■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
( Siri 246)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir
□□□□□□□□□□□□□
Definisi Taqdir
===========
Menurut bahasa:
Taqdir (تَقْدِيرً ) berasal dari dasar kata : qadara, yaqdiru, taqdiran_ (قدر، يقدر، تقديرا), bererti kadar, ukuran, penilaian, perkiraan, ketentuan, ketetapan
Menurut istilah :
Taqdir (تَقْدِيرً ) adalah ketentuan Allah Ta'ala pada Azali akan sekalian kejadian makhluq berserta sekalian perbuatan baik maupun yang buruk, dari awal hingga akhir, menurut ukuran dan kadar tertentu, yang tertulis di Lauh Mahfuz (Suratan yang terpelihara).
Dasar pegangan Ahlus Sunnah ini bagi perkara ini adalah:
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[At-Talaq (65) : 3 ]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
كَتَبَ اللهُ مَقَادِيْرُ الخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Allah telah mencatat Taqdir setiap makhluq 50,000 tahun (lima puluh ribu tahun) sebelum Penciptaan langit dan bumi.”
[Imam Muslim]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seorang Mukmin wajib benar2 mengimani Qadha dan Qadar, yang baik maupun buruk, manis maupun pahit. Dia juga wajib percaya bahawa semua yang ada dan yang terjadi sejak awal sampai hari Qiamat telah menjadi ketetapan Allah. Tidak ada seorang pun dapat melarikan diri daripada Taqdir yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz (Suratan Taqdir)
[Al-Ghunyah Li-Talibi Tariqil Haqq]
Definisi Mendustakan Taqdir
=====================
Mendustakan Taqdir bermakna engkar akan wujudnya Taqdir yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap makhluq di Lauh Mahfuz. Ataupun mereka mengakui Taqdir tetapi memahaminya dengan cara yang bertentangan dengan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga jatuh kepada I'tiqad batil dan sesat.
Daripada sekian banyak kelompok2 yang bertentangan, terdapat dua golongan yang amat meruncing i'tiqad mereka berhubung dengan Taqdir.
Satu golongan meyakini manusia mencipta taqdirnya sendiri. Mereka i'tiqad bahawa manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan usaha ikhtiarnya sendiri tanpa kaitan apa pun dengan Taqdir Allah.
Satu golongan lagi berpegang bahawa manusia tiada usaha ikhtiar (sekalipun pada zahirnya) untuk melakukan sesuatu, sebaliknya manusia hanyalah bagaikan "mainan yang digerakkan" atau bagaikan "bulu yang berterbagan ditiup angin."
Kedua2 i'tiqad ini termasuk di dalam Pengertian "Mendustakan Taqdir"
Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu :
"Allah Ta'ala telah menentukan Taqdir kepada hamba-Nya, baik atau buruk. Sedangkan Mu'tazilah berpegang bahawa manusia itu menciptakan perbuatannya sendiri tanpa campur tangan Allah Ta'ala. Mereka engkar kepada Taqdir."
[Al-Zawaajir]
Bersambung siri 247 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment