بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Fasal 11 : Penjelasan - Maqam Auliya Allah
sambungan....
Ciri-Ciri
Penting Auliya Allah
(1)
Mu’min Pilihan Allah
Pada pengertian umum, semua hamba-hamba Allah yang di-Kasihi-Nya adalah Auliya Allah. Maka Rasul dan Nabi adalah termasuk ke dalam pengertian Auliya Allah. Walau bagaimanapun apabila disebut "Auliya' Allah" secara khusus, maka ianya merujuk kepada Mu'min yang benar-benar bertaqwa kerana kedua-dua insan Pilihan Allah ini (Rasul dan Nabi) sudah pun mempunyai panggilan khusus masing-masing.
(2) Maqam Marifat yang tinggi
Auliya Allah adalah mereka yang telah mencapai
Maqam Tauhid yang tinggi atau Ma'rifat yang tinggi — iaitu mereka yang suci
bersih hatinya daripada Syirik khafi (syirik di dalam hati), mazmumah
(kekejian hati), ghaflah (kelalaian) atau aghyar (sekalian suatu
selain Allah). Mereka sentiasa berzikir
dan abdikan diri kepada Allah Ta'ala zahir dan batin. Mereka berpegang teguh pada Allah dan Rasul-Nya dan menjunjung
tinggi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
sebagaimana yang kami telah bentangkan di dalam Risalah ini dan beberapa
Risalah lain.
(3) Berada di dalam Qubah Allah
Sekalian Auliya Allah berada di dalam "Qubah Allah", iaitu di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah Ta'ala. Mereka sentiasa berserta Allah dan tiada dukacita apa pun hal keduniaaan.
(4) Hanya Wali Allah peringkat tinggi mengetahui kewaliannya
Kebanyakan Auliya Allah
tidak mengetahui bahawa diri mereka Auliya Allah. Hanya Auliya Allah yang
berada pada tingkat-tingkat yang sangat tinggi mengetahui bahawa diri mereka
Auliya Allah dan juga dikenali Wali Allah yang lain di seluruh dunia. Walau bagaimanapun mereka tidak sesekali
mendedahkan kewalian mereka kepada umum.
(5) Setiap Mursyid yang siddiq adalah Wali Allah
Sekalian hamba Allah yang
di-Pilih oleh Allah menjadi Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, adalah Auliya
Allah. Namun mereka tidak dimasyhurkan
sebagai Auliya Allah ketika mereka masih hidup. Gelaran Auliya Allah hanya
dimasyhurkan ke atas mereka setelah kewafatan mereka. Ini adalah penjagaan agar gelaran
"Mursyid" tidak disalah gunakan oleh Guru-guru palsu.
(6) Darjat tertentu
Auliya Allah mempunyai
Darjat-darjat tertentu sesuai dengan Darjat Keimanan atau Tauhid yang mereka
capai di dalam perjalanan mereka pada Jalan Ma'rifat. Mereka menanggung Amanah Kerasulan dan
Kenabian atas muka bumi sesuai dengan Tingkatan masing-masing.
(7) Tersembunyi – disembunyikan oleh Allah
Umumnya Auliya Allah tidak
dikenali kerana mereka tersembunyi di sebalik pakaian mereka yang zahir. Mereka hadir di kalangan manusia seperti
manusia biasa-biasa sahaja. Walau
bagaimanapun orang yang benar-benar beriman mampu mengenali mereka berdasarkan
tanda-tanda yang wujud pada diri mereka.
(8) Amanah berbeza-beza
Sebahagian Auliya Allah
diberi Kuasa mentadbir Dunia Ma'rifat, merekalah Mursyid, Pewaris Nabi yang
Siddiq. Sebahagian yang lain hanya
melakukan Zikrullah dan Ubudiyyah terus-menerus tanpa henti. Mereka memenuhi bumi dengan Kalimah Allah dan Cahaya Tauhid.
...bersambung ke Fasal 12 : Penjelasan - Karomah
...اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment