Monday, January 02, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 185)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

sambungan....


Cabang 1 : Dosa Khianat sesama manusia

Cara Selesaikan Hak manusia yang dikhianati


Sebagaimana telah dijelaskan, cara selesaikan dosa2 sesama manusia, (di dalam hal ini dosa khianat), tidak memadai dengan hanya membaca istighfar, misalnya membaca istighfar dan mengaku bersalah. Meskipun dia sungguh2 Taubat, belum memadai. Sehingga dia sendiri selesaikannya dengan orang yang telah dikhianati / dizaliminya, berdasarkan panduan berikut :


Pertama : Mohon maaf kepada orang yang telah dikhianatinya.


Kedua : Pulangkan harta / wang yang pernah diambil atau dirampasnya secara zalim.


Ketiga : Jika harta yang dikhianati telah habis dimakan, hendaklah diganti yang sama atau diganti dengan nilai wang ringgit.


Keempat : Jika orang yang dikhianatinya tidak dapat ditemui, maka hendaklah diserahkan kepada warisnya.


Kelima : Jika warisnya juga tak dapat ditemui, maka hendaklah sedekah harta tersebut dan diniatkan pahalanya kepada orang yang telah dizalimi / dikhianatinya.


Keenam:  Jika dia telah menghabisi semua harta yang pernah dirampas atau diambil dengan cara zalim, dan dia sendiri tiada lagi harta untuk diganti,  maka hendaklah banyak2 buat zikir, tahlil baca yasin dan niatkan pahala kepada orang yang telah dizalimi. Moga segala amal kebaikan yang banyak menjadi tebusan bagi menggantikan dosa2 kezalimannya di Hari Perhitungan. 


Demikianlah cara dan langkah2 yang wajib dipatuhi, moga dosa orang2 yang telah melakukan berbagai kezaliman dan dosa2 khianat kepada manusia lain memperoleh keampunan Allah.  


Bagaimana pula halnya ketika di Hari Pengadilan, amal2 kebaikannya tak memadai bagi menggantikan dosa2 nya terhadap orang yang terzalim? Jika pahala amalnya tiada atau telah habis, maka diambil dosa orang yang dikhianati dan di timpakan ke atas orang yang khianat / zalim.


Sabda Rasulullah ﷺ :

عن أَبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عن النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: مَنْ كَانتْ عِنْدَه مَظْلمَةٌ لأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ مِنْ شَيْءٍ فَلْيتَحَلَّلْه ِمِنْه الْيَوْمَ قَبْلَ أَلَّا يكُونَ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ، إنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمتِهِ، وإنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سيِّئَاتِ صاحِبِهِ، فَحُمِلَ عَلَيْهِ 

“Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia mempunyai amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya."

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Di sini timbul lagi suatu persoalan lain, apa akan terjadi kepada orang2 yang melakukan kezaliman, (di dalam hal ini pengkhianatan) terhadap ramai manusia sehingga tak mungkin baginya memohon ampun kepada semua orang terzalim?  Dan tak mungkin juga dia bayar balik semua harta yang "dimakannya" (diambil atau dirampasnya) secara zalim kerana terlalu ramai yang dizaliminya.?


Mereka2 ini adalah :

Pertama : Ulama yang membawa kesesatan kepada manusia kerana fatwa2 yang sesat atau kerana membawa kefahaman2 sesat.

Kedua :  Pemimpin Negara dan pegawai2nya yang Khianat kepada Amanah kepimpinan, melakukan berbagai kezaliman, penindasan dan penipuan. 



Bersambung siri  186  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...