Monday, September 04, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 282)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 36 :

Tidak Redha dengan Taqdir

....Sambungan.....



Rasulullah  ﷺ  bersabda:

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

“Suatu hari aku pernah berboncengan bersama Nabi ﷺ, lalu Baginda bersabda, ‘Wahai ghulam, sungguh aku akan mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah!  Niscaya Dia akan menjagamu.  Jagalah Allah! Niscaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu.  Apabila kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah!  Apabila engkau memohon pertolongan maka mintalah kepada Allah!  Ketahuilah, seandainya umat manusia bersatu untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu kecuali sesuai yang telah Allah tentukan untukmu. Seandainya mereka bersatu untuk menimpakan suatu mudarat kepadamu, nescaya tidak akan membahayakanmu kecuali sesuai yang telah Allah tetapkan akan menimpamu.  Pena telah diangkat dan lembaran telah kering’.” 

[Imam At-Tirmizi]



Sabda Rasulullah ﷺ :                   

“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.”  Mereka berkata  :  "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal?  Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?"   Jawab Baginda :  "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya."   Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala  [Al-Lail (92) ; ayat 5-10] :


 فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥) وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧) وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨) وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Ada pun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga.  Ada pun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan."

[Imam Bukhari]



Rasulullah  ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara:  Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia.  Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Syurga sehingga jarak antara dirinya dengan Syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia ke dalam Neraka.  Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Neraka sehingga jarak antara dirinya dengan Neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Syurga, maka masuklah dia ke dalam Syurga.” 

[Imam Muslim]



Bersambung siri 283  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...