Monday, January 02, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 182)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21: Khianat ( ِخِياَنَة )

Contoh2 pengkhianatan

.sambungan....


Contoh 14: Penguasa, Pemimpin khianat Amanah Allah

Sesungguhnya Amanah Pemerintahan / Kepimpinan Ummat merupakan Amanah paling besar dari Allah Ta'ala. Maka pengkhianatan kepada Amanah ini juga merupakan Pengkhianatan terbesar. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ أَلَا وَلَا غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ

"Di hari Qiamat kelak setiap pengkhianat akan membawa bendera yang dikibarkannya tinggi-tinggi sesuai dengan pengkhianatannya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang penguasa terhadap rakyatnya."

[Imam Muslim]


Sabda Rasulullah ﷺ:

 مَا مِنْ وَالٍ يَلِى رَعِيَّةً مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، فَيَمُوتُ وَهْوَ غَاشٌّ لَهُمْ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

"Tidaklah seorang memimpin rakyat muslimin, lalu dia mati dalam menipu rakyatnya, maka Allah haramkan baginya untuk masuk Syurga."

[Imam Bukhari]


Ini Amaran keras dari Rasulullah   ﷺ kepada sekalian Pemerintah, Pemimpin Negara, Penguasa yang mentadbir (di semua peringkat) ummat Islam,   bahawa tiada pengkhianatan lebih besar dari pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan ini.    


Pengkhianatan Amanah Allah oleh Penguasa / Pemimpin2 Negara bukanlah suatu yang baru tetapi telah lama berlaku, iaitu mulai era pemerintahan Pemimpin2 Fasiq dan Zalim yang dikenali sebagai Mulkan Addhan, (Zaman Pemerintahan Menggigit).  Kini tradisi kezaliman dan pengkhianatan diteruskan oleh Pemimpin2 Politik Demokrasi dan campur aduk dengan Diktator kuku besi, disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai Mulkan Jabriyyan (Zaman Pemerintahan diktator dan Pembesar2)


1. Memandang remeh hukum Allah dan dirikan Sistem kufur. 


2.  Pemimpin2 Politik utamakan jawatan, pangkat dan kedudukan daripada menyempurnakan Amanah Allah. 


3. Ahli politik yang kelihatan "menjunjung Islam", berpakaian seperti Ulama, melaung2kan hukum2 Islam dan fasih bersyarah berkenaan Ayat Qur'an dan Hadith Nabi tetapi mulut mereka penuh dengan pembohongan.  Mereka mentafsirkan Ayat2 Qur'an mengikut nafsu dan Agenda Politik mereka.  


4. Tidak sedikit pemimpin2 politik menabur janji, bersumpah khidmat untuk rakyat..  berlumba2, berperang sama sendiri untuk menjadi pemimpin ... namun apabila mereka diberi mandat, mereka mengkhianati amanah yang telah diberikan.  Mereka melakukan segala macam penipuan, penindasan dan kezaliman. 


5. Penyelewengan harta rakyat — berbelanja mewah, habiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.


6. Ugut dan menangkap orang yang menyatakan kebenaran hukum2 Agama. 


7. Rasuah dan salah guna kuasa. 


Demikian sebahagian dari perbuatan khianat oleh Penguasa2 yang menguasai Ummat Islam pada zaman ini.  Persoalan untuk direnungkan :  

"Adakah Pemimpin / Penguasa2 ini tak takut Hukuman Allah?"


Bersambung siri  183  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...