■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 247)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
...sambungan...
Penjelasan
========
Penjelasan 1:
Sepanjang sejarah Ummat Islam, persoalan Taqdir (Qadha dan Qadar) menjadi polemik berpanjangan sehingga sebahagian orang Islam jatuh kepada fahaman2 batil yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. Sebahagian daripada mereka jatuh tanpa disedari; ertinya mereka tidak menyedari pegangan mereka telah menyeleweng dari Jalan Ahlul Haqq — Jalan Ahlus Sunnah yang benar.
Penjelasan 2:
Dua kelompok yang sangat menonjol pertentangannya dengan jalan Utama Jamaah kaum Muslimin adalah Mu'tazilah dan Jabariyyah. Meskipun kedua2 golongan ini telah hampir pupus, tetapi fahaman dan pegangan mereka terus subur di kalangan sebahagian orang Islam. Maksudnya i'tqad dan pendirian batil ini menjadi pegangan sebahagian orang Islam tanpa mereka menyedarinya, meskipun mereka mengaku mereka mengikut Ahlus Sunnah.
Penjelasan 3:
Contoh mudah bagi memahami keadaan pada "Penjelasan 2" di atas adalah :
Orang Islam yang berbuat suatu pekerjaan lalu mencapai kejayaan dan bermegah2 dengan kejayaan tersebut dengan sangkaan dia mencapai kejayaan tersebut dengan usaha ikhtiarnya sendiri tanpa mengembalikan "usaha" dan "kejayaan" tersebut kepada Kekuasaan dan Kemurahan Allah kepadanya, maka dia cenderung untuk jatuh kepada fahaman batil Mu'tazilah.
Di pihak lain orang Islam yang melakukan kemungkaran / maksiat lalu menyandarkan perbuatan mungkarnya kepada Allah dengan alasan Allah Ta'ala mentaqdirkan semua kejahatan tersebut kepadanya, dan tiada kaitan apa pun dengan dirinya sendiri (tiada kaitan langsung usaha ikhtiarnya), maka orang ini cenderung untuk jatuh kepada fahaman batil Jabariyyah.
Penjelasan 4:
Menurut I'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah yang sebenar, seluruh Penciptaan, termasuk penciptaan manusia tercatit lengkap di Lauh Mahfuz, termasuk tempat lahirnya, masa lahirnya, orang yang menyambut kelahirannya, rezekinya, pekerjaannya, kebahagiaannya, kecelakaan yang menimpanya, saat kematiannya dan tempat kematiannya,
Demikian lagi tercatit sekalian kejadian2 pada alam — waktu turunnya hujan, terjadinya kemarau, terjadinya kelaparan, tersebarnya penyakit2 menular (seperti covid corona yang terjadi pada tahun 2019 M (meskipun ramai percaya ianya dilakukan oleh tangan2 jahat manusia), terjadi gempa bumi, ribut petir, tsunami dan lain2 sepertinya.
Demikian lagi segala penemuan2 manusia di zaman moden berupa sains dan teknologi internet, telefon, teknologi nuklear dll sudah tercatit di Lauh Mahfuz. Ia bukan perkara baru yang manusia cipta sendiri. Bukan.!
Penjelasan 5:
Perkara2 berhubung dengan Taqdir yang seringkali dibangkitkan sehingga membawa kepada kekeliruan dan kepincangan Aqidah adalah :
■ Mereka musykil : Mengapakah manusia dihukum di atas kesalahannya sedangkan Allah tetapkan Taqdir tersebut?
■ Mereka musykil : Jika Taqdir baik buruk manusia telah ditetapkan, apakah tujuan berusaha?
■ Mereka berpendapat : Jika Taqdir sudah ditetapkan, bukankah lebih baik serahkan saja pada Taqdir?
■ Mereka berpendapat : Allah tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh manusia. Bila manusia berbuat kebaikan atau kejahatan baru Allah tahu?
■ Mereka mendakwa : Jangan libatkan persoalan Taqdir ketika melakukan usaha ikhtiar. Biarkan persoalan tersebut kepada Allah.
■ Mereka berkata : Kita tak boleh bercakap tentang Taqdir kerana manusia akan menjadi lemah atau malas berusaha?
Semua persoalan ini dan lain2 sepertinya akan membawa kepada kepincangan Aqidah dan mendustakan Taqdir jika seseorang tidak mempelajarinya dan menghayatinya dengan berguru kepada Guru Pewaris Nabi yang benar2 Arif. Atau sekurang2nya mempelajarinya daripada Guru yang benar2 memahaminya berdasarkan Ahlus Sunnah yang benar.
Bersambung siri 248 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment