■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 281)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 36 :
Tidak Redha dengan Taqdir
....Sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan:
(1) Sesungguhnya persoalan Taqdir, Af'al Allah dan Af'al makhluq menjadi perdebatan orang-orang Islam sehingga sebahagian orang Islam jatuh kepada fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah (72 golongan). Sebagaimana kami memperingatkan berulangkali, hal penyelewengan ini bukan sahaja terkena kepada orang Islam awam tetapi juga cerdik pandai Agama, bahkan pelopor bagi golongan sesat ini adalah orang cerdik pandai Agama bergelar "ulama". Dengan demikian setiap Muslim wajib memerhatikan dari mana dia mengambil ilmunya.
(2) Perlakuan "menentang Taqdir" atau "menyalahkan Taqdir" atau menganggap "Taqdir yang Allah tentukan sebagai tidak adil" atau "tidak meredhai Taqdir" atau barang sebagainya merupakan sebahagian daripada persoalan Aqidah, yang menjerumuskan kepada kebinasaan.
(3) Setiap manusia Muslim wajib menuntut Ilmu Tauhid (dan juga ilmu fardhu 'Ain yang lain) daripada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Atau daripada seseorang yang pernah menuntut daripada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Ini kerana hanya Mursyid yang Siddiq sahaja mewarisi Ilmu Nabi Zahir dan Batin dan hanya mereka sahaja sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.
(4) Hendaklah yakin bahawa tiada suatu pun kejadian berlaku di atas muka bumi melainkan ianya merupakan Taqdir Ketentuan Allah pada Azali. Setiap Taqdir berlaku di atas Ilmu, Iradat dan Qudrat Allah Ta'ala.
Ilmu Allah bermaksud : Allah Ta'ala Maha Mengetahui apa-apa kejadian yang akan berlaku, tempat berlakunya, masa berlakunya dan segala yang berkait dengan kejadian tersebut, dari Ilmu-Nya Yang Maha Luas sejak Azali lagi. Dia Yang Maha Menetapkan Segala suatu pada Azali, maka mustahil Dia tidak tahu apa yang Dia telah tetapkan.
Iradat Allah adalah : Kehendak Allah sejak Azali berkenaan suatu yang di Kehendaki-Nya berlaku pada manusia atau makhluq lain seluruhnya. Kelahiran, kehidupan, kematian semuanya ketentuan Allah pada Azali. Kelangsungan alam dunia, perjalanan planet-planet, matahari, bulan, bintang-bintang, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami atau bencana lainnya adalah menurut Kehendak Allah yang tertulis di Luh-Mahfuz.
Qudrat Allah adalah : Kekuasaan Allah yang menjadikan setiap suatu pada kadar, ukuran dan masanya sesuai dengan ketetapan-Nya pada Azali. Tidak ada sesiapa pun mampu mengubah ketetapan tersebut. Tiada kuasa manusia mana pun mampu mengubah segala suratan Taqdir di Luh-Mahfuz.
Bersambung siri 282 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment