Tuesday, February 14, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 251)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

sambungan...


Contoh 2: Meyakini doa dan ikhtiar mereka mampu ubah Taqdir Allah


Ertinya mereka berkeyakinan mereka mampu mengubah Taqdir Allah dengan usaha ikhtiar termasuk dengan doa. Pada pegangan mereka Taqdir yang Allah Ta'ala tetapkan pada Azali boleh diubah dengan melakukan cara2 tertentu dengan menggunakan aqal fikiran dan usahanya sendiri. 


Ini pegangan yang batil dan menyeleweng dari Aqidah yang benar. Bukanlah sebuah doa atau usaha ikhtiar manusia mengubah Taqdir yang Allah tetapkan tetapi yang benar adalah : Doa dan usaha ikhtiar itu pun dari Allah Ta'ala. Dia yang Kurniakan doa dan menggerakkan usaha ikhtiar seseorang sehingga keadaan asalnya berubah.   Bukanlah doa dan usaha ikhtiar seseorang berkuasa mengubah Taqdir. 


Jika seseorang i'tiqad bahawa doa dan usaha dia berjaya mengubah Taqdir, ini membawa maksud orang itu beri'tiqad Allah Ta'ala lemah kerana terpaksa mengikut kemahuannya. MAHA SUCI ALLAH DARIPADA DIGAGAHI OEH SESUATU.  SEBALIKNYA DIA YANG MAHA GAGAH DAN BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU!  


✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :

Orang bertanya kepada Rasulullah, "Apakah pandangan engkau terhadap ubat yang kami gunakan untuk sembuhkan sakit dan jampi yang kami bacakan, adakah ini akan menolak ketentuan Allah?"  Baginda menjawab : "Itu semua adalah dalam ketentuan Allah."

[Imam At-Tarmizi, Imam Ibnu Majah]


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

"Apabila Allah Ta'ala Mengkabulkan apa yang diminta hamba-Nya, dan Mengkabulkan permintaannya, maka Iradah-Nya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan  kehendak Tuhan pada waktunya.  Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukan-Nya., untuk menyampaikan Taqdir itu pada waktunya.  Seperti yang dikatakan Ahlul Ilmi (Ahli Ma'rifat) mengenai Firman Allah :  كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬    — Setiap  waktu Dia di dalam kesibukan " [Ar-Rahman (55) : ayat 29] iaitu mengiring Taqdir sampai waktunya. 


Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya.  Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelekan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.  


Adapun apa yang diriwayatkan di dalam Hadith Nabi, "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa." [Imam Tirmizi]   adalah dikatakan yang dimaksud dengan Hadith ini :   "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada Taqdir Azali) dapat menolak qadha."   [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah di dalam Taqdir Azali,  bukanlah sebab doa seseorang itu - pent] 


Begitu juga seseorang tidak akan masuk Syurga di Akhirat dengan amalnya, tetapi dengan Rahmat Allah.  Namun Allah memberikan darjat kepada hamba-Nya di Syurga berdasarkan amal perbuatan mereka (darjat Keimanan — pent).  Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak dituntut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskan-Nya menunaikan janji-Nya, akan tetapi Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, menyiksa, mengampuni, memberikan Ni'mat, menyayangi siapa pun diKehendaki-Nya.  Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjwab atas apa yang diperbuat-Nya, tetapi manusia diminta dan disoal akan pertanggungjawabannya. 


Dia memberi rezeki tanpa batas dengan Rahmat-Nya dan menolak siapa pun yang diKehendaki-Nya. [Tiada siapa pun layak menyoal perbuatan Allah ini - pent] Bagaimana tidak demikian, sementara makhluq, langit dan bumi dari Arsy yang tinggi hingga tanah yang rendah, Dia yang Menciptakan dan Memilikinya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha perkasa lagi Maha Mulia. 

[Tamat petikan kitab Futuhul Ghaib]


Bersambung siri  252  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________   .

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...