■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 245)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam
..... Sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan
===================
(1) Pelajari pengertian Sunnah Sayyi'ah dan Sunnah Hasanah (bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah) dan fahaminya dengan benar menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) agar tidak tertipu dengan doktrin2 Wahhabiyyah (Khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) dan pendokong2 keruhanian PALSU yang berselindung di sebalik nama Tasawwuf.
(2) Patuhi semua ketentuan hukum (sama ada haram halal atau bid'ah atau hukum2 lainnya) yang telah di ijtihad oleh Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya, yang telah masyhur nama mereka sepanjang zaman.
(3) Jangan pandai2 menuduh suatu perkara baru di dalam Agama sebagai Sunah Sayyi'ah atau bid'ah dholalah, semata2 kerana kamu profesor atau mufti. Kamu tiada kelayakan menentukan hukum halal, haram, bid'ah atau lainnya. Serahkan urusan tersebut kepada Ulama Mujtahid menentukan hukumnya.
(4) Untuk memahami Ahlus Sunnah dengan benar, dan tidak tertipu dengan sekalian tipu daya manusia dan jinn syaitan, Wajib mempelajarinya daripada Guru yang benar2 Arif — Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq (benar) atau sekurang2nya daripada ustaz atau ustazah yang dipercayai sebagai pendokong Ahlus Sunnah.
(5) Barangsiapa mempelajari Agama daripada Guru2 keruhanian yang PALSU atau daripada Profesor atau mufti2 yang pura2 Ahlus Sunnah, sudah tentu mereka hanyut bersama aliran2 PALSU yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).
(6) Untuk memperoleh keselamatan daripada penyamaran2 yang membawa kesesatan, ikuti nasihat2 Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya. Di antaranya Nasihat dan wasiat Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu kepada seluruh Ummat Islam:
Berkata Imam Jilani Radhialahu anhu:
"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian ( Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) yang sebenar dan yang palsu, hendaklah dia mengerjakan solat nafil (solat sunnat) dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci (suci hati daripada Syirik dan Nifaq) ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib (Rahsia Ketuhanan dan rahsia Kehambaan atau Tauhid hakiki) yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insha Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala.
[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]
Bersambung siri 246 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment