بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 10:
TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN
10.6 Penjelasan Tauhid Tingkat Ketiga – Maqam Tauhid Sifat
Salikin pada Tingkatan
ini, dibukakan hijabnya, maka melihatlah dia sekalian Sifat Allah Yang Kamalat
(Maha Sempurna) dari mata hati dan ruhnya tanpa kaifiyyat apa pun. Terbuka baginya rahsia Sifat Istighna dan
Iftiqar. Inilah sebenar Tauhid hakiki Maqam Sifat, iaitu MengEsakan
Allah pada sekalian sifat-sifat-Nya.
Pada peringkat awam,
ketika mempelajari sifat 20, Sifat Ma'ani, Ma'nawiyyah, Istighna, Iftiqar, mereka
hanya tahu sifat-sifat tersebut pada aqal, belum dapat penghayatan sebenar
dalam hati. Tetapi apabila mereka
mujahadah sungguh-sungguh pada jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid, Pewaris
Nabi yang Siddiq, sehingga mencapai Maqam Sifat ini dengan Rahmat Kurniaan
Allah, maka terbuka baginya sekalian Sifat-sifat Allah itu nyata dalam hati
mereka. Inilah Tauhid Hakiki, Tauhid
yang sebenar.
Mereka yang sampai ke
Maqam Sifat ini tak perlu lagi bahas-bahas Sifat Allah berdasarkan aqal fikiran
kerana ianya sudah tertanam kukuh dalam hatinya, menjadi penghayatan hati dan
ruh yang tak boleh digoncangkan lagi.
Keyakinan Salikin pada peringat Maqam Sifat ini adalah Haqqul-Yaqin
(lebih tinggi dari keyakinan Ainul-Yaqin yang diperoleh sebelumnya).
...bersambung ke Fasal 10 : Tingkatan Pencapaian Salikin
10.7 Penjelasan Tauhid Tingkat Keempat – Maqam Tauhid Zat
..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment