Tuesday, February 14, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 252)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

sambungan...


Contoh 3: Melanggar Syari'at sewenang2 dengan alasan ianya Taqdir

Golongan ini melakukan dosa sewenang2nya dengan anggapan semua itu Taqdir.  Mereka tidak merasa bersalah selepas mereka melakukan ma'siat / kemungkaran. kerana menurut I'tiqad mereka, Allah yang Taqdirkan mereka berbuat dosa.


Mereka sewenang2 melakukan maksiat / kemungkaran kemudian balikkan semua perlakuan jahat kepada Allah Ta'ala. Ini adalah perlakuan orang zindiq. 


Prinsip Ahlus Sunnah berhubung dengan Taqdir, Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al manusia (perbuatan manusia) secara ringkas adalah seperti berikut:


■ Seluruh kejadian atas muka bumi berlaku menurut Taqdir Allah yang Azali. Tiada siapa pun mampu mengubahnya.


■ Allah Ta'ala yang Menciptakan kebaikan (Keimanan) dan kejahatan (kekufuran). Allah Menciptakan kebaikan sebagai tuntutan atas setiap insan dan Dia memerintah agar mengikutinya.  Dia Menciptakan keburukan sebagai dugaan dan larangan dan diperintah menjauhinya.


■ Allah Ta'ala Kurniakan aqal kepada manusia (dan jinn) untuk memilih kebaikan dan jauhi larangan-Nya. 


■ Ketika menanggapi perlakuan diri atau manusia lain, terdapat dua keadaan yang wajib dipegang.   

Pertama : Syari'at

Kedua : Haqiqat


Perbuatan dan perkataan wajib berdiri pada Syari'at (hukum2 Syara' yang ditetapkan di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama) sedangkan hal hati berdiri pada Haqiqat (memandang Taqdir Ketentuan Allah)


Jangan samakan keduanya. 

Jangan campur adukkan keduanya.

Jangan tinggalkan salah satu darinya.


■ Apabila seseorang di dalam kebaikan, maka wajib baginya kembalikan segala kebaikan dan kejayaan tersebut kepada Allah Ta'ala. Dan apabila seseorang berbuat dosa atau di dalam kejahatan, maka wajib baginya kembalikan segala kejahatan dan kegagalan tersebut kepada diri sendiri iaitu mengaku kesalahannya dan taubat segera.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Maka yang wajib bagi semua orang beriman adalah berpegang bahawa amal yang baik adalah atas Taufiq Allah dan amal yang buruk (jahat, keji, kufur) adalah dari dirinya, sehingga dia masuk ke dalam Firman Allah :


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلاَّ ٱللَّهُ

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah."

[Aali Imran (3) : ayat 135] 


Apabila seorang hamba menganggap bahwa maksiat adalah dari dirinya, maka dia termasuk orang yang beruntung dan selamat, daripada dia mengaggap dosanya adalah dari Allah, meskipun pada hakikatnya sememangnya Allah penciptanya.

[Tamat nukilan Kitab Sirrul Asrar]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :

"Perbahasan di bidang ini (Rahsia Taqdir) yang kalau manusia memaksakan pembahasannya, dia akan terpeleset menjadi Zindiq.   Ketika Iblis ditanya : Mengapa engkau tidak mahu menghormati Adam (ketika Allah perintah dia sujud hormat kepada Nabi Adam), dia menjawab : "Ini Taqdir-Mu Ya Allah".  Dengan ucapan itu dia menjadi kafir dan diusir dari Syurga."

[Sirrul Asrar]


Bersambung siri  253  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________ .

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 251)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

sambungan...


Contoh 2: Meyakini doa dan ikhtiar mereka mampu ubah Taqdir Allah


Ertinya mereka berkeyakinan mereka mampu mengubah Taqdir Allah dengan usaha ikhtiar termasuk dengan doa. Pada pegangan mereka Taqdir yang Allah Ta'ala tetapkan pada Azali boleh diubah dengan melakukan cara2 tertentu dengan menggunakan aqal fikiran dan usahanya sendiri. 


Ini pegangan yang batil dan menyeleweng dari Aqidah yang benar. Bukanlah sebuah doa atau usaha ikhtiar manusia mengubah Taqdir yang Allah tetapkan tetapi yang benar adalah : Doa dan usaha ikhtiar itu pun dari Allah Ta'ala. Dia yang Kurniakan doa dan menggerakkan usaha ikhtiar seseorang sehingga keadaan asalnya berubah.   Bukanlah doa dan usaha ikhtiar seseorang berkuasa mengubah Taqdir. 


Jika seseorang i'tiqad bahawa doa dan usaha dia berjaya mengubah Taqdir, ini membawa maksud orang itu beri'tiqad Allah Ta'ala lemah kerana terpaksa mengikut kemahuannya. MAHA SUCI ALLAH DARIPADA DIGAGAHI OEH SESUATU.  SEBALIKNYA DIA YANG MAHA GAGAH DAN BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU!  


✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :

Orang bertanya kepada Rasulullah, "Apakah pandangan engkau terhadap ubat yang kami gunakan untuk sembuhkan sakit dan jampi yang kami bacakan, adakah ini akan menolak ketentuan Allah?"  Baginda menjawab : "Itu semua adalah dalam ketentuan Allah."

[Imam At-Tarmizi, Imam Ibnu Majah]


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

"Apabila Allah Ta'ala Mengkabulkan apa yang diminta hamba-Nya, dan Mengkabulkan permintaannya, maka Iradah-Nya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan  kehendak Tuhan pada waktunya.  Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukan-Nya., untuk menyampaikan Taqdir itu pada waktunya.  Seperti yang dikatakan Ahlul Ilmi (Ahli Ma'rifat) mengenai Firman Allah :  كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬    — Setiap  waktu Dia di dalam kesibukan " [Ar-Rahman (55) : ayat 29] iaitu mengiring Taqdir sampai waktunya. 


Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya.  Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelekan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.  


Adapun apa yang diriwayatkan di dalam Hadith Nabi, "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa." [Imam Tirmizi]   adalah dikatakan yang dimaksud dengan Hadith ini :   "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada Taqdir Azali) dapat menolak qadha."   [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah di dalam Taqdir Azali,  bukanlah sebab doa seseorang itu - pent] 


Begitu juga seseorang tidak akan masuk Syurga di Akhirat dengan amalnya, tetapi dengan Rahmat Allah.  Namun Allah memberikan darjat kepada hamba-Nya di Syurga berdasarkan amal perbuatan mereka (darjat Keimanan — pent).  Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak dituntut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskan-Nya menunaikan janji-Nya, akan tetapi Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, menyiksa, mengampuni, memberikan Ni'mat, menyayangi siapa pun diKehendaki-Nya.  Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjwab atas apa yang diperbuat-Nya, tetapi manusia diminta dan disoal akan pertanggungjawabannya. 


Dia memberi rezeki tanpa batas dengan Rahmat-Nya dan menolak siapa pun yang diKehendaki-Nya. [Tiada siapa pun layak menyoal perbuatan Allah ini - pent] Bagaimana tidak demikian, sementara makhluq, langit dan bumi dari Arsy yang tinggi hingga tanah yang rendah, Dia yang Menciptakan dan Memilikinya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha perkasa lagi Maha Mulia. 

[Tamat petikan kitab Futuhul Ghaib]


Bersambung siri  252  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________   .

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 250)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

sambungan...


Contoh-Contoh

============


Berikut adalah beberapa contoh kekeliruan yang lazim terjadi di dalam memahami Taqdir (Qadha Qadar) yang menjurus kepada penyimpangan dan penyelewengan dari Jalan Ahlus Sunnah yang benar.


Contoh 1: Jika Taqdir ditentukan mengapa perlu berusaha

Hal ini merupakan kemusykilan paling umum yang bermain di dalam pemikiran kebanyakan orang Islam awam. 


Mereka berfikir begini : 

"Jika Allah sudah tentukan Taqdir seseorang sama ada menjadi ahli Syurga atau Neraka, apa guna kita berusaha. Bukankah sepatutnya kita diam dan berpeluk tubuh saja?"


Ada sebahagian lain berkata begini :

"Apa guna aku berusaha dan beramal baik  kalau Allah sudah tetapkan aku ahli Neraka. Walaupun aku beramal baik, aku tetap dicampak ke Neraka... jadi apa guna aku beramal?"


Rasulullah ﷺ sudah pun berikan jawapan kepada kemusykilan ini sewaktu para Sahabat menanyakan hal yang sama.


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :                     

“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.” Mereka berkata  :  "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal? Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?"   Jawab Baginda :  "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya."   Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala  

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥) وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧) وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨) وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Adapun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga. Adapun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan [Al-Lail (92) ; ayat 5-10]

[Imam Bukhari]


✨🕌✨  Hadith Rasulullah ﷺ :

Sayyidina Umar Radhiallahu anhu  bertanya Nabi ﷺ:

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh Baginda : "Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar:  "Jika demikian, adakah kita harus menyerah sahaja?"  Baginda Bersabda:  "Beramallah wahai Ibnu al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (Syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli Syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli Siksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke Neraka."

[Imam Ahmad]


Beberapa rumusan penting sebagai jawapan kepada kemusykilan ini :


1. Allah menetapkan pada  Azali segala sesuatu berkenaan makhluknya dari awal sampai akhir di Luh Mahfuz menurut Ilm (Pengetahuannya yang Maha Luas) Iradat (Kehendak) dan Qudrat (Kekuasaan-Nya). Maka tiada siapa pun layak mempertikaikannya.


2. Allah Ta'ala telah menetapkan ahli Syurga dan ahli Neraka Menurut Kehendak-Nya, namun tiada siapa pun tahu akan kesudahannya di Akhirat. Oleh kerana itu setiap manusia wajib bersungguh2 kenal Allah dan mentaatinya sebagaimana Perintah-Nya.


3. Orang yang Allah Taqdirkan menjadi ahli Syurga, akan dipermudahkan untuk mengikut jalan2 Keimanan dan Taqwa. Orang2 yang di Taqdirkan menjadi Ahli Neraka, akan terikut2 jalan kefasikan dan kesesatan.


4. Apabila seseorang sedang melakukan kebaikan dan sedang mengikuti Jalan Ahlus Sunnah, maka hendaklah bersyukur kepada Allah sebanyak2nya dan terus-menerus istiqamah di dalam ketaatan dan ubudiyyah kepada-Nya.  Sebaliknya seseorang yang sedang berada pada jalan ksesesatan atau kefasikan atau kezaliman... hendaklah segera Taubat dan kembali kepada Allah.


Bersambung siri  251  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________ .

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Sunday, February 12, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 249)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

...sambungan...


Dalil 4: ✨🕌✨ Firman Allah :


 بَدِيعُ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ


"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka dia hanya Berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia."

[Al-Baqarah (2): ayat 117]


Dalil 5: ✨🕌✨ Firman Allah :


وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ


"......apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.   

[Ar-Ra'du (13) :  ayat 11]


Dalil 6: ✨🕌✨  Firman Allah :


ٱلَّذِي لَهُ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي المُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيراً


"Tuhan yang menguasai Pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan Taqdir yang sempurna."

[Al-Furqan (25) ; ayat 2]


Dalil 7: ✨🕌✨ Firman Allah :


وَتَرَى ٱلْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ صُنْعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِيۤ أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ


"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan"

[An-Naml (27) ; ayat 88]


Dalil 8: ✨🕌✨ Rasulullah  ﷺ  bersabda :


إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا


“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya Malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Syurga sehingga jarak antara dirinya dengan Syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia ke dalam Neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli Neraka sehingga jarak antara dirinya dengan Neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli Syurga, maka masuklah dia ke dalam Syurga.” 

[Imam Muslim]


Bersambung siri  250  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 248)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)   

...sambungan...


Dalil-Dalil Penting serta keterangan

==========================


Dalil 1: ✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى

وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ


“Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”. 

[Yaasin (36) : ayat 12]


Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :

"Dan semua perkerjaan mereka (manusia), Kami (Allah) telah menulis di dalam KItab yang Terpelihara (Luh Mahfuz)

[Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Imam Ibnu Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu :

Ta'wil bagi Firman ini adalah : Segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, Kami (Allah)  Meliputinya (di dalam Pengetahuan Allah) dan Kami tetapkan di dalarn Kitab Induk, iaitu Lauhul- Mahfuzh.  Dikatakan bahwa ia disifati dengan mubin ( مُبِينٍ = yang menjelaskan) kerana ia menjelaskan haqiqat semua hal yang telah ditetapkan (Taqdir) di dalamnya. 

[Tafsir Tabari]


Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu : 

(Kami catitkan satu persatu di dalam kitab yang jelas nyata) bermaksud segala sesuatu tentang makhluk-Nya sudah pun tercatit di Luh Mahfuz.  (Al-Imam Al-Mubin) bermaksud sumber segala catitan. Ini lah pendapat Mujahid, Qatadah dan Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam. 

[Tafsir Ibn Kathir]


Dalil 2: ✨🕌✨ Firman Allah :


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي ٱلأَرْضِ وَلاَ فِيۤ أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

[Al-Hadid (57) : ayat 22]


Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :

"(Tiada suatu bencana pun yang menimpa bumi) iaitu berupa kemarau, kekeringan, tinggi harga barang2 dan bertimpa2 kelaparan dan (pada dirimu sendiri) iaitu penyakit, penderitaan, ujian, kematian sanak saudara atau anak2 serta lenyapnya harta benda (melainkan telah tertulis di dalam kitab) iaitu : semua yang demikian telah tertulis di Lauh Al-Mahfuz (suratan Taqdir) bahawa ia akan menimpamu. (sebelum Kami menciptakannya), ertinya  sebelum Kami ciptakan dirimu dan bumi ini.  (Sungguh, yang demikian itu), iaitu : memelihara (hafal) semua itu (mudah bagi Allah) ertinya : tanpa perlu menulisnya di Lauhul Mahfuz"

[Tafsir Ibnu Abbads]


Dalil 3: ✨🕌✨ Firman Allah :

 إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً


"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[At-Talaq (65) : 3 ]


Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

Maksudnya (Allah telah menetapkan) batas waktu bagi tiap-tiap sesuatu,  iaitu berupa kesulitan dan kelapangan,di mana tiap-tiap sesuatu itu akan berakhir pada batas waktu tersebut. Menurut suatu pendapat inilah Taqdir."

[Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri  249  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

    

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, February 07, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 247)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

...sambungan...


Penjelasan

========


Penjelasan 1:

Sepanjang sejarah Ummat Islam, persoalan Taqdir (Qadha dan Qadar) menjadi polemik berpanjangan sehingga sebahagian orang Islam jatuh kepada fahaman2 batil yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. Sebahagian daripada mereka jatuh tanpa disedari; ertinya mereka tidak menyedari pegangan mereka telah menyeleweng dari Jalan Ahlul Haqq — Jalan Ahlus Sunnah yang benar. 


Penjelasan 2:

Dua kelompok yang sangat menonjol pertentangannya dengan jalan Utama Jamaah kaum Muslimin adalah  Mu'tazilah dan Jabariyyah.   Meskipun kedua2 golongan ini telah hampir pupus, tetapi fahaman dan pegangan mereka terus subur di kalangan sebahagian orang Islam. Maksudnya i'tqad dan pendirian batil ini menjadi pegangan sebahagian orang Islam tanpa mereka menyedarinya, meskipun mereka mengaku mereka mengikut Ahlus Sunnah.


Penjelasan 3:

Contoh mudah bagi memahami keadaan pada "Penjelasan 2" di atas adalah : 

Orang Islam yang berbuat suatu pekerjaan lalu mencapai kejayaan dan bermegah2 dengan kejayaan tersebut dengan sangkaan dia mencapai kejayaan tersebut dengan usaha ikhtiarnya sendiri tanpa mengembalikan "usaha" dan "kejayaan" tersebut kepada Kekuasaan dan Kemurahan Allah kepadanya, maka dia cenderung untuk jatuh kepada fahaman batil Mu'tazilah. 


Di pihak lain orang Islam yang melakukan kemungkaran / maksiat lalu menyandarkan perbuatan mungkarnya kepada Allah dengan alasan Allah Ta'ala mentaqdirkan semua kejahatan tersebut kepadanya, dan tiada kaitan apa pun dengan dirinya sendiri (tiada kaitan langsung usaha ikhtiarnya), maka orang ini cenderung untuk jatuh kepada fahaman batil Jabariyyah.


Penjelasan 4:

Menurut I'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah yang sebenar, seluruh Penciptaan, termasuk penciptaan manusia tercatit lengkap di Lauh Mahfuz, termasuk tempat lahirnya, masa lahirnya, orang yang menyambut kelahirannya, rezekinya, pekerjaannya, kebahagiaannya, kecelakaan yang menimpanya, saat kematiannya dan tempat kematiannya,   


Demikian lagi tercatit sekalian kejadian2 pada alam — waktu turunnya hujan, terjadinya kemarau, terjadinya kelaparan, tersebarnya penyakit2 menular (seperti covid corona yang terjadi pada tahun 2019 M (meskipun ramai percaya ianya dilakukan oleh tangan2 jahat manusia), terjadi gempa bumi, ribut petir,  tsunami dan lain2 sepertinya. 


Demikian lagi segala penemuan2 manusia di zaman moden berupa sains dan teknologi internet, telefon, teknologi nuklear dll sudah tercatit di Lauh Mahfuz.  Ia bukan perkara baru yang manusia cipta sendiri. Bukan.!


