang yang gagal ini tak boleh menerima kenyataan, lalu dia mempertikaikan Taqdir dan menyangka Allah tidak adil. Ini kekufuran yang membawa kebinasaan.

Contoh 2

Seorang peniaga yang bekerja sungguh-sungguh mencari rezeki, tetapi tetap miskin. Hidupnya sangat susah dan dhaif. Walaupun dia cuba macam-macam cara untuk memajukan pernigaannya dan mengecapi kekayaan seperti orang lain, namun keadaannya tetap sama. Lalu dia berkata di dalam hati Allah tidak adil. Ini kata-kata kufur yang menunjukkan tidak redha dengan ketentuan Allah ke atasnya.

Contoh 3

Menjadi suatu kelaziman, sebahagian Salikin (murid pada jalan Ma'rifat) yang sudah lama mujahadah pada Jalan Ma'rifat merasa hairan dengan ketentuan Allah. Salikin yang datang kemudian semuanya mencapai kejayaan yang baik. Sedangkan dirinya yang sudah lama mujahadah masih di peringkat yang lama.  Maka datang sangkaan buruk di dalam hatinya terhadap ketentuan Allah. Ini menunjukkan dia tidak redha dengan Taqdir,

Contoh 1-3 di atas menunjukkan keimanan yang rapuh, Tauhid yang sangat lemah. Inilah keimanan orang awam yang sentiasa terumbang-ambing di antara "Tauhid dan syirik (syirik khafi) atau di antara "Iman dan nifaq (munafiq kecil). Mereka gagal melihat bahawa Allah Yang Maha Perkasa Ciptakan sekalian makhluq dan menentukan kedudukan dan kadarnya. Dia (Allah) Mengurniakan Rezeki kepada sesiapa yang di Kehendaki-Nya dan menarik Rezeki daripada sesiapa yang di Kehendaki-Nya. Dia (Allah) Meninggikan kedudukan seseorang dan Dia (Allah) juga Maha Berkuasa Menjatuhkannya. Tiada siapa pun berhak campur tangan di dalam Urusan Qadha dan Qadar yang Allah tetapkan.  

Firman Allah Ta’ala :

 إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[At-Talaq (65) : Ayat 3]

Firman Allah Ta’ala :

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

[Aali- Imran (3) ; Ayat 26]

Sabda Rasulullah ﷺ

“Allah Ta'ala  telah menulis Taqdir makhluq sebelum Dia (Allah) mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. 

[Imam Muslim].

Bersambung siri   279  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 15 - AKHIR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Fasal 15 :   Khotimah Demikianlah kami m...