Tuesday, February 14, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 250)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

sambungan...


Contoh-Contoh

============


Berikut adalah beberapa contoh kekeliruan yang lazim terjadi di dalam memahami Taqdir (Qadha Qadar) yang menjurus kepada penyimpangan dan penyelewengan dari Jalan Ahlus Sunnah yang benar.


Contoh 1: Jika Taqdir ditentukan mengapa perlu berusaha

Hal ini merupakan kemusykilan paling umum yang bermain di dalam pemikiran kebanyakan orang Islam awam. 


Mereka berfikir begini : 

"Jika Allah sudah tentukan Taqdir seseorang sama ada menjadi ahli Syurga atau Neraka, apa guna kita berusaha. Bukankah sepatutnya kita diam dan berpeluk tubuh saja?"


Ada sebahagian lain berkata begini :

"Apa guna aku berusaha dan beramal baik  kalau Allah sudah tetapkan aku ahli Neraka. Walaupun aku beramal baik, aku tetap dicampak ke Neraka... jadi apa guna aku beramal?"


Rasulullah ﷺ sudah pun berikan jawapan kepada kemusykilan ini sewaktu para Sahabat menanyakan hal yang sama.


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :                     

“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.” Mereka berkata  :  "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal? Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?"   Jawab Baginda :  "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya."   Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala  

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥) وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧) وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨) وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩) فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Adapun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga. Adapun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan [Al-Lail (92) ; ayat 5-10]

[Imam Bukhari]


✨🕌✨  Hadith Rasulullah ﷺ :

Sayyidina Umar Radhiallahu anhu  bertanya Nabi ﷺ:

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh Baginda : "Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar:  "Jika demikian, adakah kita harus menyerah sahaja?"  Baginda Bersabda:  "Beramallah wahai Ibnu al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (Syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli Syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli Siksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke Neraka."

[Imam Ahmad]


Beberapa rumusan penting sebagai jawapan kepada kemusykilan ini :


1. Allah menetapkan pada  Azali segala sesuatu berkenaan makhluknya dari awal sampai akhir di Luh Mahfuz menurut Ilm (Pengetahuannya yang Maha Luas) Iradat (Kehendak) dan Qudrat (Kekuasaan-Nya). Maka tiada siapa pun layak mempertikaikannya.


2. Allah Ta'ala telah menetapkan ahli Syurga dan ahli Neraka Menurut Kehendak-Nya, namun tiada siapa pun tahu akan kesudahannya di Akhirat. Oleh kerana itu setiap manusia wajib bersungguh2 kenal Allah dan mentaatinya sebagaimana Perintah-Nya.


3. Orang yang Allah Taqdirkan menjadi ahli Syurga, akan dipermudahkan untuk mengikut jalan2 Keimanan dan Taqwa. Orang2 yang di Taqdirkan menjadi Ahli Neraka, akan terikut2 jalan kefasikan dan kesesatan.


4. Apabila seseorang sedang melakukan kebaikan dan sedang mengikuti Jalan Ahlus Sunnah, maka hendaklah bersyukur kepada Allah sebanyak2nya dan terus-menerus istiqamah di dalam ketaatan dan ubudiyyah kepada-Nya.  Sebaliknya seseorang yang sedang berada pada jalan ksesesatan atau kefasikan atau kezaliman... hendaklah segera Taubat dan kembali kepada Allah.


Bersambung siri  251  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________ .

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...