Penjelasan 5:

Perkara2 berhubung dengan Taqdir yang seringkali dibangkitkan sehingga membawa kepada kekeliruan dan kepincangan Aqidah adalah :


■ Mereka musykil : Mengapakah manusia dihukum di atas kesalahannya sedangkan Allah tetapkan Taqdir tersebut?


■ Mereka musykil : Jika Taqdir baik buruk manusia telah ditetapkan, apakah tujuan berusaha?


■ Mereka berpendapat : Jika Taqdir sudah ditetapkan, bukankah lebih baik serahkan saja pada Taqdir?


■ Mereka berpendapat :  Allah tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh manusia. Bila manusia berbuat kebaikan atau kejahatan baru Allah tahu?


■ Mereka mendakwa : Jangan libatkan persoalan Taqdir ketika melakukan usaha ikhtiar. Biarkan persoalan tersebut kepada Allah.


■ Mereka berkata : Kita tak boleh bercakap tentang Taqdir kerana manusia akan menjadi lemah atau malas berusaha?


Semua persoalan ini dan lain2 sepertinya akan membawa kepada kepincangan Aqidah dan mendustakan Taqdir jika seseorang tidak mempelajarinya dan menghayatinya dengan berguru kepada Guru Pewaris Nabi yang benar2 Arif. Atau sekurang2nya mempelajarinya daripada Guru yang benar2 memahaminya berdasarkan Ahlus Sunnah yang benar.


Bersambung siri  248  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 246)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir

□□□□□□□□□□□□□


Definisi Taqdir

===========


Menurut bahasa:

Taqdir  (تَقْدِيرً ) berasal dari dasar kata :  qadara, yaqdiru, taqdiran_  (قدر، يقدر، تقديرا), bererti kadar, ukuran, penilaian, perkiraan, ketentuan, ketetapan


Menurut istilah :

Taqdir  (تَقْدِيرً ) adalah ketentuan Allah Ta'ala pada Azali akan sekalian kejadian makhluq berserta sekalian perbuatan baik maupun yang buruk, dari awal hingga akhir, menurut ukuran dan kadar tertentu, yang tertulis di Lauh Mahfuz (Suratan yang terpelihara).


Dasar pegangan Ahlus Sunnah ini bagi perkara ini adalah:


✨🕌✨ Firman Allah :

 إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً


"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[At-Talaq (65) : 3 ]


✨🕌✨ Rasulullah  ﷺ  bersabda :


 كَتَبَ اللهُ مَقَادِيْرُ الخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ 


“Allah telah mencatat Taqdir setiap makhluq 50,000 tahun (lima puluh ribu tahun) sebelum Penciptaan langit dan bumi.”

[Imam Muslim]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu: 

"Seorang Mukmin wajib benar2 mengimani Qadha dan Qadar, yang baik maupun buruk, manis maupun pahit. Dia juga wajib percaya bahawa semua yang ada dan yang terjadi sejak awal sampai hari Qiamat telah menjadi ketetapan Allah. Tidak ada seorang pun dapat melarikan diri daripada Taqdir yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz (Suratan Taqdir)

[Al-Ghunyah Li-Talibi Tariqil Haqq]


Definisi Mendustakan Taqdir

=====================

Mendustakan Taqdir bermakna engkar akan wujudnya Taqdir yang telah  ditetapkan oleh Allah ke atas setiap makhluq di Lauh Mahfuz. Ataupun mereka mengakui Taqdir tetapi memahaminya  dengan cara yang bertentangan dengan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga jatuh kepada I'tiqad batil dan sesat. 


Daripada sekian banyak kelompok2 yang bertentangan, terdapat dua golongan yang amat meruncing i'tiqad mereka berhubung dengan Taqdir. 

Satu golongan meyakini manusia mencipta taqdirnya sendiri.  Mereka i'tiqad bahawa manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan usaha ikhtiarnya sendiri tanpa kaitan apa pun dengan Taqdir Allah. 

Satu golongan lagi berpegang bahawa manusia tiada usaha ikhtiar (sekalipun pada zahirnya) untuk melakukan sesuatu, sebaliknya manusia hanyalah bagaikan "mainan yang digerakkan" atau bagaikan "bulu yang berterbagan ditiup angin."


Kedua2 i'tiqad ini termasuk di dalam Pengertian "Mendustakan Taqdir"


Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu :

"Allah Ta'ala telah menentukan Taqdir kepada hamba-Nya, baik atau buruk. Sedangkan Mu'tazilah berpegang bahawa manusia itu menciptakan perbuatannya sendiri tanpa campur tangan Allah Ta'ala. Mereka engkar kepada Taqdir."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri  247  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...