Monday, January 02, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 185)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

sambungan....


Cabang 1 : Dosa Khianat sesama manusia

Cara Selesaikan Hak manusia yang dikhianati


Sebagaimana telah dijelaskan, cara selesaikan dosa2 sesama manusia, (di dalam hal ini dosa khianat), tidak memadai dengan hanya membaca istighfar, misalnya membaca istighfar dan mengaku bersalah. Meskipun dia sungguh2 Taubat, belum memadai. Sehingga dia sendiri selesaikannya dengan orang yang telah dikhianati / dizaliminya, berdasarkan panduan berikut :


Pertama : Mohon maaf kepada orang yang telah dikhianatinya.


Kedua : Pulangkan harta / wang yang pernah diambil atau dirampasnya secara zalim.


Ketiga : Jika harta yang dikhianati telah habis dimakan, hendaklah diganti yang sama atau diganti dengan nilai wang ringgit.


Keempat : Jika orang yang dikhianatinya tidak dapat ditemui, maka hendaklah diserahkan kepada warisnya.


Kelima : Jika warisnya juga tak dapat ditemui, maka hendaklah sedekah harta tersebut dan diniatkan pahalanya kepada orang yang telah dizalimi / dikhianatinya.


Keenam:  Jika dia telah menghabisi semua harta yang pernah dirampas atau diambil dengan cara zalim, dan dia sendiri tiada lagi harta untuk diganti,  maka hendaklah banyak2 buat zikir, tahlil baca yasin dan niatkan pahala kepada orang yang telah dizalimi. Moga segala amal kebaikan yang banyak menjadi tebusan bagi menggantikan dosa2 kezalimannya di Hari Perhitungan. 


Demikianlah cara dan langkah2 yang wajib dipatuhi, moga dosa orang2 yang telah melakukan berbagai kezaliman dan dosa2 khianat kepada manusia lain memperoleh keampunan Allah.  


Bagaimana pula halnya ketika di Hari Pengadilan, amal2 kebaikannya tak memadai bagi menggantikan dosa2 nya terhadap orang yang terzalim? Jika pahala amalnya tiada atau telah habis, maka diambil dosa orang yang dikhianati dan di timpakan ke atas orang yang khianat / zalim.


Sabda Rasulullah ﷺ :

عن أَبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عن النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: مَنْ كَانتْ عِنْدَه مَظْلمَةٌ لأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ مِنْ شَيْءٍ فَلْيتَحَلَّلْه ِمِنْه الْيَوْمَ قَبْلَ أَلَّا يكُونَ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ، إنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمتِهِ، وإنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سيِّئَاتِ صاحِبِهِ، فَحُمِلَ عَلَيْهِ 

“Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia mempunyai amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya."

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Di sini timbul lagi suatu persoalan lain, apa akan terjadi kepada orang2 yang melakukan kezaliman, (di dalam hal ini pengkhianatan) terhadap ramai manusia sehingga tak mungkin baginya memohon ampun kepada semua orang terzalim?  Dan tak mungkin juga dia bayar balik semua harta yang "dimakannya" (diambil atau dirampasnya) secara zalim kerana terlalu ramai yang dizaliminya.?


Mereka2 ini adalah :

Pertama : Ulama yang membawa kesesatan kepada manusia kerana fatwa2 yang sesat atau kerana membawa kefahaman2 sesat.

Kedua :  Pemimpin Negara dan pegawai2nya yang Khianat kepada Amanah kepimpinan, melakukan berbagai kezaliman, penindasan dan penipuan. 



Bersambung siri  186  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 184)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

sambungan....


Bentuk2 Pengkhianatan


Secara umum "khianat" terbahagi dua:

Pertama: Khianat kepada Allah dan Rasul-Nya

Apabila disebut  "Khianat kepada Allah dan Rasul-Nya"  secara khusus, maka ia bermaksud "khianat" kepada sekalian kewajipan yang Allah Fardhukan yang terkena pada dirinya sendiri dan tidak terkait dengan manusia lain.  Misalnya Solat, zakat, puasa, Haji, Da'wah (menurut kemampuannya), Jihad (zahir dan batin), makan yang halal, tinggalkan yang haram ... semua ini adalah contoh2 utama Kewajipan dan Amanah yang tertanggung atas setiap orang beriman. Melanggarnya atau abaikannya merupakan suatu Pengkhianatan. 


Kedua : Khianat sesama manusia

Apabila diluaskan pengertian "Amanah" dan  "Khianat" ini kepada hal2  yang bersangkut paut dengan manusia Muslim lain atau terkait kepada Kafir Zimmi (orang bukan Islam yang bernaung di dalam Pemerintahan Islam dan membayar jizyah), maka terjadilah dosa kepada dua pihak :  Pertama : Dosa dengan Allah Ta'ala dan Kedua : Dosa dengan orang yang  terkena kezaliman orang yang khianat. Contoh2nya amat banyak dan telah pun dibentangkan sebahagian daripadanya. 


Persoalan penting untuk direnungkan:

Daripada kedua2 bentuk Pengkhianatan tersebut, mana satu yang lebih besar bahayanya dan  lebih dahsyat akibatnya?  


Pada hakikatnya kedua2nya sangat bahaya kerana istilah "Khianat" bukanlah suatu ungkapan ringan, sebaliknya membawa beban berat bagi setiap orang beriman. Berbuat satu dosa yang kecil saja pun menjadi ketakutan yang menggetarkan jiwa orang beriman apa lagi dosa "Khianat" yang mengakibatkan "tanda Munafiq".  


Sebagaimana yang digambarkan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ perbezaan antara orang beriman dan orang yang fujjar, ketika berhadapan dengan dosa2 yang telah diperbuatnya. 


Rasulullah ﷺ  bersabda :

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا (رواه البخاري)

Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu anhu berkata, bahwa Nabi ﷺ  bersabda : “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

[Imam Bukhari]


Dengan demikian, kedua2 bentuk Pengkhianatan adalah amat berat. Walau bagaimanapun apabila dihitung pada sudut penyelesaiannya, yang kedua merupakan dosa lebih berat kerana penyelesaiannya bukan sahaja dengan bertaubat kepada Allah semata2 tetapi tergantung atas manusia yang dikhianati. Ertinya segala penganiayaan terhadapnya wajib ditebus sebelum mati.


Sabda Rasulullah ﷺ :

“Kezaliman ada tiga macam: Kezaliman yang tidak diAmpuni oleh Allah, kezaliman yang Allah Ampuni dan kezaliman yang tidak dibiarkan oleh Allah. Adapun kezaliman yang tidak di Ampuni oleh Allah adalah kesyirikan. Firman Allah :  "Sesungguhnya kesyirikan adalah kezaliman yang paling besar".  Adapun kezaliman yang Allah ampuni adalah kezaliman seorang hamba pada dirinya sendiri, antara dia dengan Allah.   Dan kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah adalah kezaliman hamba pada orang lain sampai kezaliman tersebut terbayar.” 

[Imam Abu Dawud, Imam Abu Nu'aim]


Persoalan yang timbul di sini..

Bagaimanakah jika orang terzalim sudah mati?

Bagaimanakah pula hal dosanya terhadap ramai orang?

Misalnya seorang pegawai bersara telah menzalimi ramai orang?  Bila sudah bersara baru insaf tetapi sudah terlambat sebab harta2 habis dimakan sehingga takkan mampu bayar balik kepada orang yang terzalim akibat perbuatannya. 


Bagaimanakah dengan Pemimpin yang telah zalimi rakyatnya yang berjuta orang?


Akan datang penjelasan lanjut berkenaan hal ini....!


Bersambung siri  185  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 183)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

sambungan....


Contoh 15:   Pengkhianatan di Akhir zaman

Selain daripada Pengkhianatan yang telah dihuraikan sebelum ini, terdapat bentuk2 pengkhianatan lain di akhir zaman ini, yang tidak disedari oleh kebanyakan orang awam. Di antaranya :


(1) Pengkhianatan Golongan Wahhabiyyah (Khawarij)

Mereka menyelewengkan kandungan kitab2 Ulama Ahlus Sunnah, menghapus dan tokok tambah mana2 bahagian yang sesuai dengan doktrin Wahhabiyyah lalu menerbitkan Kitab lain VERSI WAHHABIYYAH (khawarij).  Ertinya mereka kekalkan nama Pengarang asal Imam Ahlus Sunnah tetapi kandungan kitab tersebut tercemar dengan doktrin sesat Wahhabiyyah (Khawarij) sehingga orang Islam awam menyangka ianya daripada Imam Ahlus Sunnah sedangkan ianya hasil kerja pengkhianatan Wahhabiyyah (Khawarij). 


(2) Pengkhianatan Pakar2 komputer

Pakar IT bergabung dengan pakar Elektronik, dan Perubatan bagi menghasilkan suatu bentuk senjata halus yang boleh mencederakan atau membunuh manusia secara senyap2.  


Sebahagian besar daripada Agenda2 tersebut adalah daripada Yahudi dan Nasrani secara langsung.  Namun sebahagian lagi adalah daripada orang2 Islam sendiri yang menjadi "kuda tunggangan" Yahudi dan Nasrani.  Mereka telah khianati Amanah Allah.  Mereka inilah "musuh di dalam selimut" yang lebih merbahaya daripada kafir yang memerangi Ummat Islam terang2an...!   


Barangsiapa di kalangan orang Islam subahat kepada segala perancangan jahat ini dengan apa jua cara ; sama ada dengan ucapan atau penulisan atau bersetuju di dalam hati, maka semua perlakuan ini samalah seperti pengkhianat tersebut.  Dan dosanya sama seperti orang yang melakukan pengkhianatan.  Ini kerana subahat kepada kemungkaran adalah kemungkaran walaupun dia sendiri tidak melakukannya. 


Firman Allah:

وَلاَ تَرْكَنُــوْا إلَى الَّذِيْنَ ظَلَمُــوا فَتَمَسَّــكُمُ النَّــارُ  وَمَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِ  اللهِ مِنْ اَوْلِيَـآءَ ثُمَّ  لاَ تُنْصَرُوْنَ   

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim maka (akibatnya) kamu akan disambar api Neraka, (dalam keadaan) kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

[Hud (11) : Ayat 113]


Rasulullah    ﷺ bersabda :

‌إِذَا ‌عُمِلَتِ ‌الْخَطِيئَةُ فِي الْأَرْضِ كَانَ مَنْ شَهِدَهَا فَكَرِهَهَا كَمَنْ غَابَ عَنْهَا، وَمَنْ غَابَ عَنْهَا فَرَضِيَهَا، كَانَ كَمَنْ شَهِدَهَا

“Apabila dilakukan satu kesalahan (kemungkaran) di atas muka bumi, sesiapa yang menyaksikannya lalu membencinya adalah seperti orang yang tidak melihat kemungkaran tersebut.  Sesiapa yang tidak menyaksikannya (tidak menghadap kemungkaran), kemudian dia redha dengannya, adalah seperti orang yang menyaksikannya.”

[Imam Abu Dawud]


Bersambung siri  184  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 182)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21: Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

.sambungan....


Contoh 14: Penguasa, Pemimpin khianat Amanah Allah

Sesungguhnya Amanah Pemerintahan / Kepimpinan Ummat merupakan Amanah paling besar dari Allah Ta'ala. Maka pengkhianatan kepada Amanah ini juga merupakan Pengkhianatan terbesar. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ أَلَا وَلَا غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ

"Di hari Qiamat kelak setiap pengkhianat akan membawa bendera yang dikibarkannya tinggi-tinggi sesuai dengan pengkhianatannya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang penguasa terhadap rakyatnya."

[Imam Muslim]


Sabda Rasulullah ﷺ:

 مَا مِنْ وَالٍ يَلِى رَعِيَّةً مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، فَيَمُوتُ وَهْوَ غَاشٌّ لَهُمْ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

"Tidaklah seorang memimpin rakyat muslimin, lalu dia mati dalam menipu rakyatnya, maka Allah haramkan baginya untuk masuk Syurga."

[Imam Bukhari]


Ini Amaran keras dari Rasulullah   ﷺ kepada sekalian Pemerintah, Pemimpin Negara, Penguasa yang mentadbir (di semua peringkat) ummat Islam,   bahawa tiada pengkhianatan lebih besar dari pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan ini.    


Pengkhianatan Amanah Allah oleh Penguasa / Pemimpin2 Negara bukanlah suatu yang baru tetapi telah lama berlaku, iaitu mulai era pemerintahan Pemimpin2 Fasiq dan Zalim yang dikenali sebagai Mulkan Addhan, (Zaman Pemerintahan Menggigit).  Kini tradisi kezaliman dan pengkhianatan diteruskan oleh Pemimpin2 Politik Demokrasi dan campur aduk dengan Diktator kuku besi, disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai Mulkan Jabriyyan (Zaman Pemerintahan diktator dan Pembesar2)


1. Memandang remeh hukum Allah dan dirikan Sistem kufur. 


2.  Pemimpin2 Politik utamakan jawatan, pangkat dan kedudukan daripada menyempurnakan Amanah Allah. 


3. Ahli politik yang kelihatan "menjunjung Islam", berpakaian seperti Ulama, melaung2kan hukum2 Islam dan fasih bersyarah berkenaan Ayat Qur'an dan Hadith Nabi tetapi mulut mereka penuh dengan pembohongan.  Mereka mentafsirkan Ayat2 Qur'an mengikut nafsu dan Agenda Politik mereka.  


4. Tidak sedikit pemimpin2 politik menabur janji, bersumpah khidmat untuk rakyat..  berlumba2, berperang sama sendiri untuk menjadi pemimpin ... namun apabila mereka diberi mandat, mereka mengkhianati amanah yang telah diberikan.  Mereka melakukan segala macam penipuan, penindasan dan kezaliman. 


5. Penyelewengan harta rakyat — berbelanja mewah, habiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.


6. Ugut dan menangkap orang yang menyatakan kebenaran hukum2 Agama. 


7. Rasuah dan salah guna kuasa. 


Demikian sebahagian dari perbuatan khianat oleh Penguasa2 yang menguasai Ummat Islam pada zaman ini.  Persoalan untuk direnungkan :  

"Adakah Pemimpin / Penguasa2 ini tak takut Hukuman Allah?"


Bersambung siri  183  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 181)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

sambungan....


Contoh 13:  Ulama as-su'  (Ulama jahat) khianat Amanah Allah

Di antara pengkhianatan terbesar manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya adalah  pengkhianatan Ulama As-Su' (hampir serupa dengan Pengkhianatan para Penguasa dan Pemimpin Negara). 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Berkenaan Ulama As-Su' telah datang (kepada kami) kenyataan2 tegas yang menunjukkan bahawa mereka ( Ulama As-Su) menerima azab yang sangat keras pada Hari Qiamat berbanding dengan orang lain."

[Ihya Ulumuddin — Bab Tanda Ulama Akhirat dan Ulama As-Su']


Berkata Al-Fudhail bin Iyadh Radhiallahu anhu:

Sampai kepadaku bahawa orang berilmu yang fasiq (Ulama As-Su') didahulukan penyiksaannya pada hari Qiamat daripada penyembah2 berhala."

[Ihya Ulumuddin — Bab Tanda Ulama Akhirat dan Ulama As-Su']


Yang dimaksudkan dengan "Ulama as-su' adalah Ulama jahat, Ulama dunia, Ulama nafsu yang mempergunakan kelebihan ilmu (ertinya memiliki kepandaian di dalam ilmu zahir) yang ada padanya untuk kepentingan nafsunya.  Di antara kejahatan mereka adalah :


1. Mengubah Ayat2 Allah lalu berdusta kepada manusia bahawa  "Ini dari Allah".


2. Membuang Ayat2 berupa amaran Allah kepada kejahatan mereka.


3. Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut hawa nafsu atau menuruti kehendak Penguasa / Pemimpin Negara.


4. Mengeluarkan fatwa2 yang bertentangan dengan kebenaran (Ahlus Sunnah). 


5. Bersekutu dengan penguasa untuk menghalang kebenaran Agama (Ahlus Sunnah).


6. Berdiam diri terhadap Kemungkaran dan Kezaliman Pemerintah, bahkan mereka bersekutu dengan mereka.


7. Menjadi penjilat Penguasa2 untuk memperoleh pangkat, kedudukan, harta benda dan kemewahan duniawi. 


Firman Allah تَعَالَى:

فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۖ فَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. 

[Al-Baqarah (2) : ayat 79]


Firman Allah تَعَالَى:

ٱشۡتَرَوۡاْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِهِۦۤ‌ۚ إِنَّہُمۡ سَآءَ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ

" Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan."

[At-Taubah (9) : ayat 9]


Rasulullah ﷺ bersabda:

الْعُلَمَاءُ أَمَنَاءُ الرُّسُلِ مَا لَمْ يُخَالِطُوْا السُّلْطَانَ وَ يُدَاخِلُوْا الدُّنْيَا فَاِذَا خَالَطُوْا السُّلْطَانَ وَ دَاخَلُوْا الدُّنْيَا فَقَدْ خَانُوْا الرُّسُلَ فَاحْذَرُوْهُمْ وَفِيْ رِوَايَةٍ لِلْحَاكِمِ فَاعْتَزِلُوْهُمْ

“Ulama adalah kepercayaan para Rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para Rasul. Oleh sebab itu jauhilah mereka.” 

[Imam Al-Haakim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya aku lebih takutkan akan kamu kepada yang bukan Dajjal daripada Dajjal. Lalu ditanyakan kepada Baginda, "Siapa itu wahai Rasulullah?"  Maka Baginda menjawab, "Imam-Imam (Ulama As-su') yang menyesatkan"

[Imam Ahmad]


Bersambung siri  182  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

Sunday, January 01, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 180)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

sambungan....


Contoh 12:  Buka Rahsia Ketuhanan

Membuka rahsia2 Ketuhanan yang diberikan oleh Allah kepada orang beriman (khususnya Salikin, iaitu mereka yang sedang mujahadah menuju Allah dengan mengikut Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) adalah suatu Pengkhianatan Amanah, dan pengkhianatan ini di antara yang amat berat hukumannya. 


Apakah yang dimaksudkan dengan "Rahsia Ketuhanan" ?

Dikehendaki dengan "Rahsia Ketuhanan" adalah rahsia tertentu yang Allah Ta'ala masukkan ke dalam hati hamba2 Allah yang sedang mujahadah pada jalan-Nya, iaitu meliputi :


(1) Rahsia Rabbaniyyah (Ketuhanan) 

(2) Rahsia Nubuwwah (Kenabian)

(3) Rahsia Ubudiyyah (kehambaan yang terkait kepada Ketuhanan)

(4) Rahsia Insan (kemanusiaan)

(5) Rahsia makhluq dan sekalian alam ghaib


Rahsia2 ini akan terbuka beransur2 dan berperingkat2 kepada Salikin, menurut peningkatan keruhaniannya dan menurut Kehendak Allah (bukan kemahuan salik).  Sekalian rahsia ini merupakan "Amanah Allah" kepada Salikin yang WAJIB disimpan baik2 dan dipelihara lebih dari emas perak dan intan.  Mana2 Salikin membuka Rahsia2 ini kepada umum atau menjadikannya "bahan bualan kedai kopi", maka dia telah khianat kepada Allah. 


Berdasarkan adab dan peraturan Jalan Ma'rifat semua macam rahsia ini hanya boleh dilaporkan kepada Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq yang memimpinnya.  Setelah ditafsirkan oleh Gurunya (atau tidak tafsirkan),  hendaklah diam dan simpan semua rahsia tersebut. Dilarang keras sebarkannya. Ini kerana membuka rahsia Ketuhanan adalah pengkhianatan dan kekufuran . 


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:

"Meskipun (para Kekasih Allah), diberi Ilham akan Rahsia2 Allah, namun rahsia2 tersebut tidak dibuka atau diceritakan kepada orang lain, kerana membuka rahsia Ketuhanan itu adalah kekufuran"

[Sirrul Asrar]


Di samping itu, ada lagi orang awam yang tak tahu apa-apa berkenaan Ma'rifat, tiba2 mereka-reka cerita (mengadakan2 pembohongan) berkenaan Ketuhanan dan alam Ghaib. Misalnya mereka sebarkan cerita di dalam internet bahawa mereka mimpi Allah, jumpa Nabi Khidir, jumpa Imam Mahdi, jumpa Wali Songo dll sepertinya. Bahkan ada juga mengaku sudah dilantik menjadi Wali besar dunia atau dilantik menjadi Imam Mahdi. 


Semua ini hanyalah pembohongan dan tipu daya Syaitan. Bukti bahawa mereka tertipu adalah : 

Pertama :  Mereka tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Pemimpin kepada Ketuhanan, dengan demikian mereka tak dapat bezakan seruan haq dari Allah dengan seruan batil dari Syaitan atau nafsu. 

Kedua : Jika memang benar pun mereka mendapatnya, mereka tidak sewenang2 sebarkannya pada umum. 


Golongan orang awam yang ghairah ini jatuh kepada pembohongan / dusta atas nama Allah. 


Firman Allah Ta'ala :

قُلۡ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ  مَتَـٰعٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا ثُمَّ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُهُمۡ ثُمَّ نُذِيقُهُمُ ٱلۡعَذَابَ ٱلشَّدِيدَ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡفُرُونَ 

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan."

[Yunus (10) : ayat 69,70]


Bersambung siri  181  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 179)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

sambungan....


Contoh 11:  Bocorkan Rahsia sesama manusia

Apabila dua orang (atau lebih) berbicara secara rahsia dan berjanji untuk menjaganya, maka ia merupakan Amanah yang wajib dipelihara,  ertinya haram membocorkannya. Barangsiapa membocorkan rahsia tersebut, maka dia telah khianat kepada rakannya.


Firman Allah تَعَالَى :

وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولا

"Dan sempurnakan perjanjian. Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya"

[Al-Isra (17) : ayat 34]


 Sabda Rasulullah ﷺ :

إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ الحَدِيثَ ثُمَّ التَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ

"Apabila seseorang berbicara suatu pembicaraan, kemudian dia pergi, maka itu adalah Amanah"

[Imam Abu Dawud, Imam At-Tirmizi]


Berkata Imam Hasan Al-Basri Radhialahu anhu :

"Sesungguhnya termasuk pengkhianatan bahawa engkau bicarakan rahsia saudara engkau"

[Nukilan : Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

"Maka membuka rahsia itu suatu pengkhianatan. Dan itu haram, apabila ada padanya kemelaratan. Dan tercela, jika tidak ada padanya melarat".

[Ihya Ulumuddin]


Di dalam kehidupan bermasyarakat,  wujud beberapa kesepakatan (persetujuan bersama) yang merupakan rahsia yang perlu dipertahankan demi menjaga maslahat dan kebaikan ahli2nya:


Rahsia Keluarga / rumahtangga

Rahsia Majlis Musyawarah (mesyuarat) 

Rahsia Organisasi — Jama'ah,  persatuan, 

Rahsia Perdagangan

Rahsia Pentadbiran dan Keselamatan Negara

atau kelompok2 lain yang melakukan kegiatan halal menurut Syara', tiada bertentangan dengan keselamatan Negara dan tidak terlibat di dalam penyelewengan atau kezaliman. 


Semua pihak yang telibat hal2  rahsia ini wajib menyimpan rahsia tersebut dengan baik dan dilarang membocorkannya kepada orang lain. Yang dimaksudkan dengan "rahsia2 yang wajib disimpan" sudah tentu yang ditujukan adalah perkara2  yang ma'ruf, yang baik, tidak melanggar hukum Agama dan tidak menganiaya orang lain.  


Sekiranya berlaku kesepakatan untuk melanggar hukum-hakam Agama atau menzalimi orang lain, atau merencanakan kesesatan, maka awal2 tindakan ini sudah pun jatuh kepada kebatilan dan kekufuran, maka tidak berlaku istilah "rahsia itu amanah" di dalam hal ini.  


Misalnya sekelompok manusia berbincang secara rahsia untuk musnahkan Aqidah Ahlus Sunnah, ertinya merencanakan kejahatan, kezaliman dan kekufuran. Maka tak layak dikatakan "rahsia itu sebagai amanah" di dalam kelompok ini.  Bahkan sesiapa pun mengetahui pakatan2 untuk merosakkan Islam sama ada terang2an atau sembunyi2, maka wajib membongkarnya atau laporkan kepada pihak Jabatan Agama dan Pihak keselamatan Negara.  


Bersambung siri  180  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

      

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 15 - AKHIR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Fasal 15 :   Khotimah Demikianlah kami m...